Cara Nak Check Rekod Pasangan Sebelum Kahwin, Hanya Dengan Satu Langkah Mudah

Share

Keputusan untuk berumah tangga bukan sesuatu yang boleh diambil mudah, lebih-lebih lagi untuk memilih pasangan yang akan berkongsi hidup sehingga ke akhir hayat.

Dalam tempoh perkenalan semuanya indah belaka, namun kita hanya tahu perangai sebenar pasangan apabila sudah betul-betul hidup bersamanya. Sebelum berkahwin mungkin tidak semua perkara akan dikongsi bersama pasangan. Jadi jangan terkejut sekiranya selepas mendirikan rumah tangga, barulah korang tahu background sebenar suami atau isteri.

Walau bagaimanapun, melalui portal esyariah.gov.my, terdapat ruangan yang korang boleh semak latar belakang pasangan sama ada mereka pernah melakukan jenayah atau tidak dengan hanya menerusi nombor kad pengenalan.

Bukanlah nak menyiasat seperti polis, tapi setidak-tidaknya korang betul-betul mengenali pasangan sama ada mereka mempunyai sebarang rekod jenayah atau pun tidak.

Caranya mudah sahaja:

1. Layari website esyariah.gov.my

2. Cari ruangan ‘Semak Status Kes’

3. Pilih MAL (untuk kes kahwin/anak luar nikah, etc) atau JENAYAH

4. Masukkan nombor kad pengenalan

5. Semak keputusan

Paling penting, korang kenalah tahu nombor kad pengenalan pasangan terlebih dahulu. Ini hanya pilihan untuk korang buat atau tak, bukan paksaan okay?

Sumber: Faiq Fikrey via blogmaukerja

IKLAN