
Sekarang ni sedang menular wabak influenza di seluruh Malaysia dan bukan hanya dijangkiti oleh bayi, orang dewasa juga tidak terkecuali daripada menjadi mangsa virus ini.
Sudah tentu ramai yang ingin mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan seisi rumah terhindar daripada wabak ini.
Jadi, apa yang korang boleh buat?
Menurut info dari Enaz Safe yang mendapat lebih daripada 20 ribu shares di laman Facebook, dia menggunakan Disinfectant Spray Dettol kerana ia berguna jika ada family korang yang demam, batuk atau selesema.

Kalau rumah korang ada baby dan risau mereka akan dijangkiti dengan virus tersebut, spray kan saja produk tersebut untuk meneutralkan udara persekitaran, permukaan dan sekali gus membunuh virus dan kuman.
Jika ada tetamu yang datang ke rumah juga, selepas sahaja mereka pulang kita boleh spray di persekitaran dalam rumah. Baunya pun best, wangi.
Dettol Spray Disinfectant boleh membantu melindungi keluarga daripada kuman dengan membantu mencegah penyebaran bakteria dan virus berbahaya.

Formula unik produk ini terbukti membunuh 99.9% bakteria dan virus, termasuk E.coli, salmonella dan virus selesema pada permukaan yang terdapat pada pemegang pintu, tong dapur dan kawasan tandas.
Walaupun mungkin ia tidaklah dapat memberikan kesan 100% tapi tak salah sekiranya korang mengambil langkah mencegah dan berjaga-jaga.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
10 Kolej Paling Mahal Di Dunia, Mampu Ke Tidak?

Setiap ibu bapa menginginkan yang terbaik buat pendidikan anak-anak. Namun, tidak semua mampu untuk menghantar anak-anak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Kita di Malaysia bertuah kerana diberikan kemudahan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan sedikit sebanyak ia dapat membantu meringankan beban ibu bapa dalam menanggung segala kos pembelajaran.
Namun begitu, sekiranya family korang berkemampuan untuk menghantar belajar ke luar negara, tak ada salahnya untuk korang cuba kan?
Dalam entree kali ini, kami ingin menyenaraikan antara 10 kolej paling mahal di dunia yang mungkin korang boleh pertimbangkan untuk melanjutkan pelajaran di sana. Hiks!
10. Bard College

Walaupun berada di tempat kesepuluh, kos tuisyen bagi kolej ini tidak jauh beza dengan kolej yang mendapat tempat pertama dalam senarai ini. Setahun pengajian di Bard College, New York ini boleh menelan belanja kira-kira $57,500 (RM254,725).
9. University of Chicago

Universiti ini mencatat sejarah sebagai sebuah institusi yang hebat dalam pengajian tinggi. Ditubuhkan pada tahun 1889, pelajar-pelajar dari seluruh dunia turut mendaftar di kolej ini. Kos pengajian di antara $57,500 dan $58,000 (RM254,725 dan RM256,940) setiap tahun.
8. Drexel University

Universiti yang berpangkalan di Philadelphia ini digambarkan sebagai “universiti penyelidikan swasta” yang mengenakan kos pembelajaran kira-kira $58,000 (RM256,940) setahun.
7. Dartmouth College

Kolej ini terletak di New Hampshire dan menelan kos yuran tahunan sebanyak $58,000 (RM256,940).
6. Claremont McKenna College

Satu lagi institusi yang berpangkalan di California juga menawarkan kos pengajian yang lebih kurang sama dengan keempat-empat kolej sebelum ini, $58,000 (RM256,940) setahun.
5. Wesleyan University

Tidak jauh dari bandar New York, Wesleyan University digambarkan sebagai “kolej seni liberal swasta” yang ditubuhkan pada tahun 1831 dan menetapkan kira-kira $58,000(RM256,940) setahun untuk korang melanjutkan pelajaran di sini.
4. Columbia University

Universiti ini ditubuhkan pada tahun 1754 sebagai King College oleh piagam diraja King George II dari England. ia merupakan institusi tertua pengajian tinggi di New York dan kelima tertua di Amerika Syarikat. Untuk melanjutkan pelajaran di universiti ini, korang akan dikenakan kos pengajian kira-kira $59,000 (RM261,370) setahun.
3. Harvey Mudd College

Dibuka pada September 1957, kolej ini merupakan pilihan terkemuka bagi pelajar di serata dunia untuk melanjutkan pelajaran. Kolej yang menawarkan pengajian sains ini menerima beberapa penganugerahan terbaik dalam bidang pendidikan. Secara purata, yuran tahunan yang dikenakan adalah $59,000 (RM261,370) setahun.
2. New York University

Bandar New York dilihat sebagai satu destinasi bagi mereka yang sanggup membayar dengan jumlah wang yang banyak hanya semata-mata untuk mendapatkan segulung ijazah. Universiti ini terletak di Greenwich Village dan pelajar perlu membayar kira-kira $60,000 (RM 265,800) setahun untuk melanjutkan pelajaran disana.
1. Sarah Lawrence College

Nama kolej ini mungkin tidak se gah Harvard, Yale atau Oxford, tetapi berdasarkan kos pengajian mereka, harganya boleh tahan juga. Universiti yang terletak di Yonkes, New York ini menawarkan pengajian dengan kadar yuran tahunan kira-kira $61,000 (RM270,230) setahun.
Rasa-rasanya selepas melihat senarai ini, ada tak mana-mana kolej yang sesuai dengan budget korang? Hehe.
Tak perlu risau, di mana pun anda melanjutkan pelajaran, yang penting adalah kerja keras dan usaha untuk menjadi pelajar terbaik. Kolej-kolej yang mahal dan bertaraf dunia ini.
Sumber: dailyentertainment.me
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Memang Hari TokTi! Dinobat Artis Tempatan Paling Popular Di Spotify Kalahkan 4 Lelaki

Saban tahun, Spotify pasti tidak ketinggalan untuk mendedahkan senarai ‘keramat’ penyanyi, album dan lagu yang paling popular di Malaysia pada tahun tersebut.
Istimewanya untuk tahun 2020, Spotify turut menyenaraikan satu kategori baru untuk Malaysia iaitu Podcast paling popular di kalangan pendengar mereka.
Mengungguli carta artis tempatan paling popular dan mempunyai senarai lagu paling kerap distrim oleh pendengar ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Siti berjaya mengenepikan saingan 4 penyanyi lelaki dalam senarai Top 5 tersebut. Ini termasuklah K-Clique (2), Faizal Tahir (3), YonnyBoii (4) dan Naim Daniel di tangga kelima.
Menariknya, single popular nyanyian Siti daripada album ManifestaSITI2020 seperti Aku Bidadari Syurgamu, Siapa Tak Mahu dan Kuasa Cintamu tidak tersenarai dalam carta lagu tempatan paling kerap distrim.
Carta tersebut dipelopori oleh lagu-lagu penyanyi muda seperti YonnyBoii & Zynnakal menerusi lagu Sakit pada tangga pertama. Ia diikuti oleh ‘Mimpi’ nyanyian ALYPH, K-Clique & Alif (2), ‘Sumpah’ nyanyian Naim Daniel (3), ‘Peluang Kedua’ nyanyian Nabila Razali (4) dan ‘Takdir Tercipta’ nyanyian Hafiz Suip & Adira (5).
Apapun, 1 Disember 2020 ini sememangnya merupakan hari yang istimewa buat Siti.
ARTIKEL BERKAITAN: TokTi Sah Hamil Lebih 4 Bulan, Apa Perasaan Aafiyah?
Siapa Lebih Popular – BTS, Taylor Swift Atau Justin Bieber?
Dalam pada itu, terdapat beberapa lagi kategori lain yang disenaraikan oleh Spotify hari ini. Antaranya termasuklah Artis Lelaki, Perempuan dan Kumpulan Paling Banyak Distrim Di Malaysia.
Spotify juga menyenaraikan lagu manakah yang paling popular di kalangan pendengar di Malaysia untuk tahun ini.
Jom lihat senarai penuh yang dikeluarkan ini.
Artis Paling Banyak Kerap di Malaysia
1. BTS
2. Justin Bieber
3. Blackpink
4. LAUV
5. Taylor Swift

Artis Lelaki Paling Kerap Distrim di Malaysia
1. Justin Bieber
2. LAUV
3. The Weeknd
4. Jay Chou
5. Post Malone
Artis Perempuan Paling Kerap Distrim di Malaysia
1. Taylor Swift
2. Ariana Grande
3. Billie Eilish
4. Halsey
5. Dua Lipa

Grup Paling Kerap Distrim di Malaysia
1. BTS
2. Blackpink
3. Maroon 5
4. Twice
5. The Chainsmokers
Lagu Paling Kerap Distrim di Malaysia
1. Before You Go oleh Lewis Capaldi
2. Someone You Love oleh Lewis Capaldi
3. How You Like That oleh Blackpink
4. Death Bed (Coffee for your Head) oleh Powfu & beabadoobee
5. Blinding Lights oleh The Weeknd
Album Paling Kerap Distrim di Malaysia
1. YHLQMDLGG, Bad Bunny
2. After Hours, The Weeknd
3. Hollywood’s Bleeding, Post Malone
4. Fine Line, Harry Styles
5. Future Nostalgia, Dua Lipa
Podcast Paling Kerap Distrim di Malaysia
1. Society & Culture
2. Comedy
3. Lifestyle & Health
4. Arts & Entertainment
5. Education
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dibedah Segera Gara-Gara Apendiks, Uyaina Mohon Doa Kesihatan Diri Dan Bayi

Pengacara dan pelakon popular, Uyaina Arshad dikejarkan ke hospital kelmarin apabila mengalami sakit perut yang keterlaluan sebelum disahkan mengalami masalah apendiks.
Dalam perkongsian menerusi akaun Instagramnya, isteri kepada Raja Syahiran ini menceritakan detik cemas apabila dia diserang sakit tersebut sehinga perlu dibawa ke hospital.

“Syafakillah Uyaina & Baby. Semalam Uyaina baru je kena bedah disebabkan apendiks. Saya sangat bertuah kerana apendiks tu belum pecah. Kalau tak, tak tahu lah.
“Pagi semalam, bangun tidur terus rasa sakit sangat di sebelah bawah kanan perut. Sakit yang tak boleh bergerak. Kalau bergerak lagi sakit. Syahiran ajak Yana pergi hospital terus untuk pemeriksaan. Doktor terus tahan di wad,” kongsinya.
Sejurus doktor selesai melakukan pemeriksaan, dia perlu melalui pembedahan untuk mengatasi mengelakkan masalah tersebut berlanjutan.

Ujarnya, “Alhamdullilah pembedahan semalam berlangung pukul 10 malam. Semuanya berjalan lancar. Terima kasih kepada semua doktor dan jururawat di Hospital Pakar Avisena kerana menjaga Uyaina sebaik mungkin. Mohon doa dari semua supaya Uyaina sembuh cepat dan semoga bayi di dalam kandungan sihat. Kesian Baby, Aaminn.”
Uyaina yang kini sedang berada di trimester kedua kandungan berkahwin dengan cinta hatinya, Raja Syahiran pada 21 Disember 2020 yang lalu. Dia mengumumkan mengenai kandungannya kepada umum pada 2 April 2020.

BACA LAGI: “We Are Pregnant,” – Uyaina Arshad & Raja Syahiran Bakal Timang Cahaya Mata Sulung
Untuk pengetahuan pembaca, menurut laporan Columbia Asia, rawatan yang biasa dilakukan untuk apendiks ialah dengan mengeluarkan apendiks tersebut. Kaedah ini agak ringkas dan pesakit boleh pulih dengan segera. Tetapi jika apendiks telah pecah, surgeri yang akan dilakukan agak rumit dan pesakit mungkin akan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh.
Apendisitis yang telah pecah tetapi tidak diberi rawatan dengan segera akan mengakibatkan komplikasi yang lebih serius seperti jangkitan kuman di dalam darah. Dalam beberapa kes yang jarang berlaku, apendisitis yang melibatkan apendiks yang telah pecah boleh mengakibatkan maut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

