
Jika dahulu, hiasan tangan seakan inai yang berwarna putih ini hanya khas dipakai semasa majlis pernikahan saja.
Sekitar tahun 2015, ia mula mendapat perhatian ramai apabila selebriti Malaysia mula memakai ‘inai putih’ ini pada belakang telapak tangan mereka.
Sekarang, ‘inai putih’ tidak lagi eksklusif kepada musim perkahwinan saja malah ia boleh dipakai pada bila-bila masa. Semasa ke konsert contohnya, it will go really well with your Coachella-esque outfits.

Cuma ada satu perkara je yang ramai masih keliru mengenai ‘inai putih’ iaitu ia bukanlah INAI sebenar!
Lebih tepat jika dipanggil sebagai cat badan, ia selalu dijual dalam tiub kecil di stor yang menjual item solekan. Mengapa ia didatangkan dalam pakej sekecil itu adalah kerana ia mudah untuk kering ataupun mengeras jika mempunyai contact bersama udara.
Selalunya, ‘inai putih’ ini hanya boleh bertahan selama sehari je kerana ia mudah tertanggal jika tangan terkena air. Iyalah, takkanlah tak mandi pula satu hari kan.
Namun, rahsia untuk mengekalkan coraknya bagi 3-4 hari adalah dengan meletakkan baby powder di atasnya selepas siap ‘berkarya’. Korang pun boleh cuba menyapukan metalik nail polish di atas corak, ia akan mempunyai kesan tahan lama.

‘Inai putih’ ini tidak sah dibawa solat kerana ia bukanlah inai yang sebenar. Air wudhuk secara tak langsung tak boleh menembusi lapisan cat pada tangan. Sebaiknya, pandai-pandailah memakainya semasa datang bulan. Sekurang-kurangnya tak adalah sayang nak basuh semula tangan setelah baru 2 jam lukisan siap.
Bagi memudahkan korang untuk menanggalkan ‘inai putih’ ini, REMAJA mencadangkan agar korang rendam telapak tangan ke dalam besen air sabun selama 3-4 minit. Kemudian, sental dengan loofah sehingga kesemuanya hilang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
5 Jenama Mekap Dengan Lips Product Baru – Kami Beritahu Mana Satu Yang Berbaloi

Kalau korang perlukan lips product baru pada setiap bulan, sep sikit. Kita geng!
Kebetulan pula pada bulan ini, banyak jenama kosmetik yang menawarkan produk baru untuk bibir. Warna fresh, tekstur yang best – kami namakan 5 jenama produk yang berbaloi untuk korang beli.
Flux Matte Lip Crémes
Irisa Cosmetics
Haa, ni memang fresh off the oven. Irisa Cosmetics baru saja dilancarkan pada hari Sabtu lepas di Publika, Kuala Lumpur oleh adik-beradik remaja (like, legit), Iman dan Irisa. Apa yang kami suka mengenai lip crémes ini adalah 1) warnanya.

Memang warna seperti Solo, Stigma, Valerie, Moonlight dan Dead Roses ni senang nak dipadankan dengan apa-apa pakaian.
2) Ia boleh bertahan lama pada bibir. We have tested this fresh and vegan lip product, memang melekat habis.
Siri Balik Kampung
NITA Cosmetics
Kami obses dengan koleksi Warung ni. Bukan je kerana nama-namanya sangat comel, tetapi kerana warna nude yang ditawarkan cukup cantik pada kulit orang Asia like ours.
Siri Balik Kampung mempunyai 2 set iaitu Tapau (nude keperangan) dan Bungkus (nude kemerahan). Jadi, mereka kini mempunyai warna untuk semua jenis tona kulit.
Vice Lipsticks
Urban Decay
Memang ada pelbagai jenis barangan kosmetik untuk koleksi The Naked Cherry yang diperkenalkan oleh Urban Decay, 2 minggu lalu. We fell in love for pretty much everything served on the table, tetapi disebabkan ini adalah posting untuk lipstik, kami akan fokus kepada Vice Lipsticks.

Antara Juicy (peach), Devilish (berry pink) dan Cherry (deep berry), kami cadangkan korang untuk mendapatkan Cherry. Well, it all depends on your choice. Tetapi disebabkan ia berharga RM80 satu – whoa – ambil warna paling berbaloi okay.
Powder Kiss
MAC Cosmetics
Kissable ke tak?
Lipstik matte ini memang ‘ringan’ dan mudah nak ‘masuk’ dengan kebanyakan warna kulit. Rasa macam lip balm pun ada, kerana ia mempunyai tekstur berhidrasi.

Dan apabila korang mengoles pada bibir, warnanya mempunyai efek lembut pada kulit. So it is very good for blending or dabbing.
Walaupun agak mahal (RM77 – as expected from MAC) tetapi ada warna tertentu yang berbaloi untuk dibeli, terutamanya bagi korang yang selalu nak cepat bersiap pada waktu pagi.
Liquid Lip Lacquer Matte
Mark by Avon
Avon ada jenama baru di bawahnya!
Mark ialah jenama yang mempunyai berbagai produk baru dengan packaging menarik seperti foundation, maskara dan lip lacquer seperti ini.

Warna yang ditawarkan kali ini memang pelbagai dan menonjol. Masih ada pilihan warna nude bagi yang sukakannya (seperti kami) walaupun limited.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Salah Bantal” Atau Sakit Tengkuk Ketika Bangun Tidur! Dr Sarankan Guna Ubat Ini Untuk Kelegaan

Adakala ketika bangun dari tidur, akan ada rasa tidak selesa terutama di bahagian leher. Ada mengaitkannya dengan “salah bantal”dan sebagainya. Walau sedikit urutan sudah dilakukan termasuk menyapu minyak panas tetapi rasa sakit itu menjalar ke belakang badan hingga menimbulkan rasa tidak selesa.
Apa rawatan terbaik untuk atasi masalah ini?
Dalam satu perkongsian artikel ditulis oleh Doktor Mohd Ramzdhan bin Mohd Madsar di page DoktorOnCall mengenai sakit tengkuk selepas bangun dari tidur, bagi individu yang alami masalah yang sama, ini keadah rawatannya.
Jelas Dr Mohd Ramzdhan, berdasarkan gejala sakit tengkuk selepas bangun dari tidur, ia berkaitan dengan otot leher yang terseliuh yang disebabkan oleh posisi tidur yang tidak betul memandangkan anda menjelaskan bahawa ia berasa sakit selepas bangun daripada tidur. Ia adalah sesuatu yang dianggap tidak serius tetapi anda boleh berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat yang lebih berguna untuk mengurangkan kesakitan tersebut.
Kesakitan tengkuk boleh berlaku di mana sahaja di bahagian leher anda, dari bahagian bawah kepala sehingga ke bahagian bahu. Ia boleh merebak ke bahagian belakang atau lengan. Ia mungkin mengehadkan pergerakan kepala dan leher anda. Kesakitan tengkuk kebiasaannya berlaku pada warga tua, berumur lebih daripada 50 tahun.
Leher mempunyai banyak pergerakan dan menyokong berat kepala. Walaubagaimanapun, kerana ia kurang dilindungi berbanding daripada bahagian tulang belakang yang lain, leher boleh terdedah kepada kecederaan dan gangguan lain yang boleh menyebabkan rasa sakit dan menyekat pergerakan. Bagi kebanyakan orang, sakit leher adalah keadaan yang sementara dan ia akan hilang beransur-ansur. Untuk lain-lain penyebab, ia memerlukan diagnosis dan rawatan perubatan untuk melegakan gejala tersebut.

Apakah penyebab sakit tengkuk?
Kecederaan dan Kemalangan:
Kebanyakan kesakitan tengkuk disebabkan oleh aktiviti-aktiviti yang membuatkan leher terseliuh. Posisi duduk yang tidak betul, melukis di siling, atau tidur dengan leher yang terpusing adalah beberapa penyebab yang boleh mengakibatkan sakit leher. Aktiviti-aktiviti seperti ini boleh menyebabkan ketegangan leher, atau kekejangan otot leher.
Whiplash adalah kecederaan yang biasa berlaku semasa kemalangan. Ini biasanya dipanggil hyperextensi atau kecederaan hyperfleksi kerana kepala dipaksa bergerak ke belakang atau ke hadapan dengan pantas melampaui gerakan normal leher. Pergerakan yang tidak normal ini mempengaruhi otot dan ligamen di leher. Otot bertindak balas dengan mengetat dan mengecut. Ini menyebabkan keletihan otot yang membawa kepada rasa sakit dan kekejangan.
Umur yang meningkat:
Gangguan degeneratif seperti osteoartritis, stenosis tulang belakang, dan penyakit cakera degeneratif boleh mempengaruhi tulang belakang.
- Osteoarthritis adalah gangguan sendi menyebabkan kemerosotan tulang rawan secara progresif. Tubuh bertindak balas dengan membentuk tulang baru yang disebut ‘osteophytes’ (taji tulang) yang mempengaruhi pergerakan sendi.
- Stenosis tulang belakang menyebabkan foramen, laluan neural kecil, menjadi semakin sempit yang mungkin boleh memampatkan dan memerangkap akar-akar saraf. Stenosis boleh menyebabkan sakit leher, bahu, dan lengan dan rasa kebas apabila saraf ini tidak boleh berfungsi dengan normal.
- Penyakit degenerative disc disease (DDD) boleh menyebabkan cakera intervertebral menjadi kurang terhidrat, menyebabkan cakera menjadi kurang keanjalan dan ketinggian . Dari masa ke masa, cakera boleh membesar atau menembusi menyebabkan kesakitan bahagian anggota tangan, kesemutan, dan kebas.
Kehidupan Seharian:
Postur yang lemah, obesiti, dan otot abdomen yang lemah mengganggu keseimbangan tulang belakang yang sering menyebabkan leher membengkok ke hadapan untuk mengimbangi semula. Tekanan dan ketegangan emosional boleh menyebabkan otot mengecut menyebabkan rasa sakit dan kejang.
Penyakit Lain:
Walaupun sakit leher biasanya disebabkan oleh ketegangan, kesakitan yang berpanjangan atau defisit neurologi mungkin merupakan petanda kepada sesuatu yang lebih serius. Gejala-gejala ini tidak boleh diabaikan. Jangkitan tulang belakang, tekanan yang berat terhadap tulang belakang, tumor, patah tulang, dan gangguan lain boleh berlaku. Jika kecederaan kepala berlaku, kemungkinan besar leher juga boleh terjejas, jadi, adalah penting untuk mendapatkan rawatan perubatan dengan segera.
Apakah gejala sakit tengkuk
Kesakitan tengkuk biasanya dikaitkan dengan sakit yang lenguh-lenguh . Kadang-kadang rasa sakit di leher bertambah buruk dengan pergerakan leher atau apabila kepala berpusing.
Gejala lain yang berkaitan termasuklah:
- Rasa kebas, kesemutan
- Rasa sakit yang tajam
- Kesukaran untuk menelan
- Rasa berdenyut-denyut
- Bunyi yang menggelegak di kepala
- Pening
- Keletihan
- Bengkak kelenjar
- Sakit kepala
- Kesakitan di bahagian muka dan bahu
Gejala-gejala ini berlaku disebabkan oleh saraf-saraf yang terlekat dan terhimpit di leher. Bergantung kepada keadaan, kadang-kadang kesakitan leher diikuti dengan sakit belakang di bahagian atas atau lebih rendah, seperti yang biasa berlaku bagi keradangan tulang belakang yang disebabkan oleh ‘ankylosing spondylitis’.

Apakah rawatan sakit tengkuk
Jenis rawatan yang anda perlukan bergantung kepada sama ada sakit leher anda disebabkan oleh aktiviti, kecederaan, atau penyakit yang lain. Kebanyakan sakit tengkuk yang disebabkan oleh aktiviti yang berat boleh dirawat di rumah.
Untuk sakit leher yang berlaku secara tiba-tiba:
- Gunakan pad pemanas pada tetapan rendah atau sederhana selama 15 hingga 20 minit setiap 2 atau 3 jam. Cuba untuk mandi dengan air suam untuk satu sesi tertentu dengan pad pemanas. Anda juga boleh membeli tuaman suam yang boleh digunakan sehingga 8 jam. Atau anda boleh cuba pek ais selama 10 hingga 15 minit setiap 2 hingga 3 jam. Tidak ada bukti kukuh yang menyatakan bahawa haba atau ais boleh membantu. Tetapi anda boleh cuba untuk melihat jika ia boleh membantu.
- Ambil acetaminophen (seperti Tylenol). Ibuprofen atau ubat anti-keradangan yang lain juga boleh membantu melegakan kesakitan.
- Elakkan kecederaan pada leher anda dengan menukar aktiviti dan tabiat, seperti bagaimana anda duduk atau tidur dengan lebih selesa dan sempurna.
- Cuba melakukan senaman atau terapi manual untuk membantu anda menggerakkan kepala dan leher anda dengan lebih mudah. Berjumpalah dengan ahli terapi fizikal, pakar Chiropractor, atau doktor osteopati untuk jenis rawatan ini.
- Untuk merawat sakit leher yang kronik, doktor mungkin akan memberikan ubat untuk melegakan otot leher anda. Atau anda boleh mendapatkan ubat-ubatan untuk melegakan kesakitan dan membantu anda tidur. Di samping itu, anda juga boleh cuba untuk pergi mengurut atau melakukan yoga untuk melegakan tekanan di bahagian leher.
- Pembedahan jarang dilakukan untuk merawat sakit tengkuk. Tetapi ia boleh dilakukan jika sakit anda disebabkan oleh masalah perubatan, seperti tekanan pada akar saraf tulang belakang, tumor, atau penyempitan saluran tulang belakang.
Jika terdapat apa-apa kemusykilan, sila rujuk nasihat doktor yang boleh dijumpai di klinik atau hospital. Jika ia bukan kecemasan, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor di laman web www.doctoroncall.com.my.Terima kasih.
Rujukan
1. Neck Pain, Mayo Clinic
2. Neck Pain: Possible Causes and How to Treat It, Healthline
3. Why Does My Neck Hurt?, WebMD
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Muka ‘Berketul’? Ambil 4 Jenis Makanan Organik Ini Untuk Kurangkan Kesan Jerawat

Siapa yang tak nak muka yang flawless kan?
Namun, semua orang mempunyai fikiran bahawa jika ingin memiliki wajah cantik dan licin, kita perlu berbelanja sakan untuk membeli 1001 satu jenis produk kecantikan.
Sebenarnya, tindakan tersebut boleh membawa lebih mudarat kepada wajah berjerawat kerana korang mencampur adukkan pelbagai jenis bahan kimia yang ada di dalam produk. Besar kemungkinan, ada di antara bahan kandungan itu tak bersesuaian dengan masalah yang korang hadapi.
So, apa kata korang hentikan masalah jerawat dan kesan jerawat pada wajah dengan menukar cara pemakanan dulu. Cuba ambil 4 jenis makanan penghapus jerawat ini dan tengok kesannya!
* * * * *
01
Bayam

Sayur bayam mengandungi vitamin A dan vitamin C yang mempunyai aktioksidan untuk mencegah bakteria. Ini kerana bakterialah punca utama kepada masalah jerawat.
* * * * *
02

Lobak
Khasiat lobak lebih kurang sama dengan bayam. Ia turut mengandungi vitamin A yang bagus untuk mengatasi masalah kulit, termasuklah jerawat.
* * * * *
03
Ikan Salmon

Mahal sedikit tapi berbaloi! Salmon bukan saja baik untuk kesihatan badan korang tetapi juga baik untuk kulit. Kandungan lemak Omega 3 di dalam Salmon dapat mengatasi masalah jerawat di samping meningkatkan kolagen.
* * * * *
04
Kunyit

Kunyit bukan sebarang kunyit tau! Ramai yang tidak tahu, kunyit yang biasa menjadi bahan masakan kita mempunyai kandungan anti inflamasi (keradangan dan kemerahan) bagi mencegah jerawat daripada menimbul, berketul dan mendatangkan luka serta kesan pada wajah.
* * * * *
Bolehlah korang cuba amalkan 4 jenis makanan ini. Dah cantik nanti, jangan lupa tag REMAJA dekat foto selfie korang okay!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

