Siapa lagi di antara korang yang bersetuju sekiranya REMAJA katakan seseorang wanita itu akan bertambah cantik apabila si dia menyarungkan pakaian tradisional?
Bersempena sesi penilaian tertutup bersama para juri di pertandingan Miss World 2021, wakil Malaysia iaitu Dr Lavanya Sivaji telah menyajikan gaya persalinan yang bukan sahaja unik malahan membanggakan nama negara.
Lavanya tergolong dalam kelompok 40 wakil negara terbaik dam bakal berentap di pentas akhir Miss World 2021 pada 17 Mac ini.
Semua tahu sesi temuramah ini adalah di antara sesi terpenting bagi wakil setiap negara. Lalu, Lavanya tampil bersedia dalam persalinan berkebaya dengan sedikit twist kontemporasi hasil rekaan pereka fesyen duo berbakat, AMAZÉ.
Ads
Dr Lavanya kini berada di negara tuan rumah, Puerto Rico bagi bertanding di pentas akhir Miss World 2021, pada 17 Mac ini. Foto : Instagram AMAZÉ
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Amar dan Zeed yang merupakan tunjang belakang kepada rumah fesyen Malaysia itu, persalinan songket hitam-emas-perak buat Lavanya ini menggabungkan elemen tradisional namun tetap dengan suntikan kontemporari.
Ia bukan saja demi menjamin keselesaan wakil negara itu malahan menambat hati juri serta mewarnai lagi pakej Lavanya sebagai wakil Malaysia dari sudut pandang pemerhati fesyen sedunia yang sedang menonton.
Persalinan ini terdiri daripada bahagian Kebaya atas dengaan olahan siluet peplum berpusang di belakangnya. Ia dipadankan pula dengan seluar mengikut potongan kaki dan juga kasut tumit tinggi; juga dalam fabrik songket sama. Lavanya tidak memerlukan terlalu banyak penambahan aksesori selain kerongsang klasik sebagai pelengkap gaya.
Dalam hantaran di akaun Instagram, Lavanya mengirimkan ucapan terima kasih kepada AMAZÉ kerana menghasilkan busana cantik bagi hari yang amat penting dan bermakn untuknya selama menggalas tugas membawa nama Malaysia di platform pertandingan Miss World 2021.
Ads
“Selesai penilaian tertutup saya untuk Miss World hari ini. Dan ia sememangnya pengalaman yang tidak dapat dilupakan, bercakap dengan orang yang hebat,” antara yang dicatatkan olehnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kemunculan wabak virus korona 2019-nCoV yang menyerang secara tiba-tiba di bandar Wuhan mengejutkan ramai pihak.
Yang membimbangkan saban hari mangsa yang dijangkiti makin meningkat dan terkini angka kematian koronavirus di wilayah Hubei, China melonjak kepada 425 dengan lebih 20,000 kes positif dilaporkan pada semalam.
Serius la ramai yang dah mati angkara virus ni!
Jadi dalam usaha membasmi penularan wabak koronavirus yang melanda, kerajaan China secara rasmi telah mengumumkan pengharaman acara pengebumian untuk mangsa yang maut akibat daripada wabak tersebut.
Arahan yang dikeluarkan Sabtu lalu melalui Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan (UHC) memberitahu mayat-mayat mangsa akan dibakar dengan menggunakan kemudahan yang terdekat.
Ahli keluarga serta kenalan mangsa yang maut juga dihalang daripada melawat mayat dan menghadiri upacara berkenaan namun dibenarkan untuk mengambil abu selepas upacara pembakaran mayat selesai dan didokumenkan.
So, korang jangan la pandang remeh terhadap virus yang mula merebak di Wuhan ini kerana virus ini mudah tersebar jika kita tidak mengambil langkah berjaga-jaga. Ish risau pula penulis!
Malang tidak berbau. Kemalangan boleh berlaku kepada sesiapa di mana sahaja pada bila-bila masa.
Itulah terjadi pada ALEEMA Ali,16, tidak menyangka keinginan untuk membuang kutu pada kepala dengan memakai syampu khas bagi membuang binatang berkenaan pada kepala akhirnya mengubah keseluruhan hidupnya, lebih menyedihkan dia terpaksa menjadi cacat sepanjang hayat.
Remaja yang berasal dari Bradford, England ini perlu menunggu kira-kira 10 minit sebelum membersihkan kepala dan ketika itu dia melangkah ke dapur untuk membuang sampah.
Gambar hiasan
Namun siapa sangka langkahnya ke dapur itu menyebabkan dia yang ketika itu berusia 12 tahun dan dilahirkan normal bertukar menjadi cacat seumur hidup selepas api menyambar ke arah rambut dan sebahagian badannya.
Keadaan itu menyebabkan 55 peratus badannya melecur sekali gus menyebabkan mukanya, rambut, lengan peha, dada terbakar. Lebih menyedihkan hanya tiga jari mampu ‘beroperasi’ dengan sempurna, manakala tujuh lagi tidak dapat digerakkan.
Dalam kejadian itu dia terus dikejarkan ke hospital dan koma selama dua bulan. Remaja malang ini juga menerima rawatan di Hospital NHS dan menjalani lebih 100 kali pembedahan plastik bagi memulihkan anggota badan termasuk wajahnya.
Namun, semangat untuk terus berjaya walaupun kini mengalami kecacatan kekal. ALEEMA Ali bangkit meneruskan kehidupan dan semakin tampil berani di khalayak ramai termasuk melakukan tutorial solekan di media sosial.
.
Terbaru, Aleema tampil dalam aplikasi TikTok untuk melakukan tutorial solekan.
Kongsinya yang kini melanjutkan pengajian peringkat A-Level di sebuah kolej di Yorkshire, sepanjang berada di hospital dia menerima sokongan daripada semua pihak termasuk ahli keluarganya sendiri walaupun sebelum ini pernah berputus asa dengan kehidupan yang dilalui.
Kuat betul semangat remaja ini. kalau jadi dekat penulis tak tahu la…huhu…Semoga Aleema terus kuat dan bangkit meneruskan perjalanan hidup yang masih jauh dan berjaya dalam dalam kerjaya!
Sudah lebih kurang seminggu sektor perniagaan panggung wayang dibenarkan beroperasi setelah kira-kira tiga bulan terpaksa ditutup gara-gara Perintah Kawalan Pergerakan.
Menjalankan perniagaan dengan norma baru yang perlu mengikut SOP ditetapkan, penonton juga perlu akur apabila tempat duduk di dalam pawagam perlu dijarakkan selang satu kerusi kerana mengikuti SOP yang telah ditetapkan.
Walau bagaimanapun, disamping kita membiasakan diri dengan norma baru yang ditetapkan oleh pihak pawagam, apa yang menariknya mereka turut menawarkan pelbagai promosi menarik untuk orang awam.
.. yang penting promosi ditawarkan ini adalah sangat berbaloi.
Jom kita lihat antara promosi daripada pawagam-pawagam tanah air.
1. Tiket wayang hanya RM5 untuk tayangan semula filem-filem terpilih di MBO Cinemas
• Spider-Man Far From Home
• Venom
• Pee Nak 2
• Bloodshot
• Spider-Man Home Coming
2. Tiket wayang hanya RM5 untuk tayangan semula filem-filem terpilih di GSC
• Spider-Man Home Coming
• Venom
• Jumanji: Welcome To The Jungle
• Bloodshot
• Pee Nak 2
• Baaghi 3 Walter
• Spider-Man Far From Home
• Jumanji The Next Level
• Train To Busan
3. Tiket Wayang IMAX dan INDULGE hanya RM10
4. Indulge promo package
5. Buy 1 Free 1
6. Hot Deals, RM5 sahaja
Ada banyak lagi tawaran menarik yang korang boleh lihat di laman media sosial rasmi mereka. Jika ada kesempatan, bolehlah sama-sama kita menonton di pawagam untuk membantu menaikkan semula industri ini setelah berbulan lamanya tidak beroperasi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.