Sesi sidang media oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam telah menarik perhatian pada pelajar di institut pengajian tinggi terutamanya mereka yang sedang menjalani latihan industri ataupun internship.
Dalam kenyataan yang disiarkan semalam, beliau memaklumkan bahawa pihaknya telahpun menghubungi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan mendapat maklumat bahawa pelajar yang sedang mengikuti latihan industri tidak lagi di bawah tanggungjawab KPT.
Sebaliknya, tanggungjawab pelajar telah jatuh di bawah tanggungan majikan yang mengambil mereka untuk berkhidmat sebagai pelajar pelatih (intern). Ini bermakna, kuasa perlepasan cuti pelajar pelatih kini terletak pada majikan.
Ads
“Memandangkan keadaan kini (situasi pandemik) kurang selamat, maka mereka dibenarkan untuk bercuti dan tidak berada di pejabat kerana mereka bukanlah pekerja tetap. Perlepasan ini harus diberikan kepada mereka sehingga keadaan kembali pulih,” tambah beliau.
Justeru, majikan mempunyai pilihan untuk melepaskan pelajar pelatih untuk bekerja dari rumah (WFH) seperti yang telah dilakukan oleh beberapa pihak majikan sekarang. Ataupun mereka boleh memberikan perlepasan cuti terus kepada mereka.
Cadangan ini bagaimanapun rata-rata dibantah oleh pelajar pelatih di media sosial selepas sidang media itu dibuat.
Mereka merasakan bahawa cadangan ini akan menjurus kepada anjakan semester sekiranya mereka diminta bercuti. Malah ada juga pelajar yang hampir menamatkan sesi latihan mereka.
Bagi yang diminta untuk bekerja dari rumah pula, mereka bingung mengenai inti pati laporan yang tidak berisi memandangkan persekitaran kerja sebagai pelajar pelatih terletak di pejabat.
Ads
Ads
Secara peribadinya, REMAJA memahami mengapa cadangan ini disampaikan oleh pihak kementerian. Mereka enggan mengambil risiko ke atas para pelajar yang terpaksa pergi ke pejabat pada setiap hari.
Pelajar pelatih wajar diberikan ruang untuk bekerja dari rumah (WFH) dan tidak perlu dilepaskan untuk bercuti. Ini kerana situasi semasa dalam persekitaran bekerja di Malaysia sekarang pun memang mengaplikasikan konsep WFH ini.
Mengenai intipati laporan yang harus disediakan oleh pelajar, seharusnya majikan menentukannya sendiri berdasarkan keperluan.
Apa pendapat korang? Setuju atau tak apabila pelajar pelatih diberikan cuti?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Halloween Kills kembali menemui penonton di pawagam dengan memaparkan aksi lebih tragis dan ‘seram’ yang bakal membuatkan korang berasa resah sepanjang menonton.
Mengisahkan tentang Laurie Strode, satu-satunya mangsa yang masih hidup pada tahun 1978, namun terpaksa berhadapan dengan misteri pembunuhan Michael Myers yang kembali mengganas.
Pada babak awal filem ini terdapat sedikit ‘recap’ tentang apa yang berlaku di Haddonfield ketika 40 tahun yang lalu. Jadi kami rasa jika penonton yang tidak pernah menonton siri ini masih boleh memahami jalan cerita dengan baik dan tidak akan ‘lost’ di pertengahan jalan cerita.
Menyingkap sifat ingin membalas dendam kepada Michael Myers yang telah membunuh ramai ahli keluarga mereka, namun satu demi satu menjadi korban. Dan… mereka juga dibunuh secara tragis. Tidak hairanlah jika filem ini hanya sesuai ditonton oleh individu berusia 18 tahun ke atas sahaja.
Bagaimana agaknya jika tempat tinggal korang sering berlaku pembunuhan misteri. Mesti seram kan? Ini yang ditunjukkan dalam Halloween Kills, apabila masyarakat di Haddonfield menuntut kebebasan dan ingin menghancurkan Michael Myers.
Persoalannya, adakah mereka mampu menewaskan pembunuh kejam itu? Ha, korang kenalah tonton sendiri di pawagam ok?
Dibintangi oleh Jamie Lee Curtis, Judy Greer, Andi Matichak dan Kyle Richards, Halloween Kills bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 14 Oktober ini.
Selamat menonton!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon terkenal Indonesia, Reza Rahadian yang memeluk Islam pada usia 19 tahun mengaku menemui jalan perdamaian selepas mempelajari agama Islam.
Melalui temubual santai di Youtube Kasisolusi yang tular di media sosial, Reza berkata walaupun setiap agama mengajar mengenai kasih sayang dan perdamaian, namun Islam disifatkan sebagai agama yang menyempurnakan ajaran dan mudah.
Youtube: kasisolusi
“Dalam perjalanan hidup, saya menemukan bahawa Islam itu agama yang damai, agama yang penuh cinta. Semua agama mengajarkan tentang kasih, tapi dalam perspektif saya Islam itu menyempurnakan” – Reza
“Islam menyempurnakan nilai sebuah cinta, kasih dan membuatkan saya rasa damai. Bagi saya memeluk Islam itu adalah memeluk kedamaian” – Reza
Pelakon Habibie & Ainun itu turut mendedahkan bahawa ibunya juga bersikap terbuka untuk dia memilih mana-mana agama setelah menganjak dewasa.
Youtube: kasisolusi
“Saya peluk (Islam) ketika berusia 19 tahun. Saya sebelum ini seorang nasrani”
“Ibu saya pun pernah pesan, pilihlah agama yang saya percaya kerana agama yang dia yakini itu dibawa sejak saya lahir. Namun, kalau saya rasa ada keyakinan untuk memeluk agama yang berbeza serta mempunyai kesedaran penuh, ibu saya tidak menghalang,” katanya.
Walaupun berbeza agama, hubungan pelakon yang berusia 37 tahun itu masih akrab dengan ibunya hingga hari ini.
Kredit: Detik
Dalam pada itu, di ruangan komen ramai yang mendoakan agar Reza kekal istiqamah dan turut memuji cara pemikirannya.
Sekadar info, sekitar April lalu Reza telah berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi mengerjakan ibadah umrah. Awal tahun ini, Reza Rahadian juga terlibat dalam beberapa filem terbaru seperti Pasutri Gaje, 24 Jam Bersama Gaspar, dan terbaru Siksa Kubur yang bakal memasuki panggung di Malaysia tidak lama lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tom Holland, figura yang tidak asing lagi dari dunia Hollywood. Beliau yang terkenal dengan lakonannya sebagai Spiderman juga sering mencabar dirinya dengan menggalas watak berlainan karakter menerusi skrin filem.
Namun, baru-baru ini beliau mengambil keputusan untuk mementingkan kesihatan mentalnya selepas membintangi siri AppleTV+ yang akan datang, “The Crowded Room.”
Menerusi temu bualnya bersama media Extra minggu lalu, watak yang dimainkannya di dalam siri tersebut amat mencabar mental dan fizikalnya kerana dia perlu meneroka emosi tertentu yang tidak pernah dialaminya sebelum ini.
Diilhamkan oleh novel 1981 Daniel Keyes “The Minds of Billy Milligan,” mini siri itu menceritakan penahanan seorang lelaki muda kerana jenayah yang mengejutkan dan misteri di sebaliknya.
Walaupun bintang kelahiran Surrey itu berkata bahawa dia sangat seronok sepanjang pengambaraan siri itu, watak tersebut turut menghancurkan sesuatu dalam dirinya.
“Ada masanya saya perlu berehat. Maka, saya akan hilang dengan bercuti ke Mexico selama seminggu. Kini, saya mengambil keputusan untuk cuti selama setahun dek kerana kepenatan mental setelah membawa watak tersebut,” katanya.
Holland turut mengekspresikan penghargaannya kepada rakan, keluarga, rakan pelakon dan ahli psikologi di set yang banyak menyokongnya sepanjang proses pengambaraan berlangsung. Dia turut mengakui bahawa pengalaman tersebut telah mengubahnya ke arah lebih baik dan matang.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: AppleTV
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah inspirasi seorang remaja cemerlang, hafiz 30 juzuk dan pelajar 10A+ SPM yang berani menolak tawaran besar demi mengejar impian menjadi juruterbang. Keteguhan prinsipnya menyentuh hati ramai.