Cara “SENYAP” Nak Buat Aduan Ke Atas Peniaga Haram! Ini Step By Stepnya

Share

Ada antara kita tahu khususnya di premis tempat kita kita tinggal, ada peniaga melakukan perniagaan haram. Sesetengah dari kita mengambil langkah selamat dengan mendiamkan diri hingga kegiatan sebegini menjadi berleluasa dan semakin berkembang.

Demi Malaysia yang tercinta, sempena bulan kemerdekaan yang ke 63 yang bakal kita sambut pada hujung bulan ini, apa kata kita bangkit berani mempertahankan negara dari terus dijajahi warga asing yang membuat perniagaan secara haram. Begitu juga kalau ada peniaga tempatan yang membuka perniagaan salah seperti perjudian, kita buat laporan.

Tapi nak buat aduan kenalah cara senyap agar identitiy kita tidak terdedah. Seorang peguam Nor Zabetha dari Tetuan Nor Zabetha Chinnai & Co berkongsi penulisannya cara untuk kita buat aduan ke Biro Pengaduan Awam (BPA) tanpa dedahkan identiti kita. Jadi lebih selamat dan kita juga tidak jadi tumpuan jenayah.


Kalau hendak buat aduan sebagai pemberi maklumat, apa cara yang sepatutnya diambil? Jujur saya katakan, saya sendiri takut menghadapi kesan sebagai pemberi maklumat. Manalah tahu ada yang mengugut, yang dendam dan mencari masa untuk membalas balik.

Saya faham perasaan apabila kita kena tetapi orang lain tidak. Misalnya, waktu sekatan jalan raya, kita ditahan kerana tiada lesen.

Kemudian, kita disaman tetapi tiba-tiba orang yang ditahan dengan kesalahan yang sama, tidak disaman. Paham perasaannya rasa tidak adil dan tidak patut. Kalau hendak saman biar dua-dua. Baru adil!

Perkara begini memang perlu diadukan. Saya kongsikan cara-cara membuat aduan yang betul Biro Pengaduan Awam (BPA). Sebenarnya BPA ini, merangkumi pelbagai aspek selain rasuah, aduan juga boleh dibuat kepada isu sikap anggota awam dan apabila gagal mematuhi garis panduan kerja:


Cara-caranya:
1) Kenal pasti jenis kesalahan misalnya bagi kes-kes yang melibatkan PDRM, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), JPJ dan lain-lain (rujuk dalam laman BPA). Misalnya gagal mengikut prosedur yang betul. Seperti, PBT tidak mengambil tindakan ke atas penjaja, JPJ tidak mengambil tindakan kepada pemandu yang salah laku.

Bukan itu sahaja kalau anggota awam kasar, jenis memaki, berkelakuan buruk tidak kiralah dalam telefon atau berdepan. Atau anggota di kaunter perkhidmatan, sombong dan kasar,tidak peramah. Pun boleh diadukan.


2) Kenal pasti hari kejadian, masa, tempat (misalnya dikaunter mana dan apa berlaku). Paling utama, kenal pasti nama anggota. Kalau anggota enggan beri kerjasama nama penuh, tanya pada anggota lain. Jika masih tiada kerjasama untuk mendapatkan nama penuh. Dapatkan nama singkat dan diberikan sekali dengan masa, tempat dan hari sudah cukup membantu.


3) Kalau ada bukti-bukti lain, misalnya sebelum membuat aduan di BPA ini, telah beberapa kali pergi buat aduan ke PBT tetapi tidak diendahkan. Simpan semua dokumen laporan ini dan segala bukti yang relevan.


4) Pergi ke Portal Rasmi Biro Pengaduan Awam, Pusat Gorvenans Intergriti dan Anti-Rasuah Nasional, di bawah Jabatan Perdana Menteri dan buat aduan di sini. Aduan boleh dibuat secara online atau di kaunter. Borang online seperti dalam gambar. Link ada diruang komen.


5) Isi borang aduan, masukkan tajuk sama ada aduan atau cadangan misalnya. Dibahagian butiran masukkan masa, tempat, tarikh dan nama anggota dan cerita sedikit kronologi cerita. Apa salah laku pegawai? Apa kejadiannya? Kemudian, masukkan juga lampiran bukti seperti dalam no.3 di atas (jika ada) dalam ruangan lampiran.


6) Tunggu maklum balas, jika tiada maklum balas. Sentiasa dapatkan status susulan atau ‘follow up’. Jika masih tiada juga maklum balas, hantar surat rasmi. ‘Follow up’ demi ‘follow up’. Perlu lebih agresif. Diruang komen juga ada Soalan Lazim dan langkah-langkah yang akan BPA ambil selepas menerima aduan.

Aduan ini adalah percuma dan tidak melibatkan kos. Ini salah satu cara yang boleh diambil. Hendak buat aduan banyak caranya. Kalau tidak melalui BPA, surat rasmi kepada pihak terlibat yang diberikan salinan kepada Ketua Pengarah, Jabatan atau lain-lain juga boleh.

Kalau tidak guna cara yang betul, seperti saya katakan, takut berdepan dengan ugutan dendam dan lain-lain. Hati-hati. Sama-sama kita banteras jenayah rasuah. Orang ambil rasuah memang tak boleh pakai!

Oleh Nor Zabetha

IKLAN