Baru-baru ini kecoh tentang filem Lightyear yang dikatakan tidak akan ditayangkan di 14 buah negara Timur Tengah dan Asia gara-gara babak cumbu antara sesama jenis.
Terbaharu, hal ini telah pun disahkan oleh Lembaga Penapis Filem (LPF) bahawa pembatalan tayangan filem itu di Malaysia adalah keputusan pihak pengedar iaitu The Walt Disney Company (Malaysia) Sdn Bhd.
Ads
LPF menjelaskan filem ‘Lightyear’ telah diluluskan dengan arahan pengubahan yang sewajarnya namun pengedar filem tidak bersetuju untuk mematuhi arahan berkenaan. LPF telah menonton tapis filem ‘Lightyear’ dan telah memberikan keputusan Lulus Dengan Pengubahan (LDP) berserta klasifikasi P13 pada 30 Mei lepas.
LPF mengarahkan supaya dibuat pengubahan (potongan) bagi adegan dan disenyapkan (mute) dialog yang didapati mengandungi elemen mempromosi gaya hidup lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang telah melanggar aspek utama di dalam Garis Panduan Penapisan Filem, Kementerian Dalam Negeri 2010.
LPF tidak akan berkompromi dengan kandungan filem yang mempromosi atau cuba menormalisasi unsur-unsur LGBT yang bertentangan dengan dasar negara yang tidak mengiktiraf gaya hidup LGBT.
Ads
Kami pasti ramai peminat yang kecewa dengan perkhabaran ini, namun kita haruslah menghormati keputusan yang telah dibuat ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Enggan membesarkan isu dalaman keluarga yang pernah dilaporkan oleh media sebelum ini, penyanyi Dato’ Jamal Abdillah dilaporkan telahpun menjernihkan semula hubungannya dengan anak, Zaki Yamani. Malah, pasangan anak beranak itu juga telah bergandingan demi menjayakan sebuah program realiti bersama, baru-baru ini.
Bercakap kepada rakan media sewaktu majlis sidang media Konsert Tribute Seniman Negara: Datuk Seri Ahmad Nawab di Istana Budaya Kuala Lumpur semalam, Jamal terus berhubungan dengan Zaki selepas masing-masing menerima tawaran program realiti itu.
Terdahulu, episod salah faham antara mereka tercetus selepas Zaki, 16 mendedahkan Jamal sudah tidak beraya dengannya untuk enam tahun lamanya. Menidakkan kenyataan anaknya itu, Jamal berkata dirinya dihalang untuk menemui Zaki oleh bekas isterinya, Fatimatuzahra Samad. Bagaimanapun, Zaki menerusi hantaran video meminta ayahnya untuk tidak menyampaikan perkara yang tidak benar.
“Saya terbuka untuk menjaga anak-anak semua. Itu semua terpulang kepada ibu mereka. Saya sudah sediakan rumah untuk semua anak-anak saya,” ulasnya.
Wah, untungnya mereka semua! Sayang ayah kepada bapa kadangkala susah sikit untuk ditunjuk, tapi hati seorang ayah tentu inginkan yang terbaik untuk kesemua anaknya.
Jamal memiliki lima orang cahaya mata iaitu Osama Yamani, 20; Zaki Yamani, 16; Nur Azura Yamani, 3; El Isaac Yamani, 2; dan Iskandar Rayyan Yamani yang baru dilahirkan bulan Februari lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tahun 2022 menyaksikan beberapa selebriti tanah air telah pergi buat selama-lamanya. Apa yang pasti, bakat dan karya nama-nama ini akan terus terpahat dalam ingatan peminat hiburan tanah air.
Pastinya juga, pemergian ini memberi kesan yang amat mendalam buat para peminat yang banyak memberi sokongan sepajang karier mereka. REMAJA rangkumkan pemergian beberapa selebriti tanah air sepanjang tahun ini:
Shazlin Zainal | 10 November 2022
Pemergian pelakon dan juga pempengaruh, Syazlin Zainal yang terjatuh daripada tingkat 22 di sebuah pangsapuri di Taman Iskandar, Johor Bahru pada 10 November lalu amat mengejutkan ramai pihak.
Jenazah Allahyarhamah Syazlin telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, AU4, Taman Keramat Kuala Lumpur, kira kira jam 10.05 malam Jumaat. Ratusan hadirin termasuk ahli keluarga, sahabat serta rakan selebriti yang datang bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarhamah.
Allahyarma pernah membintangi beberapa drama tempatan antaranya Sitik Tok, Dia Yang Ku Jadikan Suami dan beberapa lagi.
Hisham Ahmad Tajudin | 12 Oktober 2022
Pelakon veteran, Hisham Ahmad Tajudin menghembuskan nafas terakhir pada usia 76 tahun akibat jangkitan kuman dalam paru-paru pada jam 4.30 petang, di Hospital Shah Alam (HSA).
Terdahulu, anak perempuannya memberitahu bapanya dimasukkan ke hospital pada 29 September lalu, selepas mengalami batuk teruk yang berpanjangan. Kemudian, Allahyarham Hisham ditidurkan dan bergantung sepenuhnya pada mesin sokongan berikutan tidak boleh bernafas secara normal.
Sepanjang terlibat dalam dunia lakonan, Allahyarham membintangi banyak filem antaranya filem Tsu-Feh Sofiah pada 1986, Perempuan (1988) selain drama-drama popular seperti Dalam Hati Ada Cinta (2004), Dalam Hati Ada Cinta 2 (2005) dan Tok Ayah (2014).
Bob Lokman | 23 September 2022
Pelakon dan penulis lirik terkenal Isabella dan Taman Rashidah Utama, Bob Lokman menghembuskan nafas terakhir pada usia 58 tahun di kediamannya di Kubang Kerian akibat komplikasi jantung, pada jam 3 petang.
Jenazah kemudian dibawa ke Hospital Kubang Kerian untuk dimandikan, seterusnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Hilir, Kubang Kerian selepas solat Isyak.
Antara filem dan drama lakonannya adalah Pi Mai Pi Mai Tang Tu, 2+1.com.my dan Tentang Bulan Series. Arwah turut membintangi filem pertama, Yes Tuan pada 1996, disusuli Iskandar (2003), Jin Notti, Santau (2009), Zoo, Mantra (2010) dan Sekali Lagi (2011). Bob Lokman juga adalah antara komposer dan penulis lirik hebat serta pernah menghasilkan lirik lagu popular, Isabella nyanyian kumpulan Search.
Untuk rekod, pada Jun lalu kesihatan Allahyarham dilaporkan kurang baik dimana tahap penggunaan jantungnya hanya tinggal 10 peratus.
Aman Shah | 14 September 2022
Pelakon dan penyanyi lagu raya popular Kepulangan Yang Dinanti, Aman Shah, menghembuskan nafas terakhir pada usia 68 tahun selepas melakukan pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN), kira-kira jam 2.20 petang.
Allahyarham Aman dibawa ke Masjid Al-Mukhlisin, Alam Damai, Cheras pada jam 6 petang sebaik sahaja selesai dimandi dan dikafankan selain dikebumikan sebelum solat maghrib.
Antara lagu-lagu yang akan sentiasa diingati peminatnya adalah Insan Permata, Musim Cinta dan Telatah Hidup. Allahyarham juga pernah membintangi beberapa buah filem antaranya Darah Satria.
Adibah Noor | 18 Jun 2022
Pelantun lagu popular, Terlalu Istimewa, Adibah Noor, menghembuskan nafas terakhir pada usia 52 tahun di Hospital Gleneagles, dipercayai akibat penyakit kanser ovari tahap empat, jam 7.30 malam.
Allahyarham dibawa ke kediaman keluarganya di AU1, Taman Keramat Permai dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Keramat Permai, Taman Keramat, jam 11.30 pagi, pada Ahad (esok harinya).
Sekadar informasi, kemunculannya dalam layar perak bermula pada tahun 2005 apabila membintangi filem Sepet arahan Allahyarham Yasmin Ahmad dengan membawa watak Kak Yam.
Selain itu, Allahyarham Adibah turut membintangi 23 lain termasuklah karya filem Gubra, Mukhsin, Buli Balik, Talentime, Jin Notti, Magika, Hooperz, Crayon, Aku Tak Bodoh, Nasi Lemak 2.0, Pontianak vs Orang Minyak, Hoore! Hoore!, Mamak, Fundamentally Happy, Mencari Rahmat, Rumahku, The Code of Happiness, Selamat Hari X Jadi serta Hantu Ke Lima.
Hamid Gurkha | 14 Jun 2022
Pelawak legenda, Hamid Gurkha, 90, menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, jam 2.19 petang.
Pelakon yang mula dikenali menerusi karya Panglima Badol pada tahun 1978 tidak mengalami penyakit kronik, sebaliknya hanya masalah pendengaran disebabkan kian uzur pada usia menginjak 90 tahun. Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Raja, Klang.
Hamid dan Timah Abdul Hamid, 80, mendirikan rumah tangga enam dekad pada April 1957. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan lapan cahaya mata, namun dua daripadanya meninggal dunia. Beliau juga dikurniakan 32 cucu dan 18 cicit.
Antara karya popular yang pernah mewarnai layar skrin sepanjang Allahyarham bergelar anak seni adalah seperti Zombi Kampung Pisang, Senario The Movie, Salah Bapak, Gila-Gila, Rock dan banyak lagi.
Amran Tompel | 26 Mac 2022
Pelawak dan pelakon terkenal, Amran Tompel, meninggal dunia pada usia 72 tahun di kediamannya di Taman Matahari Height Senawang, Seremban, Negeri Sembilan pada hari terakhir kuarantin akibat positif virus Covid-19, pada jam 4.37 petang.
Pada tahun 1987, pelakon kelahiran Singapura itu tampil dengan filem pertama iaitu Keluarga 69 sebagai watak Joe. Allahyarham Amran juga pernah membintangi beberapa filem seperti Buai Laju-laju, Tak Ori Tapi Ok, Salah Bapak, Bilut, Baik Giler, Lu, Gua, Bro, Gerak Khas dan banyak lagi.
Terima kasih kerana pernah menghiburkan kami. Salam takziah buat seluruh ahli-ahli keluarga Allahyarham. Al-Fatihah…
ARTIKEL BERKAITAN:
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pelakon, peragawati, pengacara dan usahawan terkenal, Dynas Mokhtar berkongsi bahawa dirinya telah selamat melahirkan cahaya mata keempat menerusi satu hantaran di laman Instagram.
Menerusi perkongsian itu, wanita anggun tinggi lampai itu mencoret kata ringkas, “Ketentuan Ilahi… Alhamdulillah. MasyaAllah, bayi perempuan untuk kami.”
Potret yang sama turut dikongsikan di ruangan Instagram suaminya, Shazrik Din yang turut menyatakan bahawa kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan yang sihat.
Dalam hantaran tersebut turut disertakan tarikh kelahiran bayi tersebut pada Sabtu, 27 Mei 2023. Sehingga kini hantaran tersebut menerima ribuan tanda suka dan ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan peminat.
Imbas Kembali, Dynas atau nama sebenarnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtarsebelum ini memiliki seorang cahaya mata lelaki, Edriel, 3 tahun hasil perkongsian hidup bersama suaminya kini.
Manakala menerusi perkahwinan terdahulu Dynas dikurniakan sepasang cahaya mata aitu Khyra, 12 tahun dan Haqaish, 9 tahun.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, hari ini menarik nafas lega apabila Mahkamah Rayuan membatalkan sabitan terhadap beliau berkaitan empat pertuduhan jenayah termasuk pecah amanah,...