Catwalk Model Paris Fashion Week Jadi Viral, Leon Dame Tarik Perhatian Dunia

Share

Nampaknya tahun ini bukan nama Kendal Jenner mahu pun Gigi Hadid yang disebut-sebut dalam pentas peragaan Paris Fashion Week, tetapi model berusia 20 tahun yang berasal dari Berlin, Leon Dame pula yang mencuri perhatian ketika berada di atas pentas pertunjukan fesyen Maison Margela Spring Summer 2020.

Semasa menutup koleksi musim bunga Maison Margiela 2020 dari pereka John Galliano, Leon Dame tampil dengan aksi berjalan yang agak ‘pelik’, lain daripada kebiasaan catwalk seorang model. Video tersebut dikongsi sendiri oleh pemuda itu, dengan kapsyen “Closing Maison Margiela SS20”.

Leon Dame telah menarik perhatian masyarakat dunia dengan catwalknya yang ‘luar biasa’ sehinggakan ramai yang menjadikan perbuatan itu sebagai meme di media sosial.

Walau bagaimanapun, catwalk itu sebenarnya adalah sebahagian daripada rancangan mereka. Galliano telah pun bekerja dengan movement director, Pat Boguslawski selama setahun untuk sesi koreograf cara model berjalan.

John mahu mereka menjadi diri sendiri dan kerana itu, Leon Dame merasakan apa yang dia lakukan itu adalah karaternya sendiri, tetapi dia juga turut mendapatkan pandangan daripada Pat.

Tidak disangka-sangka cara catwalknya itu menjadi viral dan menarik perhatian penonton diseluruh dunia.

Penonton bukan hanya dapat melihat koleksi rekaan pakaian, malah keunikan cara jalan si model juga turut mencuri perhatian fesyenista sedunia, termasuklah Anna Wintour, editor Vougue yang tersenyum melihat cara Dame berjalan.

Pagi-pagi tengok video ni tadi rasa terhibur pula hari Isnin kami. Hiks!

IKLAN