Cantik & Minat Bola? Calon Ujibakat Dewi Remaja Ini ‘Teman Istimewa’ Footballer?

Share

Ujibakat pencarian Dewi Remaja 2019 telahpun bermula semalam dan hey, cantiknya semua!

 

Akan tetapi, bukan kecantikan saja yang menjadi kriteria untuk panel juri. Kebijaksanaan, cara pembawaan diri, perlakuan, misi penyertaan dan overall package yang dicari oleh mereka.

Dalam ramai-ramai peserta yang hadir semalam, ada seorang yang mencuri tumpuan kami.

Aina Shuada menyertai pencarian Dewi Remaja untuk kali pertama. Kalau diperhatikan daripada sesi ujibakatnya, para panel kelihatan senang dengan gaya & dirinya.

Dalam diam, dia juga menggemari sukan bola sepak. Haa

, siapa kata gadis berhijab tak minat bersukan?

“Ya saya memang ikuti bola sepak dan juga bermain jika ada masa terluang. Entahlah, sejak kecil dah minat. Tak ada masalah pun walaupun ramai yang anggap bola sepak itu sinonim dengan lelaki.”

Kami pun terdengar yang Aina merupakan teman istimewa seseorang – specifically pemain bola sepak kebangsaan. Dengar cerita sudah lapan tahun bersama..

Ouuh, tu yang bertambah minat bola sepak ke? Disebabkan Syazwan Andik?

“Ya dia mungkin teman istimewa, tapi saya minat bola sepak sejak dulu. Bukan disebabkan itu..,” katanya.

Eceh ye ke. Hihi!

Apa-apa pun, kami ucapkan all the best kepada Aina dan peserta lain yang hadir  untuk ujibakat hari kedua pencarianh Dewi Remaja 2019.

*

HEY GIRLS, WE’RE BACK!

 

IKLAN