Malaysia telah memasuki hari kelima dalam menangani bencana alam banjir di beberapa buah negeri.
Memetik laporan Astro Awani, Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia berkata hujan berterusan di Malaysia pada akhir tahun ini sedikit sebanyak terkesan daripada tempias Taufan Rai yang melanda Filipina dan kini melanda Vietnam.
Taufan Rai disifatkan sebagai taufan paling teruk melanda Filipina tahun ini dan telah memakan ratusan korban nyawa.
Sama ada di mana-mana negara yang terlibat, bencana kali ini telah mendatangkan kesan yang mendalam dengan laporan kehilangan harta benda, tempat tinggal dan bilangan ahli keluarga dalam kalangan mangsa.
Ia sekaligus telah meraih perhatian masyarakat dunia yang turut bersimpati dengan nasib rantau Asia Tenggara menjelang akhir tahun ini. Difahamkan, selain rakyat di Malaysia sendiri yang gigih mengulurkan sumbangan, beberapa pihak antarabangsa juga telah tampil ke hadapan untuk membantu.
Ini termasuklah daripada Ketua Eksekutif (CEO) Apple Inc, Tim Cook. Menerusi ciapan di akaun Twitter-nya, beliau menyampaikan rasa simpati terhadap implikasi Taufan Rai kepada negara Filipina dan Malaysia.
Ads
Sambil itu, beliau mengesahkan bahawa syarikat Apple akan menyumbang bagi meringankan beban, membaik pulih dan berusaha untuk membantu pembangunan jangka panjang.
Typhoon Rai has caused so much devastation in the Philippines and Malaysia — so many families have lost so much. Apple will be contributing to relief, recovery, and longer-term rebuilding efforts. #OdettePH
Rata-rata warganet Malaysia mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan syarikat teknologi gergasi itu.
Ads
Namun pada masa yang sama, tidak kurang juga yang menyeru agar bantuan tidak dihulurkan melalui kerajaan Malaysia. Sebaliknya mereka berharap agar ia dihulurkan melalui organisasi bukan kerajaan di Malaysia atau NGO.
Menariknya, warganet Filipina juga bersetuju dengan seruan tersebut dan berharap agar bantuan yang bakal diberikan kepada Filipina adalah menerusi NGO di sana. Mereka enggan sumbangan disalahguna atau lebih malang, jatuh ke tangan pihak tidak bertanggungjawab.
Nampaknya, rasa muak rakyat terhadap tindakan lambat yang diambil oleh pihak kerajaan pada kali ini telah meluap-luap! Tidak hairanlah tanda pagar #RakyatJagaRakyat tidak pernah terlepas daripada menjadi 5 topik paling trending pada setiap hari sejak Sabtu lalu.
Sejak banjir besar melanda negara pada 18 Disember 2021, ia telah merekodkan angka korban mencecah 34 nyawa sekaligus menjadi jumlah kehilangan nyawa tertinggi dalam bencana alam sejak banjir besar 2014. Dua puluh tiga mangsa dicatatkan di Selangor manakala 11 mangsa lagi di Pahang.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Gelagat seorang lelaki yang sedang merajuk gara-gara kesilapan pekerja pam “set” membuatkan dirinya merajuk menjadi tular di media sosial.
Sinar Harian dalam perkongsian beritanya memaklumkan, gelagat seorang penunggang motosikal yang merajuk di sebuah stesen minyak mencuit hati warganet. Video berdurasi 1 minit 21 saat itu dikongsi Firdaus Moetar dalam Facebooknya itu memberitahu, kejadian tersebut berpunca daripada pihaknya.
“Merajuk selepas staf salah 'set' pam, maafkan kesilapan kecil kami ini," kata Firdaus yang dipercayai pekerja di stesen minyak tersebut.
Video tersebut memaparkan seorang penunggang motosikal yang sedang merajuk enggan berganjak dari kawasan pam minyak walaupun seorang pekerja telah mengisi minyak dan mengalihkan motosikalnya dari kawasan itu.
Gelagat penunggang tersebut yang tetap berdiri di kawasan berkenaan menyebabkan pekerja terbabit datang semula memujuk penunggang motosikal itu, namun dia bertindak membelakangkan pekerja stesen minyak tersebut sebagai reaksi terhadap kesilapan dilakukan pihak terlibat.
Perkongsian video tersebut kini tular di Facebook yang kini meraih 241,000 tontonan dan 2,900 tanda suka dan rata-rata netizen terhibur dengan gelagat penunggang terbabit.
Are Myrul berseloroh “Kenapa tak dukung sahaja, timang-timang dia letak tepi, comel sahaja tengok, hahaha."
Tonton video di bawah
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika mengikut laporan, kes cabul membabitkan golongan pendidik sekolah selalunya menjadikan para pelajar sebagai mangsa mereka.
Namun kali ini, kakitangan sekolah pula yang dilaporkan menjadi mangsa seorang bekas pengetua sekolah.
Kes dilaporkan terjadi di Hulu Terengganu, Terengganu membabitkan seorang bekas pengetua sekolah menengah bernama Aminuddin Jusoh@Yusof yang berusia 53 tahun. Tertuduh didakwa pada hari ini di Mahkamah Majistret Kuala Berang atas tuduhan mencabul tiga orang kakitangan sekolah pada bulan Januari dan Februari tahun ini.
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah untuk lima pertuduhan selepas ia dibacakan di hadapan Majistreet Engku Nurul Ain Engku Muda.
Pertuduhan pertama, kedua dan ketiga mendakwa Aminuddin menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang wanita berusia 33 tahun dengan niat untuk mencabul kehormatannya.
Bagi pertuduhan keempat, beliau didakwa menggunakan kekerasan terhadap seorang wanita berusia 44 tahun JUGA dengan niat mencabul kehormatannya. Kesalahan tersebut didakwa berlaku di dalam bahagian dapur dekat bilik guru sekolah pada Februari lalu.
Kesalahan sama diulang semula bagi pertuduhan kelima membabitkan seorang kakitangan wanita berusia 35 tahun di sekolah sama pada bulan Januari lalu.
OMG
Sekiranya disabitkan bersalah, tertuduh akan berdepan hukuman penjara hingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.
Selepas pertuduhan dibacakan hari ini, tertuduh dibenarkan diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin. Mahkamah kemudian menetapkan 26 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Ish, jijik lah apabila mendengar kes seperti ini berlaku di dalam kawasan sekolah. Bukankah institusi pendidikan sepatutnya menjadi lokasi paling selamat buat para pelajar dan golongan kakitangannya. Ini lain pula cerita.
Sebelum ini tular di media sosial tentang kisah seorang pelajar yang berkongsi cerita bagaimana guru disekolahnya membuat ‘lawak rogol’ ketika sesi pembelajaran. Kisah remaja ini mendapat perhatian ramai, termasuklah ada juga masyarakat yang tidak berpihak kepadanya.
Ain berkongsi berita gembira itu di laman Twitter dengan memuat naik screen shot daripada seorang netizen yang pernah meminta gadis ini untuk fokus kepada peperiksaan SPM jika tidak mahu mendapat keputusan corot.
— ain #MakeSchoolASaferPlace (@ainhsaifulnizam) June 16, 2022
Pelajar ini juga turut berkongsi cerita bagaimana hidupnya tertekan sewaktu SPM apabila netizen mengatakan bahawa pelajarannya tidak berkat dan terus menerus mendoakannya gagal dalam peperiksaan.
“Dah dah la tu, nak fail SPM ke?”
“Kau ni belajar takde berkat dari cikgu”
“Semua ilmu cikgu bagi kau tu dah ilmu haram, takde berkat”
Itulah antara kata-kata yang dilemparkan kepada Ain Husniza. Jelasnya lagi, naik turun balai polis, nangis sana sini, tertekan dengan pelajaran, tertekan kena kecam tapi dia berjanji kepada dirinya sendiri untuk membuktikan bahawa semua masyarakat yang memandang rendah kepadanya adalah silap.
Buktinya, Ain berjaya mendapat keputusan 7A dalam SPM dan dia juga tidak percaya serta merasakan ini adalah berkat daripada semua guru yang telah membantu mengajar mereka di sekolah itu.
Tahniah diucapkan kepada Ain Husniza, dan buat masyarakat di luar sana, janganlah kita memandang rendah kepada orang lain tidak kiralah sama ada korang kenal atau tidak kepada individu itu. Korang sendiri pun tidak tahu bagaimana kemampuan mereka dalam pelajaran, jadi tidak perlulah untuk kita judge orang lain okay?.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!