Bermula 31 Ogos 2025, semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan menerima RM100 secara one-off melalui MyKad, di bawah inisiatif baharu kerajaan yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Bantuan ini dikenali sebagai Sumbangan SARA Untuk Semua, dan boleh dibelanjakan di lebih 4,100 kedai terpilih di seluruh negara.

Tapi persoalannya macam mana nak tahu duit dah masuk? Dan lebih penting, macam mana nak semak baki duit dalam MyKad? Jangan risau, semuanya akan Remaja kongsikan untuk korang!

Cara Semak Baki Duit TnG Dalam MyKad & Tebus RM100 Sumbangan SARA

MyKad Boleh Guna Sebagai Kad Touch ‘n Go (TnG)?

Ya, boleh! Tapi hanya jika MyKad anda ada logo Touch ‘n Go di bahagian belakang kad. Kalau ada, maksudnya MyKad korang boleh digunakan untuk sebarang transaksi yang menggunakan sistem Touch ‘n Go — termasuklah pembayaran tol, pengangkutan awam dan sekarang, untuk Sumbangan SARA RM100 juga.

📲 Cara Semak Baki Duit TnG Dalam MyKad

Cara Semak Baki Duit TnG Dalam MyKad & Tebus RM100 Sumbangan SARA

1. Semak Guna Aplikasi TnG eWallet

Langkah paling mudah dan cepat:

Ads
  1. Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet di App Store atau Google Play.

  2. Log masuk dan pergi ke bahagian “TNG Card”.

  3. Tekan “Add New Card”.

  4. Masukkan nombor siri kad (MFG Number) dan nama anda.

  5. Tekan “Submit” dan baki TnG MyKad anda akan dipaparkan.

🔍 Tip Penting: Kalau tak tahu nombor MFG MyKad, boleh dapatkannya di portal rasmi TnG:

2. Guna Mesin Kiosk Touch ‘n Go

Cara Semak Baki Duit TnG Dalam MyKad & Tebus RM100 Sumbangan SARA

Korang juga boleh semak baki di kiosk TnG yang biasanya terletak di:

  • Pusat membeli-belah

  • Stesen LRT/MRT

  • Terminal bas utama

Langkah mudah:

Ads
  1. Letakkan MyKad pada pengimbas.

  2. Tunggu baki dipaparkan pada skrin.

3. Guna Mesin Tambah Nilai TnG

Beberapa stesen minyak dan kedai serbaneka ada sediakan mesin ini. Korang boleh:

  • Letakkan kad MyKad di pengimbas.

  • Baki automatik dipaparkan.

  • Kalau nak tambah nilai pun boleh terus di mesin yang sama.

4. Semak Melalui Portal Web

Untuk mereka yang lebih selesa guna komputer:

  1. Layari www.touchngo.com.my

  2. Log masuk akaun.

  3. Pergi ke “Card Portal”

  4. Pilih kad MyKad dan semak baki terkini.

💡 Nota Tambahan: Bagaimana Nak Guna RM100 Sumbangan SARA?

  • Duit RM100 akan dimasukkan terus ke akaun TnG MyKad korang.

  • Boleh digunakan untuk beli barang keperluan di kedai runcit dan pasar raya yang terpilih.

  • Transaksi guna kad MyKad sama macam guna kad Touch ‘n Go biasa hanya tap sahaja.

Inisiatif Sumbangan SARA ini jelas menunjukkan usaha kerajaan untuk meringankan beban rakyat. Sebagai remaja yang aktif dan celik teknologi, penting untuk korang tahu cara semak dan manfaatkan bantuan yang diberi.

Jadi, pastikan MyKad korang aktif dan sedia untuk digunakan  RM100 menanti untuk dibelanjakan dengan bijak!

Ads

BACA LAGI : 7 Ciri Keselamatan Mykad Dan Fungsi Lain Selain Touch n Go

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads