Cerahkan Kulit Dengan DIY Mask, Guna Bahan Mudah Yang Ada Dekat Dapur Je

Share

Nak cantik tak semestinya perlu berhabis duit. Sebenarnya, bahan yang sedia ada dekat dapur tu pun kalau korang nak tahu, ada manfaatnya.

Lemon dan madu dikatakan boleh mencerah dan melembapkan kulit jika diamalkan seminggu sekali. Untuk korang yang mempunyai masalah kulit kusam, jeragat dan berparut, boleh la cuba buat diy mask ni.

Selamat mencuba!

Gunakan sebiji lemon dan satu sudu madu

Letakkan madu dalam mangkuk

Perahkan lemon tersebut

Kemudian, tambahkan air masak sebanyak tiga sudu. Kacau hingga sebati campuran lemon dan madu tadi

Tapiskan bancuhan tersebut sebab kita hanya memerlukan airnya sahaja

Sejukkan sekejap dalam tiga hingga empat minit

Sheet mask ni korang boleh beli di kedai. Cari compressed sheet mask dan kalau nak buat sendiri pun boleh

 

Untuk lebih mudah, korang boleh refer je dekat video  yang dikongsi oleh Herry Rozular ni ok?

 

IKLAN