
Zaman sekarang manusia berhadapan dengan risiko pelbagai jenis virus dan penyakit berjangkit yang memboleh membahayakan diri.
Jadi, untuk mengambil langkah berjaga-jaga, ramai yang bertindak untuk memakai mask (penutup muka) bagi mengelakkan diri daripada dijangkiti.
Namun begitu, dengan cara pemakaian ear-loop face mask yang perlu diselitkan tali pada bahagian telinga, ia mungkin sukar bagi wanita berhijab.
Hal ini memberikan idea buat seorang pengguna di Facebook, Elita Shafee untuk berkongsi cara yang boleh memudahkan wanita berhijab memakai mask.
Jom kita lihat bagaimana wanita ini mencari solusi bagi membantu kaum wanita yang memakai hijab.
Alatan yang diperlukan:
– 1 keping "3 ply ear-loop face mask"
– 1 klip kertas
Cara memakai
Langkah 1

Langkah 2

Langkah 3

Pandangan dari sisi belakang

Pandangan dari sisi tepi

Siap!

Selepas ni dah tak ada masalah sekiranya wanita yang berhijab nak memakai ear-loop face mask ni. Mudah sahaja kan?
Semoga kita diberikan kesihatan yang baik dan dilindungi daripada virus-virus berbahaya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jungkook BTS Tewaskan Taylor Swift! Raih 15 Juta Penstriman Di Spotify Menerusi ‘Seven’

Dominasi penyanyi K-pop di carta lagu hit antarabangsa diperkukuhkan dengan kejayaan single solo terbaru nyanyian ahli kumpulan BTS, Jungkook.
Menurut carta lagu Teratas Global Spotify, Jungkook yang baru sahaja menemui peminat menerusi lagu berjudul Seven dengan kolaborasi bersama Latto pada 14 Julai 2023 telah meraih sebanyak 15,995,378 juta penstriman di platform tersebut dalam masa sehari!

Jungkook sekaligus menjadi artis lelaki pertama dari mana-mana negara yang meraih jumlah penstriman sebanyak itu dalam tempoh 24 jam. Dia juga secara tidak langsung mengenepikan rekod yang pernah dicatatkan oleh Taylor Swift menerusi lagu Lavender Haze, tidak lama dahulu.
Spotify juga mengesahkan Jungkook sebagai penyanyi solo K-pop pertama yang berjaya menduduki tempat pertama pada hari pertama lagu diluncurkan dalam carta Lagu Teratas Global Spotify. Sebelum ini, rakan kumpulan BTS-nya, Jimin sekadar menduduki tempat kedua menerusi lagu solonya, Like Crazy sebelum ia naik ke tempat pertama sehari kemudian.
Hebat juga penangan lagu Seven ya!
Selain Seven, dua lagi lagu solo Jungkook yang telah diluncurkan tidak lama dahulu masih berada dalam carta Lagu Teratas Global Spotify. Still With You berada di kedudukan ke-54 manakala My You pula di tangga ke-113.
Dalam pada itu, di platform YouTube pula, video muzik bagi Seven telah meraih jumlah tonton tertinggi dalam masa 24 jam. Kegilaan para peminat BTS yang menggelar diri mereka sebagai ARMY membantu kejayaan luar biasa tersebut; disamping tarikan jelitawan, Han So Hee yang menjadi model dalam video muzik tersebut.
ARTIKEL BERKAITAN: DAEBAK! Jungkook BTS Bintang K-Pop Paling Disayangi Peminat – REMAJA
BACA LAGI: 5 Fakta Jungkook BTS Diancam ‘Sasaeng’, Peminat Gesa HYBE Bertindak Tegas – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Milea: Suara Dari Dilan Kini Sudah Boleh Ditonton Di Netflix, Ramai Peminat Kongsi Rasa Sedih

Filem Dilan 1990 pernah mencipta fenomena bukan hanya di Indonesia, malah di negara kita juga memberikan reaksi positif tentang kisah cinta remaja ini.
Tahun lalu, filem tersebut telah pun melancarkan sekuelnya yang bertajuk Dilan 1991 dan hanya dalam masa lebih kurang setahun, kesinambungan filem ini telah pun diterjemahkan menerusi naskhah ketiga yang berjudul Milea: Suara Dari Dilan.

Filem Milea: Suara Dari Dilan ditayangkan pada Februari 2020 di seluruh Indonesia, dan mungkin kerana situasi pandemik yang melanda dunia sekarang, filem ini tidak ditayangkan di pawagam Malaysia.
Namun begitu, filem ini sudah pun ditayangkan menerusi Netflix sejak Sabtu lalu.
Seperti dua filem sebelum ini, Milea: Suara Dari Dilan juga mendapat sambutan hangat dari penonton di Indonesia kerana berjaya merekodkan seramai 1 juta penonton dalam masa hanya 3 hari tayangannya di pawagam.

Ceritanya bermula apabila Dilan menceritakan tentang apa yang terjadi dengan dirinya dan Milea pada awal 90-an sambil menaip kisah hidupnya di dalam komputer dan mengulas kenangan manis bersama Milea Adnan Husein.
Jika sebelum ini Dilan 1990 dan 1991 diceritakan daripada perspektif Milea, filem kali ini pula penonton dibawa bersama dalam dunia yang dibawa oleh Dilan. Hm, tajuk filem pun Milea: Suara Dari Dilan kan, so kami pasti penonton akan mudah memahami jalan ceritanya kali ini.
Cuma, pada kami sekuel terbaru ini sepertinya terlalu banyak flashback dari filem-filem sebelum sehinggakan ada part yang dirasakan terlalu perlahan dan mengundang rasa bosan kerana penonton seakan disajikan dengan ‘babak ulangan’ filem Dilan.
Sementara di Twitter pula, ramai yang berkongsi kesedihan dan seakan menyalahkan Milea dalam kisah cinta mereka kali ini. Nak tahu kenapa? Haa, kenalah tengok sendiri. Hiks!





Ada juga desas-desus yang mengatakan penulis novel Dilan ini sedang menulis kesinambungan novel ini dalam siri keempat. Wow!
Sama-sama kita nantikan.
P/S: Baru berangan-angan nak tonton Milea: Suara Dari Dilan di pawagam tapi apa kan daya hajat tak kesampaian.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
LUSH Kini Di Sunway Pyramid! Lihat 5 Produk Pilihan REMAJA

Peminat jenama kecantikan dan penjagaan diri, Lush kini tak lagi perlu ‘berkerumun’ di stor tunggal di Pavilion Kuala Lumpur setelah jenama itu membuka stor keduanya, akhir tahun lalu.
Bertempat di Ground Floor Sunway Pyramid, Petaling Jaya, stor kedua Lush ini masih mengekalkan rangkaian produk yang pelbagai untuk keperluan korang.

Menariknya mengenai stor baru ini, mereka mempertingkatkan lagi konsep mesra alam sebaik mungkin dalam rekaannya. Lampu LED dipasang bagi mengelak pembaziran elektrik.
Bahan yang digunakan juga tidak mengakibatkan bahan buangan yang banyak.

Tapi yang paling menarik adalah senarai produk Lush yang diperbuat secara mesra alam. Mereka turut ‘mengajar’ pembeli akan kepentingan alam semulajadi.
Jom lihat 6 kategori kaunter pilihan REMAJA di stor Lush baharu ini
01
FRAGRANCE

Memilih wangian adalah seperti memilih pasangan (eh!). Setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza.
Bagi REMAJA yang sukakan bauan segar dan tidak terlalu kuat, kami menggemari wangian SUN yang diperbuat daripada orange oil, sandalwood dan mimosa absolute.
02
FACE MASK

Di Lush, ada pelbagai jenis mask seperti fresh mask, jelly mask dan body mask. Again, ia bergantung kepada keperluan maisng-masing.
Jika korang tak tahu untuk memilih di antara jelly mask dan fresh mask, apa kata korang cuba kedua-duanya.
Bagi jelly mask, REMAJA menyukai FOMO Jelly Face Mask yang menyegarkan kulit. Untuk fresh mask pula, cubalah Rosy Cheeks Fresh Face Mask yang mengurangkan masalah kemerahan pada kulit. Love!
03
BODY SPRAY

Bila Lush menjadikan wangian kegemaran korang kepada vegan body spray, OMG kami amat berterima kasih. Ia sesuai untuk disemburkan pada badang, tilam, baju, bantal dan… you get it.
REMAJA gemarkan bauan Honey I Washed The Kids dan BIG.
04
SHAMPOO BAR

Bandingkan Shampoo Bar dan syampu yang biada korang gunakan, kandungannya lebih sihat untuk mendapatkan kilauan semulajadi dan volume.
Shampoo Bar pilihan REMAJA ialah Honey I Washed My Hair yang berkesan untuk apa-apa jenis rambut!
05
BODY CLEANSER

Akhir sekali, kami menggemari bahawa produk cleanser daripada Lush boleh digunakan untuk badan dan wajah. 2 – dalam – 1, what is not to love!
Walaupun Cup O Coffee menjadi kegemaran ramai kerana ia mampu menyegarkan seseorang pada waktu pagi, REMAJA sukakan Herbalism kerana ia baik untuk mengatasi masalah kulit berminyak dan bermasalah.
*
Bagi first timer yang tidak pernah ke LUSH, korang juga boleh melihat 10 lagi pilihan produk oleh REMAJA ini.
10 Produk Yang Wajib First-Timer Beli Daripada LUSH Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

