Wan & Mary merupakan satu jenama fesyen baharu yang kian meningkat naik di Malaysia. Sejak berjaya menjuarai rancangan realiti rekaan lima tahun lalu, jenama yang diasaskan oleh Hazzerwan Hazlee dan Maryam Musa terus melebar sayap menjadi pilihan selebriti dan personaliti popular.
Terbaharu, duo pereka ini telah menjadi wakil tunggal Malaysia untuk mempersembahkan koleksi rekaan mereka di Thai Silk International Fashion Week bersempena dengan ulang tahun ke-90 Her Majesty Queen Sirikit of Thailand dan juga Persidangan APEC Thailand. Bukan calang-calang, mereka telah menerima fabrik sutera Thailand bernilai lebih RM40’000 untuk dijadikan sebuah koleksi.
Koleksi Wan & Mary Demi Couture Spring Summer 2023 ini nyata memukau pandangan. Mereka banyak menggunakan teknik pleats, ruffles dan draping menyaksikan setiap satu rekaan memiliki persona tersendiri.
Ikuti temubual REMAJA bersama duo pereka ini.
Ceritakan mengenai inspirasi di sebalik koleksi ini?
Ads
Koleksi yang diberi nama “La Betta” ini diinspirasikan dari Ikan Laga Siam. Kami memilih Ikan Laga sebagai subject matter untuk koleksi istimewa kali ini kerana Ikan Laga memiliki persamaan dan juga lambang keharmonian di antara Malaysia dan Thailand.
Ia merupakan haiwan peliharaan yang terkenal dari sejak dulu lagi di antara dua negara Malaysia dan Thailand. Selain itu Inspirasi ini juga melambangkan “Freedom” dan “Beauty” serta bentuk Ikan Laga itu sendiri menjadi subjek dalam olahan setiap rekaan.
Apakah perasaan anda apabila dipilih untuk mewakili Malaysia?
Ads
Secara jujur kami sangat gembira dan bersyukur kerana dipilih sendiri oleh Pihak Wisma Putra dan Malaysia Embassy di Bangkok untuk turut serta dalam Thai Silk International Fashion Week Tahun ini sebagai wakil pereka fesyen Malaysia.
Jenama Wan & Mary adalah jenama yang masih baru dan meningkat naik. Apabila diberikan peluang seperti ini, ia menjadi satu batu loncatan buat kami untuk melebarkan sayap ke peringkat Antarabangsa. Selain itu juga kami berbesar hati dan terharu, ikon yang juga pereka idola kami iaitu Dato’ Prof Jimmy Choo OBE turut serta memeriahkan pertunjukan fesyen Kami.
Ads
Fabrik yg digunakan dari koleksi Queen Sirikit, berapakah nilai fabrik itu? Dihantar khas kepada anda dari Thailand?
Betul, fabrik yg digunakan dalam koleksi kami kali ini hampir 70% adalah mengunakan kain Thai Silk tenun buatan tangan oleh persatuan pembuat Thai Silk Textile di bawah kelolaan H.M Queen Sirikit Royal Silk Maker dan juga hill tribe artisan.
Semua Kain diberi kepada kami dua bulan sebelum pertunjukan fesyen. Kesemua fabrik tersebut dihantar sendiri ke Kuala Lumpur dengan jumlah keseluruhan kain-kain Thai Silk tersebut hampir USD10’000.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masalah yang selalu dihadapi oleh kaum perempuan adalah bila pertama kali menggunakan produk penjagaan wajah yang baru.
Nak pilih produk yang sesuai dengan kulit kita ni bukan sesuatu yang mudah sebab tak mahu la nanti beri kesan tak baik pada wajah.
Jadi, apa yang perlu korang buat adalah dengan memastikan sama ada produk yang dipakai itu sesuai atau tidak. Macam mana nak tahu? Berikut kami kongsi kan 7 tanda-tanda yang korang boleh rasa jika produk kecantikan tak serasi dengan wajah.
Naik jerawat
Salah satu tanda yang paling ketara ialah apabila muka mula tumbuh jerawat yang luar biasa. Ada yang tumbuh selepas baru sekali memakai produk dan ada juga yang muncul hanya setelah beberapa kali pemakaian produk tersebut.
Mata merah dan berair
Mata mula merah, pedih dan berair juga adalah tanda-tanda bahawa produk seperti eye shadow, maskara dan eye liner yang korang pakai tu tidak sesuai dengan wajah. Jika berlaku simptom ini, segeralah berhenti mengunakannya sebelum menjadi lebih serius.
Rasa perih dan panas
Jika menggunakan produk kosmetik atau penjagaan kulit wajah dan selepas itu kulit mula terasa panas dan perih, itu merupakan antara tanda-tanda kesan yang tidak sesuai.
Kulit kemerahan
Apabila kulit berubah menjadi kemerah-merahan, ia juga merupakan salah satu tanda kulit tidak sesuai dengan produk kecantikan tersebut. Jika kulit jadi merah, ini bermakna bahan-bahan yang terkandung dalam produk telah menyebabkan iritasi pada kulit.
Kulit kering
Kulit akan menjadi sangat kering kalau tidak sesuai dengan sesuatu produk itu. Apabila disentuh, ia akan terasa kasar kerana lembapan pada kulit wajah telah hilang. Lebih teruk lagi, kulit akan mengelupas. Wajah juga mudah terasa gatal dan elakkan daripada terus menggaru kalau tak nak jadi lebih teruk.
Bibir pecah-pecah
Keadaan bibir yang pecah-pecah mungkin saja disebabkan oleh kurangnya minum air putih. Tapi, bibir kering dan mengelupas juga adalah salah satu tanda produk yang digunakan tidak sesuai dengan kulit korang.
Gatal-gatal
Jika produk yang digunakan itu membuatkan kulit korang rasa selesa selepas memakainya, ini bermakna ia sesuai bagi kulit wajah. Namun, apabila korang berasa gatal dan selalu rasa nak garu kulit wajah, hati-hati mungkin ia tidak sesuai dengan kulit.
Kalau memang korang pernah rasa tanda-tanda ini semasa menggunakan produk kecantikan, lebih baik berhenti segera dan dapatkan rawatan daripada pakar kulit untuk memulihkan kembali kulit wajah korang.
Sakit belakang tidak boleh dipandang ringan kerana kesannya mungkin mendatangkan bahaya kepada individu tersebut.
Biasanya, tidak kira sama ada mereka seorang yang mempunyai gaya hidup aktif atau hanya duduk seharian di rumah, individu ini juga berpotensi untuk berhadapan dengan rasa sakit belakang.
Lebih-lebih lagi bila sudah terlalu lama duduk di rumah tanpa melakukan aktiviti luar, maka simptom sakit belakang biasanya akan dirasai oleh sesetengah individu.
Jika hanya sakit biasa, korang boleh melakukan beberapa senaman ringan yang dapat membantu meredakan sakit belakang yang dialami.
Senaman 1
Dengan posisi membengkokkan badan ke hadapan dan tangan ke belakang, lakukan senaman ini selama 30 saat.
Senaman 2
Dalam posisi baring, hulurkan tangan kanan ke arah kanan. Rengangkan kaki kiri supaya lurus dan cuba halakan lutut kaki kira ke arah sebelah kiri agar ia hampir menyentuh tangan kiri korang. Kekal posisi ini dalam masa 20 saat. Ulangi senaman ini sebanyak 2 kali kepada kedua-dua lutut.
Senaman 3
Hulurkan kaki dalam posisi menegak, capai sehingga hujung kaki jika mampu.
Senaman 4
Lakukan posisi seperti dalam gambar, bergilir-gilir dengan menukar arah kaki dan lakukan setiap arah selama 20 saat.
Senaman 5
Dalam posisi baring, bengkokkan kaki seperti dalam gambar. Lakukan selama 20 saat atau selama beberapa saat yang korang mampu.
Senaman 6
Angkat badan sedikit dan tangan diletakkan pada bahagian punggung. Lakukan seperti dalam gambar selama 15 saat jika mampu.
Senaman 7
Angkat kedua-dua kaki seperti dalam gambar. Lakukan dalam kiraan 20 saat.
Senaman 8
Angkat posisi kaki menghadap ke dinding dan lakukan selama 20 saat
Senaman 9
Akhir sekali, duduk bersila seperti biasa, dan pusingkan badan sedikit ke belakang selama 15 saat dan tukar posisi sebelah kanan dan kiri.
Namun begitu, sekiranya sakit belakang korang berlanjutan, segeralah berjumpa dengan doktor bagi mendapat nasihat daripada pakar. Senaman ini khusus buat mereka yang mengalami sakit biasa sahaja.
Keputusan organisasi pertandingan ratu cantik berprestij, Miss Universe untuk menganjurkan edisi ke-70 pertandingan itu di Israel pada akhir tahun ini telah menimbulkan persoalan daripada ramai pihak.
Mana mungkin sebuah pertandingan yang mengangkat kesaksamaan jantina dan budaya, kesejahteraan penduduk dunia dan keamanan sejagat menganjurkan pertandingan di bumi yang dirampas dengan penuh rakus daripada penduduk Palestin?
Dari segi aspek diplomasi pula, Malaysia sehingga kini tidak mengiktiraf Israel dan enggan menjalin hubungan rasmi dengannya. Ia secara tidak langsung menutup peluang Malasyia untuk menghantarkan wakil bertanding pada edisi kali ini.
Miss Universe Malaysia 2020 ketika melawat muzium Hard Rock di Florida, Amerika Syarikat. Sumber Foto : Instagram @francisca.luhong
Keputusan itu akhirnya diumumkan secara rasmi hari ini oleh pihak Miss Universe Malaysia Organization (MUMO). Menerusi kenyataan tersebut, ia memaklumkan Malaysia tidak akan menghantar wakil pada kali ini. Bagaimanapun, alasan yang diberikan oleh organisasi tersebut bukanlah disebabkan oleh lokasi pertandingannya tetapi disebabkan situasi pandemik COVID-19 yang melanda dunia sekarang.
Kami ambil perhatian keputusan Miss Universe Organization untuk melangsungkan edisi ke-70 di Eilat, Israel pada Disember ini.
Malangnya, dengan situasi COVID-19 yang membuatkan perjalanan domestik antarabangsa menjadi terhad, kami tidak dapat mengadakan pemilihan wakil Miss Universe Malaysia 2021.
Kami dengan itu menolak jemputan untuk menyertai edisi kali ini dan mengesali keadaan di mana pemilihan wakil negara juga tidak dapat diteruskan.
Kami ucapkan selamat maju jaya kepada semua peserta di pertandingan itu nanti dan pastinya akan kembali menyertainya pada masa hadapan.
Dengan keputusan ini, maka wakil Malaysia ke Miss Universe ke-69 iaitu Francisca Luhong James dijangka akan meneruskan peranannya sebagai Miss Universe Malaysia hinggalah pemilihan wakil baharu diteruskan MUMO setelah keadaan pandemik di negara kita beransur pulih.
Untuk pengetahuan, pihak MUMO telahpun membuka penyertaan untuk mencari wakil Miss Universe Malaysia 2021 secara atas talian dan walk-in pada bulan April lalu. Namun, pemilihannya terhenti di tengah jalan disebabkan kenaikan drastik jumlah kes baharu COVID-19 dalam negara.