Tak sangka di Malaysia pun ada kawasan sungai secantik ini!
Selalunya apabila bercakap tentang kawasan perairan berwarna biru terang, kita selalu teringat kepada lautan di Maldives atau Australia.
Paling dekat dengan Malaysia pun ada, tapi kita perlu ke Kuang Si Falls di Laos ataupun ke Kawasan Falls di Cebu, Filipina.
Kawasan Falls di Cebu, Filipina.
Namun sejak mendapat perhatian meluas media alternatif dan media sosial, sebuah kawasan perairan berdekatan dengan Gunung Keriang, Kedah mula dikunjungi bukan saja penduduk sekitar malah remaja dari seluruh negara.
Ini semua kerana warna airnya yang kebiruan dan jarang sekali dapat dilihat di Malaysia.
Popular dengan gelaran ‘Sungai Biru’, pengunjung mengakui mereka mendapat tahu tentang kewujudan sungai ini setelah ia tular di media sosial bermula awal tahun ini.
Walaupun keadaan airnya cantik sepanjang masa, waktu terbaik untuk mengambil foto adalah dari waktu pagi sehinggalah sekitar pukul 2 petang, apabila kedudukan matahari memberi pantulan terbaik.
Ads
Tambahan pula dengan latar belakang kawasan sawah berdekatan Gunung Keriang, memang cantiklah gambar korang. Kontras warna hijau dan biru memang onz!
‘Sungai Biru’ juga menjadi tumpuan para pemancing kerana keadaan airnya yang tidak berkelodak. Begitu juga dengan pengunjung yang gemar berenang.
Walau bagaimanapun, setelah kawasan ini menular, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Kedah pada minggu lepas tampil membuat kenyataan bahawa kawasan tersebut adalah kawasan larangan dan tak membenarkan orang ramai untuk masuk.
Rupa-rupanya, papan tanda larangan masuk dan pita pelekat sudah pun dipacak serta dipasang selama ini.
Ads
‘Sungai Biru’ katanya mempunyai parit dalam, arus deras, tebing curam dan jalan masuk yang sudah rosak.
Ia pernah digunakan untuk projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Kedah / Anak Bukit. Warna biru sungai juga terjadi kerana proses pemendapan tanahnya. Oleh sebab itulah, ia berbahaya untuk pengunjung kerana kemungkinan tanah boleh mendap pada bila-bila masa.
Malah, kualiti airnya yang tak pernah diperiksa oleh pihak berkuasa sebenarnya berbahaya kepada yang berenang di sini. Mana tahu, ada kandungan bertoksik ke tak.
Hhm, dah cantik tapi tak boleh masuk pulak.
Ads
Beberapa hari yang lalu, wartawan dari Sinar Harian melaporkan bahawa pihak berkuasa tempatan telah segera memeriksa keadaan Sungai Biru ini. Ujian terhadap sampel airnya dan keadaan tanah di situ dilakukan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Kedah / Perlis / Pulau Pinang (JMG KPP).
Kata Pengarah JMG KPP iaitu Azhari Ahmad, “Apabila kita dapat keputusan makmal, barulah kita dapat tentukan kandungan dalam air sungai biru dan puncanya, sama ada asli atau kerana bahan lain.”
Dalam pada itu, pada Rabu lepas, kajian kimia lapangan telah dilakukan di situ. Hasilnya, air berwarna biru menunjukkan nilai pH rendah sekitar 2.9 ke 3.5, manakala air berwarna normal pula sekitar 5.5 iaitu nilai yang hampir normal.
Kini mereka sedang menunggu keputusan analisis kimia makmal pula.
REMAJA nasihatkan agar korang janganlah gian sangat nak mandi, memancing atau menceroboh masuk ke situ buat masa ini atas faktor keselamatan air dan tanahnya.
Tunggu dulu keputusan makmal alright.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan usahawan, Mawar Rashid menzahirkan kesyukuran proses melahirkan cahaya mata ketiganya dipermudahkan selepas dia selamat menimang bayi perempuan secara normal, hari ini.
Menerusi perkongsian di entri Instagram, bekas peserta program Dewi Remaja itu memuat naik foto cahaya mata perempuannya yang didukung suami tercinta, Raf Yaakob.
Mawar dan Raf bagaimanapun belum berkongsi wajah cahaya mata mereka dan menutup muka bayi itu dengan emoji.
“Syukur alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Saya bersalin secara normal, macam dua orang anak saya, Rafael dan Cinta. Terima kasih semua atas doa-doanya,” tulisnya ringkas.
Selain itu juga, pelakon drama Kalis Kasih itu turut mengumumkan nama bayi ketiganya iaitu Raden Seri Riyanna Sayang.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan artis tidak terlepas peluang meniupkan doa yang baik-baik buat bayi mereka.
Sekadar informasi, Mawar dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rossabella Cinta.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Memelihara kucing, ikan atau burung hal biasa bagi manusia yang sayangkan haiwan. Lagi pun binatang ini dianggap manja dan tak akan mendatangkan bahaya bila kita mendekatinya.
Kalau bela ular pun dah dianggap geli, gelagat seorang lelaki yang sedang menggosok gigi buaya peliharaannya dengan penuh selamba, memang dikira handallah.
Ternyata kasih sayang M Irwan bukan tumpah kepada kucing atau ikan tetapi dia menganggap Kojek adalah binatang peliharaan kesayangannya. Buaya besar berukuran 2.7 meter dengan berat 200 kg itu sudah dianggap sebagai sebahagian ahli keluarganya dan bebas berkeliaran di dalam rumahnya dengan tiada rasa takut langsung.
Irwan sudah tiada rasa takut kerana sayangkan Kojek
Menurut M Irwan, dia mula membela Kojek selepas menyaksikan binatang kesayangannya itu hampir dipotong oleh salah seorang nelayan yang berjaya menangkapnya.
“Saya tersentuh hati melihat nyawanya hampir kecundang. Saya lalu menawarkan wang rupiah Rp20 ribu (bersamaan RM6) kepada nelayan tersebut. Saya bawa pulang ke rumah. Ketika itu, di rumah saya ada memelihara ular selain biawak. Tetapi kini hanya ada biawak sahaja selain Kojek,” katanya memaklumkan ketika Kojek kecil dahulu, dia selalu mendukungnya dan membawanya berjalan-jalan. Malah lelaki ini juga sudah biasa dan tiada rasa takut untuk tidur dengan lenanya.
“Penduduk kampung sudah biasa dan mereka tiada rasa takut. Tetapi sekarang Kojek sudah berat, 200 kg. Dia banyak berehat dan berendam di dalam air sahaja,” kata Irwan yang tinggal di Kampung Sempur, Bogor Tengah, Jawa.
Kojek dah tak kisah kena mandi dan giginya digosok
Menunjukkan keduanya mempunyai hubungan sangat akrab, M Irwan dengan selamba memandikan Kojek dan memberus giginya. Buaya itu pun seakan memahami tuannya bukan ancaman, selamba membuka mulut dan membiarkan giginya diberus. Malah tubuhnya juga disabun. Habis lehernya digosok-gosok dan ternyata reptelia ganas ini memahami ini hubungan istimewa ini. Sumber Jawa Pos.com
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun sudah lama aktif dalam dunia lakonan dan kerap muncul dalam drama bersiri di televisyen yang penuh dengan kesan, namun tidak ramai yang tahu cerita sebenar tentang Aleza Shadan atau nama sebenarnya Norhasliza Shadan, berusia 46 tahun. Terutamanya mengenai keluarga dan anak-anaknya.
Perkongsian pelakon jelita ini yang memuat naik gambar anak perempuan sulungnya di media sosial baru-baru ini meraih perhatian peminat dan warga maya.
Mana tidaknya, bukan hanya mereka bangga melihat kejayaan anak selebriti berkenaan yang berjaya menceburi bidang penerbangan. Malah, rupa paras gadis bernama Elissa Haziqah itu turut mendapat pujian.
Rata-rata peminat aktres drama My Famous Ex-Boyfriend ini beranggapan Elissa mewarisi kecantikan ibu tersayang.
Selain Ellisa, Aleza atau nama sebenarnya Norhasliza Shadan turut mempunyai seorang lagi anak Perempuan iaitu Elliana Hazirah.
Melihat wajah puteri kesayangan Aleza, tak hairanlah kedua-duanya cantik. Tengok saja ibu mereka yang tetap anggun dan bergaya biarpun sudah meniti usia 48 tahun. Kalau bergambar dengan anak-anak nampak macam adik-beradik.
Moga kejayaan Ellisa menjadi ikutan remaja di luar sana dan menjadi kebanggaan ibu bapa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pelakon Amyza Aznan meluahkan rasa syukur dan terharu atas keprihatinan usahawan terkenal, Datuk Alha Alfa, yang sekali lagi tampil membantu mengumpul dana bagi menampung...