Antara cabaran terbesar penyanyi pada masa kini ialah masalah cetak rompak dan sharing yang berleluasa dalam masa singkat di pelbagai platform di Internet.
Melihat dimensi baru industri muzik yang telah berubah secara mendadak dalam 10 tahun kebelakangan ini maka tidak hairanlah ramai artis memilih untuk tidak mengeluarkan album fizikal. Mereka lebih cenderung untuk mngeluarkan single demi single di atas talian menerusi platform penstriman muzik.
Dengan pelbagai peranti rakaman yang kini juga terdapat di dalam telefon pintar, artis kini semakin tidak selamat untuk melindungi hak intelek mereka daripada dibocorkan.

Begitulah yang berlaku terhadap penyanyi yang terkenal dengan lagu ‘Havana’, Camila Cabello. Terbaru Camila telah melahirkan rasa kecewanya kerana ada pihak yang membocorkan lagu terbarunya yang masih belum dikeluarkan secara rasmi. Luahan tersebut dilakukan menerusi laman Twitter miliknya namun ia kemudian dipadamkan.
BACA: ONE DIRECTION Reunion Semula Selepas Liam & Louis Dilihat Bersama?
Menurut laporan Just Jared Jr, Camila berkata, “jika korang melihat mana-mana tweet yang sharing ‘leaked songs’, tolong jangan share. Jika ia belum dikeluarkan secara rasmi oleh penyanyinya ia memang belum siap sepenuhnya. Jika korang peminat saya, tolong jangan share mana-mana audio yang dibocorkan itu”.
Walaupun Camila telah memadamkan tweet tersebut namun peminat setianya pantas memberikan respons sokongan dan kata-kata perangsang kepadanya.



Anda mungkin berminat dengan
Salah seorang peminat Camila berkata, “Kita perlu ingat bahawa orang yang membocorkan hasil kerja Camila melakukannya bukan untuk memberikan kebaikan tetapi ia akan merosakkan kariernya. Sebagai peminat Camilia kita tak seharusnya terlibat secara langsung atau tidak dengan aktiviti tidak bertanggungjawab seperti ini”.
Malangnya ini bukanlah kali pertama kejadian seperti ini berlaku kepada Camila. Single solo pertamanya juga pernah dibocorkan di atas talian pada awal tahun 2017 yang lalu. Ia juga turut berlaku terhadap lagu ‘Scar Tissue’ yang dibocorkan terlebih dahulu daripada tarikh sepatutnya ia dikeluarkan.
Hasil kerja pemenang Artist of The Year VMA tahun ini sentiasa mencuri perhatian ramai dan inilah caran yang harus dipikul olehnya. Semoga Camila tak putus semangat untuk terus mengeluarkan lagu-lagu hebat untuk peminatnya.
∞
Siapa sahaja yang tidak suka makan aiskrim, lebih-lebih lagi di waktu panas terik. Sekarang ni pun dah ramai yang mebuat resipi homemade sebab boleh makan bila-bila masa dan paling penting kosnya jauh lebih murah.
Rupanya senang je nak buat aiskrim homemade ni. Tidaklah susah dan bahan yang digunakan juga tidak banyak. Silap-silap semua bahan yang diperlukan ada dalam dapur korang.

Bagi yang ingin mencuba, berikut kami kongsikan resipi aiskrim homemade pelbagai perisa daripada Fauziah Johanis di laman Facebook Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM). Paling best, resipi aiskrim ini hanya dibuat menggunakan blender atau mixer.
Bahan-bahan:
– 1 tin susu cair
– 2 sudu besar ovellete
– 3 sudu besar susu pekat
– 1 sk perisa dan pewarna (ikut korang nak perisa apa, kalau nak dua perisa bahagi dua adunan. Satu letak perisa vanila dan satu lagi letak perisa strawberi. buat corak seperti kek marble)
– Masukkan sedikit coklat rice atau coklat cip sebagai hiasan (jika mahu)

Cara menyediakan:
1. Mixer atau blend semua bahan-bahan tersebut sehingga sebati. Pukul sehingga kembang serta tekstur menjadi licin
2. Letak dalam bekas dan masukkan coklat rice atau coklat cip
3. Simpan dalam peti ais semalaman
4. Siap untuk dihidang
Mudah sahaja kan? Selamat mencuba!
∞
Mesti ramai yang dah tertunggu-tunggu sekuel bagi filem Train To Busan yang khabarnya bakal ditayangkan pada tahun ini.
Menerusi temubual bersama Screen Daily, pengarah Yeon Sang-Ho menggambarkan bahawa sekuel kepada Train To Busan ini, Peninsula lebih berskala besar dan lebih mendebarkan.

Dibintangi Kang Dong Won, Lee Jung Hyun, Lee Re, Kwon Hae Hyo, Kim Min Jae, dan Goo Kyo Hwan, watak utama akan dipegang oleh Kang Dong Won yang menentang keganasan zombi bersama-sama Min Jung, lakonan Lee Jung Hyun.
Ia menceritakan tentang seorang tentera dan beberapa orang yang terselamat yang berhasil melarikan diri dari wabak zombi di Korea Selatan atau lebih dikenali sebagai Peninsula. Mereka berusaha untuk menyelamatkan individu yang tidak dijangkiti wabak tyersebut namun perlu berhadapan dengan serangan zombi.
Pengarah Peninsula ini juga turut menjelaskan bahawa filem tersebut mengambil latar belakang waktu empat tahun selepas tragedi Train To Busan berlaku. Ia juga merupakan gambaran idea dalam membangunkan semula dunia setelah dijangkiti wabak yang hampir memusnahkan negara Korea. Menurut beliau lagi, ada banyak perkara menarik yang korang akan saksikan dalam filem sekuel tersebut.

Peninsula akan menjadi sebuah filem yang berbeza daripada Train To Busan dan khabar angin sebelum ini mengatakan bahawa filem tersebut bakal ditayangkan pada Ogos depan. Dengan wabak COVID-19 yang melanda dunia sekarang, kami pun tidak pasti sama ada Peninsula bakal ditayangkan tahun ini atau pun tidak.
Sama-samalah kita berdoa agar keadaan dunia kembali pulih seperti biasa.
Sumber: kakimuvee
∞
Setakat ini, watak yang dimainkan oleh Jisoo masih lagi tidak diketahui namun sumber melaporkan bahawa wataknya akan muncul di tengah-tengah hingga ke penghujung drama tersebut.
Penglibatan Jisoo dalam drama tersebut sekaligus menjadikan ia drama pertama lakonan gadis itu selepas tampil sebagai cameo di dalam drama Producers pada tahun 2015.

Selain itu, Nickhun dari 2PM juga bakal membuat kemunculan dalam drama ini. Drama tersebut turut dibintangi oleh barisan pelakon hebat seperti Song Joong Ki, Kim Ji Won, Jang Dong Gun dan Kim Ok Bin.
Drama yang telah ditayangkan di TVN dan Netflix itu bagaimanapun berhadapan dengan rating yang kurang dari jangkaan setelah 4 episod ditayangkan. Drama ini menceritakan tentang dunia politik yang melanda bandar purba bernama Arthdal.
Pada masa yang sama, pengkritik mengatakan bahawa watak, kostum, latar belakang malah konsep penceritaan “Arthdal Chronicles” mempunyai persamaan dengan drama siri popular US, Game Of Throne.

Menurut Allkpop, ketika sidang media yang diadakan di Seoul, Korea Selatan bulan lalu, pihak penerbitan drama ini nafi persamaan antara Arthdal Chronicles dan Game Of Throne. Menurutnya, siri Game Of Throne merangkumi manusia zaman dahulu kala, sedangkan drama mereka hanya berdasarkan imaginasi semata.
Sekali pandang memang nampak macam sama. Mungkin story line belum berkembang. Masih terlalu awal untuk kritik. Gais! Drama ni ada Song Jung Ki kot! Mohon layan~
∞