Cantiknya! Hannah Delisha Menghiasi Kempen Fesyen Bersama Neelofa

Share

Selebriti asal Singapura yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan ini cukup sinonim dengan imej berhijab apabila mula mengambil keputusan untuk berhijrah tahun lalu. Gaya anggun dan manis yang dibawa memukau pandangan mata.

Terbaharu Hannah Delisha telah dipilih untuk menghiasi kempen fesyen lebaran ALIA.B x Naelofar. Menariknya kempen fesyen ini turut menampilkan pengasas Naelofar sendiri, Neelofa. Gandingan dua wanita ini menyerlahkan pesona rekaan busana yang dihasilkan bersesuaian dengan gaya yang memenuhi syariat.

Warna lembut yang memneyerlahkan keanggunan si pemakai
Rekaan yang ringkas namun fabrik jenis kilau memberikan sentuhan mewah

Hannah yang tambil berhijab di samping Neelofa yang berniqab menyerlahkan gaya tiada batasan bagi mereka yang menutup aurat,potongan rekaan yang longgar memberi nuansa gaya fesyen nan moden.

Koleksi lebaran yang diberi nama ‘The Essence of Art Nouveau’ ini merupakan inspirasi Alia Bastamam bersama Neelofa dalam memanifestasikan stail, nilai senibina, ikon wanita, kotak perhiasan dan juga pasu yang direka pada era Art Nouveau.

Rekaan yang longgar sesuai buat mereka yang berniqab dan berhijab

Koleksi ini melalui satu proses rekaan yang ketat yang mana ia harus memenuhi kehedak dan tepat untuk memenuhi kehendak dan pasaran yang lebih luas. Alia Bastamam bersama pasukan rekaannya dengan berhati-hati mereka fesyen yang memenuhi keperluan dan garis panduan yang sopan namun dalam masa yang sama ia boleh digayakan oleh mereka yang juga tidak berhijab.

Sumber foto: Alia Bastamam

IKLAN