Di Malaysia, terdapat pelbagai restoran dan makanan Korea yang berada di pasaran, mungkin kerana permintaan yang tinggi di kalangan masyarakat kita. Pengaruh Korea memberi impak yang besar, bukan hanya filem dan drama, malah makanan negara tersebut juga turut menjadi pilihan rakyat Malaysia.
Namun begitu, dalam keghairahan mencuba segala makanan Korea yang ada di Malaysia, sebagai umat Islam kita wajib untuk memastikan sama ada makanan yang dijual itu halal atau tidak. Antara makanan popular Korea yang menjadi kegemaran ramai adalah ramen.
Walaupun hanya mi segera, kita perlu tahu sama ada kandungan yang terdapat pada ramen itu boleh dimakan atau tidak oleh umat Islam.
Sehubungan dengan itu, personaliti media sosial, Ryzal Ibrahim telah berkongsi satu informasi berguna yang boleh dijadikan panduan sebelum membeli ramen di pasar raya.
Ramai yang bertanya kepadanya sama ada produk ramen di Korea itu halal atau tidak, macam mana nak tengok bahan mengandungi ‘pork’ atau tidak.
Ads
Perkataan ini bermaksud ‘Pork Meat’. Lihat di belakang packaging mesti korang tak faham bahasa Korea kan? Di mana pula label bahan-bahan? Kalau ada bahasa Inggeris okay lagi la kan.
Ok apa yang korang boleh buat, di belakang packaging ada satu label dalam kotak iaitu bahan-bahan dan setiap produk Korea dalam label bahan itu ada perkataan “돼지고기”, maksudnya jangan lah beli kecuali korang non-muslim.
Ads
Manakala 쇠고기 (Sogogi) pula maksudnya Daging Lembu. Tapi macam mana pula kalau “돼지고기” (Pork Meat) tu ada di bahagian lain, bukan dalam label bahan-bahan?
Jawapannya mudah, produk itu tiada pork tetapi kilang yang memproses produk itu juga memproses makanan lain yang mengandungi pork.
So boleh ke makan produk yang dihasilkan oleh kilang proses pork itu? Formula mudah, peralatan memproses di kilang itu kita tidak tahu sama ada mereka campurkan atau tidak dan bila ada rasa was-was, tinggalkan. Kalau nak makan juga, itu tanggungjawab sendiri.
Ryzal juga menegaskan bahawa kaedah ini bukan hanya itu ramen sahaja, produk-produk lain seperti coklat, chewing gum, kerepek, sos dan banyak lagi pun turut guna kaedah yang sama untuk melihat kandungan dalam produk-produk tersebut.
Tambahnya lagi, produk yang ada tanda Halal sama ada KMF (Korea Muslims Federation) atau JAKIM tidak perlu diragui kerana selalunya bahan-bahan disediakan dalam bahasa Inggeris. Namun, pastikan juga kilangnya itu tidak memproses makanan tidak halal.
Informasi yang dikongsi oleh Ryzal ini sangat berguna lebih-lebih lagi untuk individu yang gemar makanan Korea. Di pasar raya, bukan semua produk tidak halal diletakkan di bahagian ‘non-halal’ kerana ia menjadi tanggungjawab pengguna untuk memeriksa sendiri.
Semoga informasi ini memberi manfaat buat semua. Ingat, sebagai orang Islam kita perlu memastikan bahawa produk yang dibeli itu halal untuk dimakan.
Vietnam merupakan salah satu destinasi rantau Asia Tenggara yang paling popular dalam kalangan pelancong Malaysia.
Banyak faktor yang mempengaruhi keputusan masyarakat kita untuk memilih Vietnam sebagai lokasi percutian. Ini termasuklah kadar pertukaran mata wang kepada Ringgit yang masih berbaloi, berbagai-bagai destinasi percutian yang cantik untuk dikunjungi dan tentunya, shopping!
Cuma satu sahaja perkara yang membuatkan ramai remaja berfikir dua kali jika ingin ke Vietnam.. harga tiket penerbangan yang memerlukan korang menabung terlebih dahulu.
Well, kini tidak lagi! Khas bersempena Hari Kebangsaan negara Vietnam yang akan disambut pada 2 September ini, syarikat penerbangan Vietjet sedang menawarkan 2 juta tiket jenis ‘all-in’ bagi penerbangan sehala ke Vietnam pada harga serendah RM120 sahaja!
Fuh, rugi kalau tak rebut ini.
Tawaran menarik bermula 16 Ogos sehingga 22 Ogos 2023 ini dikhaskan bagi pengunjung dari Kuala Lumpur untuk ke Ho Chi Minh City, Vietnam bagi tarikh penerbangan dari 6 September 2023 sehingga 31 Mac 2023 pada harga diskaun.
Dengan operasi penerbangan harian, jadual percutian korang lebih mudah untuk diatur bersama Vietjet.
Selain tawaran tersebut, Vietjet juga sedang menjalankan jualan murah selama 72 jam dari 16 Ogos (semalam) sehingga 18 Ogos (Jumaat) juga bersempena sambutan Hari Kebangsaan negara itu bagi penerbangan ke Vietnam dan juga beberapa destinasi antarabangsa terpilih.
Sebagai info, antara destinasi yang berada dalam senarai penerbangan Vietjet selain Malaysia termasuklah Australia, India, Kazakhstan, Jepun, Korea Selatan, Taiwan, Hong Kong, Indonesia, Singapura dan Thailand. Mana tahu, ada di antara destinasi ini termasuk dalam perancangan korang selepas ini.
Jujurnya, rugi jika korang terlepas peluang merebut tawaran-tawaran super deals lain bagi mendapatkan tiket penerbangan pada harga berpatutan untuk tarikh penerbangan mulai sekarang sehingga 31 Mac 2023.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, hasrat pasukan remaja negara untuk menamatkan kemarau 13 tahun di pentas final Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2024 acara berpasukan campuran tidak kesampaian apabila tumbang kepada China pada aksi separuh akhir pada 4 Oktober lalu.
Pada aksi yang berlangsung di Pusat Sukan Antarabangsa Nanchang, China, pasukan negara kendalian Jeffer Rosobin tumpas 110-76 sekaligus meraih pingat gangsa.
Berdasarkan format baru yang digunakan pada edisi kali ini, setiap pasukan perlu beraksi sebanyak 10 perlawanan iaitu dua bagi setiap kategori membabitkan perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran.
Setiap perlawanan hanya akan bermain sehingga 11 mata dan pasukan pertama yang mencapai 110 mata akan dinobatkan sebagai pemenang.
Menurut Jeffer menerusi audio yang diberikan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kepada media pada Jumaat lalu, beliau kurang berpuas hati dengan pingat yang diraih oleh pasukan negara.
“Saya tak puas hati dengan pingat gangsa. Kami mahu bermain secara berbeza hari ini, tetapi entah bagaimana, minda pemain agak terkesan disebabkan jurang mata yang agak besar”
“Mereka sangat ingin mempamerkan persembahan terbaik, jadi ini telah memberi kesan kepada emosi mereka dan menjadi tidak stabil,” katanya.
Pencapaian yang diraih Malaysia itu menyaksikan pasukan negara mengulangi pencapaian pada edisi lepas yang berlangsung Washington, Amerika Syarikat setelah tumpas kepada lawan yang sama di separuh akhir.
Sebelumnya, kali terakhir pasukan remaja negara merangkul gelaran dunia dalam acara berpasukan adalah pada 2011 di Taiwan.
Sumber: Bernama
Sumber Foto: Badminton Association of Malaysia (BAM)
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bruno Mars mengenepikan Kuala Lumpur sebagai destinasi konsertnya pada awal tahun ini? Never mind, REMAJA ada perkhabaran yang lebih mengujakan untuk korang!
adidas Malaysia menerusi kelompok eksklusif peminat jenama tersebut, adiClub pada minggu lalu telahpun mengumumkan bahawa ia sedang bersiap-sedia menyambut kehadiran bekas pemain bola sensasi England, David Beckham di Kuala Lumpur!
David Beckham yang sinonim dengan jenama adidas.
Menurut notifikasi yang diterima oleh ahli adiClub (termasuklah kami, hehe) itu, Beckham dijangka turun padang sempena pameran World of Predator pada 1 Februari 2024 (Selasa) dari jam 1 tengah hari hingga 3 petang di The Exchange TRX.
Biarpun adidas masih belum membuat sebarang pengumuman rasmi setakat ini, peminat jenama itu sudahpun sakan berkongsi berita gembira itu menerusi media sosial.
Stor adidas yang baru dilancarkan di The Exchange TRX.
Rata-rata daripada mereka tidak teragak-agak menyertai peraduan mudah menerusi pembelian minimum bernilai RM999 dalam resit tunggal untuk merebut peluang bertemu Beckham sendiri.
Pembelian itu perlulah terdiri daripada sekurang-kurangnya satu persalinan bola sepak atau sepasang kasut adidas.
Iyalah, bila lagi kita boleh hadir ke sesi meet & greet istimewa bersama ikon sukan itu, bukan?
Malangnya, peraduan itu telahpun berakhir pada 21 Januari lalu. Namun, REMAJA pasti David Beckham akan membuat kemunculan ringkas di lokasi awam di dalam bangunan The Exchange TRX itu sendiri. Jadi bersiap-sedia menantikan tanggal 1 Februari ini, okay!
Beckham pernah membuat kemunculan di Singapura pada tahun 2023 untuk adidas. Tahun ini tiba giliran Kuala Lumpur pula!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!