Kehilangan sijil pendidikan bukan perkara yang baru kerana sejak dulu lagi, ada individu yang menghadapi masalah ini dan sukar untuk mendapatkan semula sijil mereka kerana perlu melalui banyak prosedur.
Selain digunakan sebagai syarat untuk kemasukan pelajar di Institut Pengajian Tinggi, sijil-sijil pendidikan di sekolah juga digunakan sebagai sokongan untuk urusan temuduga pekerjaan. Untuk perkara-perkara formal seperti ini sudah tentulah ia memerlukan salinan sijil yang original kan?
Tapi, kalau ada sijil yang hilang memang runsing dibuatnya.
Nah, tak perlu risau lagi kerana sekarang ni kalau ada sijil pendidikan persekolahan korang yang hilang, semuanya boleh diselesaikan dengan lebih mudah. Jika dulu ada yang kata kita perlu ke Kementerian Pendidikan Malaysia untuk memohon sijil yang baru, kini semuanya boleh dilakukan secara online sahaja.
Mungkin ada yang tidak tahu cara untuk minta salinan keputusan peperiksaan PMR/SPM/STPM dan lain-lain oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, jadi jom kita lihat tutorial berikut:
1. Pergi ke laman web e-Lembaga Peperiksaan: elp.moe.gov.my, pilih Perkhidmatan
Ads
2. Kemudian, pilih nak salinan sijil peperiksaan yang mana
3. Klik disitu dan isikan maklumat pada borang pemohonan
Ads
4. Caj dikenakan. Bayar mengikut harga yang ditetapkan
Ads
5. Tak sampai seminggu sijil asal diterima melalui pos
Wah, mudah sangat ni. Kalau ada sesiapa yang kehilangan sijil SPM atau yang berkaitan dengannya, bolehlah cuba cara ini.
Masjid atau rumah Allah adalah tempat beribadat umat Islam yang lebih dari sekadar kubah serta mimbarnya. Ia dibina sebagai tempat muslimin dan muslimat untuk beribadat, menyebarkan syiar islam, belajar dan mengeratkan komuniti.
Tapi jika korang gemarkan seni bina, pasti teruja melihat seni bina sebuah masjid jika melalui Jalan Sungai Penchala di Segambut, Kuala Lumpur.
Foto Via Bernama
Manakan tidak, siapa sangka bangunan konkrit berwarna putih kelabu yang dipenuhi dengan landskap tumbuhan hijau seakan sebuah pejabat ini merupakan tempat beribadat buat orang Islam.
Untuk pengetahuan, surau ini dinamakan “Musalla Al Abrar” dengan struktur binaannya berbentuk kiub dan keseluruhan dinding menggunakan batu blok angin.
Foto Via Bernama
Foto Via Bernama
Hafiz Ismail, 48 tahun iaitu arkitek yang dipertanggungjawabkan membuat pelan surau itu berkata Musalla Al Abrar diinspirasikan daripada struktur bangunan suci, Kaabah yang terletak di Masjidil Haram di Makkah.
“Saya mengambil ilham daripada struktur Kaabah berbentuk kiub, bagaimana struktur sederhana Kaabah itu, jutaan umat Islam dari seluruh dunia setiap tahun pergi. Jadi mengapa tidak kita fikir (pelan) bentuk Kaabah yang kiub sahaja yang boleh menarik ramai orang,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Musalla Al Abrar yang menelan kos RM3 juta itu mempunyai dua aras ruang solat yang boleh memuatkan sehingga 1,500 jemaah pada satu-satu masa dan turut menempatkan ruang pejabat, tempat wuduk, tandas dan dapur.
Surau bertaraf masjid tersebut di bawah pentadbiran Yayasan Tawfiq siap dibina pada 2016 dan sehingga kini ia menjadi tumpuan umat Islam bukan sahaja dari kawasan berdekatan, malah juga dari luar Lembah Klang untuk mengikuti majlis ilmu yang diadakan di kawasan berkenaan.
Bercerita lanjut, lulusan ijazah seni bina dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam itu berkata dari segi disiplin seni bina, ‘tropical brutalism’ diterapkan pada reka bentuk bangunan surau berkenaan yang mempunyai kelebihan dan setiap daripadanya mempunyai fungsi tertentu.
Menurutnya, perkataan ‘brutalism’ itu merujuk kepada penggunaan material dinding dan tiang surau yang 100 peratus berasaskan binaan konkrit yang dilepa simen tanpa semburan cat dan hanya bahagian lantai dicat.
Sementara perkataan ‘tropical’ pula diterapkan melalui aspek landskap tumbuhan yang banyak meliputi sebahagian surau itu bagi mewujudkan persekitaran hijau yang mendamaikan.
Hafiz berkata penggunaan batu blok angin pada keseluruhan dinding surau tersebut pula bertujuan mewujudkan lubang pengudaraan semula jadi sekali gus jemaah yang berada di dalamnya lebih selesa dan tenang walaupun dalam jumlah ramai.
Teringin pula penulis menjejakkan kaki di Musalla Al Abrar ni…Kalau korang nak merasai angin semulajadi ketika beribadat, bolehlah singgah Musalla Al Abrar ni okay. Tengok gambar pun dah cantik, bila depan-depan mesti rasa lagi seronok!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat yang belum kesempatan menonton filem ini, filem epik sejarah Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan akan ditayangkan di Netflix bermula 16 September ini. Perkara itu diumumkan oleh Netflix dalam satu video terbaharu di Youtube mereka.
Selain Mat Kilau, satu lagi filem yang bakal muncul bulan September dan turut mendapat sambutan adalah Thai Cave Resque. Filem ini diambil dari kisah sebenar tragedi sekumpulan pemain bola sepak yang terperangkap di dalam gua selepas gua tersebut dilanda banjir. Thai Cave Rescue boleh ditonton bermula 22 September 2022.
Foto Via Netflix
Antara filem dan siri terbaharu lain yang dilancarkan di laman penstriman Netflix bulan September ini adalah seperti Love In The Villa, Cobra Kai: Season 5, Fullmetal Alchemist The Final Alchemy dan Blonde.
Servis penstriman Netflix antara paling popular di dunia dengan pelbagai kandungan filem dan siri Original yang buat anda tak bosan ketika menonton. Dengan langganan serendah RM17 anda sudah boleh menonton semua kandungan Netflix di telefon pintar. Untuk pakej premium, anda perlu melanggan RM55 sebulan dengan kualiti video 4k+Ultra HD.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Keputusan SPM baru sahaja diumumkan beberapa hari lalu dan kami pasti ramai diantara pelajar kini sedang berkira-kira untuk memilih jurusan untuk meneruskan pengajian ke peringkat universiti.
Bagi mereka yang sudah mempunyai perancangan dan cita-cita, mungkin mudah bagi korang untuk terus mencari hala tuju, sebaliknya ada diantara pelajar yang masih keliru untuk meneruskan pengajian lebih-lebih lagi bagi pelajar yang minat dalam bidang sains.
Seperti yang telah dikongsi oleh ahli kimia berdaftar ini, sebagai individu dari bidang Sains, Mas Faiz berkongsi beberapa perkara penting kepada pelajar yang baru habis SPM supaya mereka tahu hala tuju dan tidak tersalah langkah.
Berikut adalah tip sambung belajar, skill relevant, peluang pekerjaan dan tangga gaji di Malaysia yang berkaitan dengan Sains.
1. Malaysia ialah bukan negara pencipta (Fundamentalist), tapi ialah negara pengguna teknologi (Technologist). Kepada yang minat bidang Sains, pilihlah kursus yang ada aplikasi:
Applied science: (Engineering, Medical, Pharmacist, Data Analyst, Computer Science IT)
Elakkan bidang core Sains seperti:
Pure Mathematics, Astrophysics, Aerospace, Chemistry, Biologi dan Geologi. Tapi bidang core Sains ini tidak dihargai di Malaysia. R&D industry Malaysia juga masih dalam kategori sektor peminjam. Boleh ambil tapi susah nak dapat kerja.
Kenyataan ini datang semula ke penyataan (1), Malaysia bukan negara pembina. Contoh, semudah panadol, tapi tak ada syarikat Malaysia yang buat. Minyak, kita beli minyak dari luar tapi tak hasilkan bahan tenaga sendiri.
5. Apa tip kerjaya?
Kembali ke penyataan (2). Belajar technical skill (hardskill) yang digunapakai dalam industri. Bukan sekadar teori dan fundamental Sains.
6. Terakhir, supporting skill
Business. Masa belajar, belajarlah berniaga dan pilih circle business. Bisanya orang Sains ni malu, segan dan rasa berniaga ni kecil. Stigma ni kena buang. Orang yang berniaga terutamanya dalam bidang Sains ni lain macam, contohnya Elon Musk.
Paling penting, result atas kertas, gred dan skor tidak sepenting mental health. Banyak pelajar sains akan melalui fasa breakdown sebab korang akan belajar perkara pelik tapi akhirnya tak digunakan. Jadi, kuatkan semangat, study smart and accept the fact.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar-pelajar bidang Sains untuk memilih jurusan di universiti nanti. Apa-apa pun jangan mengalah dan teruskan berusaha hingga menggengam segulung ijazah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Menjelang penganjuran konsert solo berskala mega tidak lama lagi, Ratu Rock Negara, Ella menegaskan dirinya tidak berasa tertekan walaupun konsert Majlis Tertinggi Rockqueen yang...