“Can’t Stop Crying,”- Hebat Betul Penangan Watak Karl Dalam Drama Sweet Dreams Ni!

Share

Drama Sweet Dreams sering kali trending setiap kali bersiaran di televisyen. Namun begitu, semalam penangan drama tersebut sedikit luar biasa kerana watak second lead iaitu Karl yang dilakonkan Sean Lee Jia Ern.

Di dalam episode 14, kelihatan Karl mengorbankan dirinya demi kebahagian orang tersayang membuatkan ramai yang mengalirkan air mata.

Malah, ramai juga yang turut melahirkan keinginan untuk menemui cinta sebagaimana Karl mencintai Puteri yang dilakonkan oleh Mira Filzah dalam drama tersebut.

Sementara itu, turut menarik perhatian apabila Mira Filzah yang melakonkan watak Puteri memuat naik appreciation post terhadap watak Karl itu.

“I cried heavily right after this scene. WE cried heavily. Sampaikan @deq_yan

 tanya ‘kenapa Mira tak berhenti nangis? Kan dah cut dah?’.

“Lol. For me, saying goodbye to Karl is not easy. I put my heart and soul to “Putri”, and as Putri, I really love Karl so much.

“He’s a true best friend. A best friend that would do anything for his loved ones. Rest in peace Karl Khalif Abdullah. We love you. Everyone loves you,” tulisnya. 

Oh my! Serius hebat betul penangan yang dibawakan oleh Drama Sweet Dreams ini.

IKLAN