Satu kenyataan yang amat membimbangkan. Ini kerana para pemerhati politik berpendapat, jika ianya benar-benar terjadi maka Perang Dunia Ketiga akan meletus sekaligus mengakibatkan dunia akan hancur jika dua kuasa besar China dan Amerika berperang.
Ura-ura hal ini mula dibicarakan selepas calon berpotensi untuk memegang jawatan Setiausaha Pertahanan dari team Presiden baru Amerika Syarikat Joe Biden mengusulkan bahawa Amerika Syarikat harus menenggelamkan semua kapal China di Laut China Selatan dalam tempoh 72 jam untuk meningkatkan penguasaan China di kawasan tersebut.
Express.co.uk melaporkan, Michele Flournoy yang sebelum ini adalah wakil semasa pemerintahan Obama telah diangkat sebagai calon di bawah Joe Biden.
Namun Flournoy telah menyarankan agar kapal perang Amerika harus ditempatkan di Laut China Selatan untuk menyekat penguasaan China di situ.
Satu idea “gila” dari calon bakal Setiausaha Pertahanan ini. Jika ia berlaku, perang dunia ketiga akan meletus..
Ads
Lautan ini sering menjadi rebutan kuasa-kuasa besar termasuk penglibatan Amerika di Indo Pasific di mana pada masa Trump memerintah pun, China dan Amerika sering “berdebat”tentang kedaulatan di wilayah tersebut.
Dalam satu tulisan di Foreign Affairs awal tahun ini, Flournoy menyeru agar angkatan laut Amerika Syarikat harus berada di Laut China Selatan malah katanya lagi Washington seakan kehilangan “kemampuan”kerana China sudah terlebih dahulu mengerakkan angkatan laut di kawasan terbabit.
Ads
Jadi kata Flournoy, dengan segala kekuatan ketenteraan dimiliki oleh Amerika Syarikat, negara itu harus menenggelamkan kesemua kapal perang milik China termasuk kapal selam, kapal dagang di Laut China Selatan dalam tempoh 72 jam sahaja untuk pemimpin China berfikir adakah mereka layak menakluki kawasan tersebut, soalnya?
Laut China Selatan jadi rebutan kuasa besar termasuk China yang sudah meletakkan banyak kapal perangnya di kawasan ini.
Ads
Mahu hentikan penguasaan China
Baru-baru ini, Flournoy mempamerkan sikap anti China dan keinginannya untuk pertahanan Amerika dilihat lebih kuat di kawasan Indo Pasific.
“Kita harus memiliki keunggulan yang cukup. Yang pertama dan terpenting ialah mencegah China dari menyerang atau membahayakan kepentingan negara kita dan sekutu kita selama ini. Perjuangan ini bererti tekad, jelasnya.
Dalam pada itu, ramai pemerhati tidak menyokong tindakan ini kerana ia akan mengakibatkan meletuskan Perang Dunia Ketiga yang mana jika ia benar-benar terjadi, negara di sekitar Laut China Selatan akan paling terjejas. Foto : nbcnews
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu lagi kes COVID-19 terbaru yang berlaku di Damansara, IKEA telah memaklumkan bahawa pada 6 November 2020, salah seorang pekerja sambilan di IKEA Damansara disyaki positif COVID-19. Individu terbabit kini berada di bawah jagaan pihak berkuasa yang menunggu untuk melakukan ujian swab.
Menurut laporan, pekerja sambilan itu terakhir sekali datang kerja pada 30 Oktober 2020. Sebagai langkah pencegahan yang proaktif, IKEA Damansara bertindak untuk menutup premis mereka bermula 7 November 2020 untuk menjalani kerja-kerja pembersihan dan pembasmian, sesuai dengan prosedur yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Kesihatan, keselamatan dan kesejahteraan keseluruhan rakan sekerja, pelanggan, rakan kongsi dan komuniti adalah menjadi keutamaan IKEA. Pihak mereka akan terus melakukan tugas bagi memastikan keselesaan dan keselamatan orang ramai. Langkah-langkah yang dibuat termasuklah memastikan pelanggan mendaftar nama melalui aplikasi MySejahtera sebelum masuk ke premis, penjarakan sosial dan menyemak suhu badan pelanggan di semua pintu masuk.
Kredit foto: onestoplist.com
Orang ramai juga sekali lagi dinasihati agar mengikut SOP yang diberikan dengan sentiasa memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan fizikal ketika berada di kawasan tumpuan orang ramai.
Sama-samalah kita berdoa agar penularan pandemik COVID-19 ini dapat dihentikan segera.
“My boyfriend and I colour-coordinated our outfits today.”
Disebabkan 7 perkataan tersebut yang ditaip seorang pelajar perempuan Melayu di Twitter, dia menjadi tular bukannya seluruh Malaysia tetapi seluruh dunia dalam masa satu malam.
Sempena 14 Februari lalu yang juga disambut sebagai Hari Kekasih di seluruh dunia, pelajar @adiiilaaa telah berkongsi satu foto di Twitter yang menunjukkan dia berdiri bersebelahan dengan tong sampah berwarna biru.
Kebetulan pula, dia sedang memakai baju kurung dan selendang yang sama warnanya dengan tong sampah dan plastik sampah itu. Obviously, tweet tersebut berbaur gurauan, kononnya dia Adila kekal single pada tarikh tersebut tanpa seorang boyfriend.
Ada juga yang mengandaikan Adila berkata semua lelaki sebenarnya bersifat ‘trashy‘ dan tak berguna apabila dia berdiri di sebelah ‘trashbin’.
Hhm, we can totally relate with you girl!
Tanpa disangka, selepas bangun pada hari ini, Adila mendapati tweet-nya itu sudah dikongsi semula sebanyak 23,000 kali dan mendapat 64,000 like. Bukan itu saja, Adila juga didapati cuba untuk membalas semula komen yang diterima.
Ia terus bertukar tular apabila portal popular dunia seperti teenvogue.com dan instagram buzzfeedturut memuat naik artikel dan posting mengenai tweet Adila tersebut.
Dan apabila ada followers Adila yang memberitahunya tentang hal tersebut, dia terkejut dan memuat naik, “This is it, this is the peak of my existence. Mom I made it.”
Perkara yang dinantikan oleh masyarakat Malaysia nampaknya kian berakhir kerana vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech dijadualkan tiba di negara kita pada Ahad ini. Oleh yang demikian, pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan mula dilancarkan secara berfasa mulai 26 Februari 2021.
Menurut BERNAMA, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menerima suntikan vaksin tersebut pada hari pelaksanaan program imunisasi itu bersama-sama petugas barisan hadapan. Fasa pertama dijadualkan berlangsung sehingga April dan diikuti fasa kedua bermula April sehingga Ogos yang melibatkan kumpulan berisiko tinggi.
Manakala, fasa ketiga akan melibatkan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas bermula Mei tahun ini hingga Februari 2022.
Program imunisasi menyeluruh ini adalah untuk memastikan imuniti kelompok dapat dibentuk di dalam komuniti agar dapat memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19, sekali gus diharap dapat menamatkan situasi pandemik ini.
Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menjelaskan bahawa vaksin amat penting untuk bukan sahaja melindungi diri sendiri, tetapi juga orang tersayang iaitu ahli keluarga, rakan sekerja, jiran sekeliling dan seluruh komuniti.
Gambar hiasan
Perdana Menteri juga berkata apabila semua orang telah dilindungi dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan ini berjaya dilaksanakan, ia akan memberikan impak positif dan membolehkan sektor ekonomi serta pelancongan dibuka semula.
Aamiin..
Sama-samalah kita terus berdoa agar vaksin ini berjaya membendung penularan virus pandemic COVID-19. Rindu rasanya nak hidup seperti dahulu tanpa perlu risau akan virus berjangkit ini. Kami juga percaya ramai diantara kita yang sudah merindui aktiviti melancong ke luar negara kan?
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.