Jika sebelum, seorang remaja maut selepas menyertai cabaran ‘Benadryl Challenge’ di aplikasi TikTok yang memerlukan pengguna mengambil ubat alahan melebihi dos disarankan.
Kali ini ubat batuk pula yang digunakan sebagai ‘ramuan lentok istimewa’ dalam masakan hidangan ayam yang dikenali sebagai ‘Cabaran Sleepy Chicken’. Trend yang sangat luar biasa dan berisiko ini menjadi tular di TikTok. ‘Sleepy Chicken’ juga telah mendapat banyak perhatian daripada doktor dan profesional perubatan.
Dalam laporan berita yang dikeluarkan di portal astro AWANI, Food and Drug Administration (FDA) Amerika Syarikat telah mengeluarkan amaran bahawa memasak ayam dalam ubat batuk seperti itu bukan sahaja menjadikan hidangan tersebut tidak menyelerakan tetapi juga boleh menjadi sangat berbahaya.
Ads
‘Cabaran Sleepy Chicken’ ini menyeru orang ramai untuk memasak ayam dalam ubat batuk NyQuil, yang mengandungi acetaminophen, dextromethorphan dan doxylamine, serta beberapa jenis ubat batuk lain.
Paling menakutkan, pakar juga mendakwa ubat yang dididihkan itu juga boleh menjadikannya lebih pekat dan mengubah sifatnya.
“Walaupun anda tidak makan ayam, menyedut wap ubat semasa memasak boleh menyebabkan tahap ubat yang tinggi memasuki badan anda, dan boleh membahayakan paru-paru,” jelas amaran FDA itu lagi.
Ads
Tiada kematian dilaporkan mengenai trend setakat ini. Tetapi pakar mencadangkan bahawa mencegah adalah lebih baik daripada mengubati dalam hal trend seperti Sleepy Chicken.
Hmm, walaupun korang suka berekperimentasi dengan masakan tapi jangan sampai membahayakan kesihatan dan diri okay!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas beberapa hari mendapat kecaman di media sosial, pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha mengambil tindakan dengan membatalkan kontraknya dengan beberapa jenama antarabangsa pro-Israel.
Daiyan atau Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin (31) berkata, dia mengambil keputusan itu selepas dinasihatkan oleh orang ramai sejak kebelakangan ini dan ini semua berlaku atas kerelaan dirinya sendiri.
Kredit: Instagram Daiyan Trisha
“Saya nak maklumkan yang saya dah tamatkan kontrak dengan beberapa jenama yang saya bekerjasama sebelum ini”
“Terima kasih atas teguran. Teruskan perjuangan anda untuk Palestin” – Daiyan
Pelantun lagu Penat ini juga menerima segala teguran dan memandang serius mengenai isu yang berlaku di Gaza.
Kredit: Instagram Daiyan Trisha
Sementara itu, Daiyan enggan mengulas mengenai jumlah kerugian dan penalti yang dikenakan susulan bertindak menamatkan kontrak.
Katanya, perkara itu tidak dapat didedahkan kerana ia melibatkan beberapa jenama berbeza.
Sebelum ini, Daiyan tampil membersihkan namanya selepas didakwa masih menjalinkan kerjasama dengan beberapa jenama pro-Israel. Dia turut menjelaskan bahawa tidak pernah melupakan nasib menimpa saudara Islam di Palestin dan mempunyai cara tersendiri dalam membela nasib mereka.
Daiyan juga berkongsi beberapa tangkap layar resit sumbangan bantuan yang dibuat dan jumlah keseluruhan sumbangan tersebut mencecah RM100,000.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Malaysia bakal beralih ke fasa peralihan endemik bermula 1 April iaitu hari ini.
Bagi mengelakkan rakyat keliru, hanya anya satu SOP ditetapkan sepanjang fasa peralihan ke endemik dan dijangka akan memudahkan rakyat Malaysia berbanding 181 SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) sebelumnya.
SOP yang dilaksanakan di bawah Akta 342 ini merangkumi 10 keperluan yang kebanyakannya sudah biasa diamalkan dan menjadi sebahagian dari norma rakyat Malaysia sejak pandemik COVID-19 melanda negara.
Memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam, menjaga kebersihan tangan serta memastikan penjarakan fizikal satu meter.
Di samping itu, individu perlu menggunakan MySejahtera dan MySJTrace untuk pendaftaran kemasukan dan mematuhi keperluan vaksinasi untuk aktiviti tertentu.
Dalam fasa ini, premis perlu memastikan kebersihan premis, pengudaraan dan sistem ventilasi yang baik serta mematuhi waktu operasi mengikut lesen atau permit.
Had waktu operasi perniagaan dimansuhkan, di mana pemilik premis boleh beroperasi mengikut waktu operasi sedia kala.
Premis yang menetapkan waktu operasi 24 jam seperti sesetengah restoran dan kedai serbaneka kini boleh beroperasi mengikut waktu yang ditetapkan sebelumnya.
Aktiviti solat jemaah di masjid serta surau atau upacara di rumah ibadat selain agama Islam juga kini boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal di beberapa negeri.
Sebanyak sembilan negeri termasuk Wilayah Persekutuan, Terengganu, Sarawak, Perak, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah, Selangor dan Melaka, mengumumkan pelaksanaan solat tanpa penjarakan fizikal mulai 1 April.
Foto: YouTube
Pembukaan sempadan negara
Ekoran fasa peralihan ke endemik, sempadan negara juga akan dibuka semula bermula 1 April setelah mengenakan sekatan keluar masuk sejak Mac 2020.
Malaysia akan mula menerima semua pelancong dan pengembara yang mempunyai dokumen lengkap tanpa perlu memohon MyTravel Pass.
Sembilan garis panduan tidak akan dikuatkuasakan
Bagi menangani wabak COVID-19, ujian pengesanan perlu dilakukan berdasarkan National Testing Strategy serta menguruskan kes yang disyaki atau disahkan mengikut garis panduan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Diharap pencerahan dan maklumat ini cukup jelas. Walaupun garis panduan sebelum ini tidak akan dikuatkuasakan, namun rakyat Malaysia sangat digalakkan untuk mematuhinya sebagai langkah mengekang penularan. Senarai sembilan garis panduan boleh dirujuk di pautan ini.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Alhamdulillah. Allah, maha pengasih lagi maha mendengar doa hamba-hambanya.
Jika sebelum ini umat Islam tidak dapat solat jemaah secara rapat atau merapatkan saf di masjid. Walau bagaimanapun kita terpaksa akur dengan keadaan ini demi memutuskan rantaian wabak COVID-19 agar keselamatan diri masing-masing dapat dijaga.
Terkini, satu laporan memaklumkan mulai esok, Perlis membenarkan jemaah merapatkan saf ketika solat di semua masjid di negeri ini.
Bagaimanapun, kebenaran itu hanya diberikan kepada jemaah yang hadir bersama keluarga tinggal sebumbung untuk merapatkan saf sesama mereka, manakala jemaah lain masih tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Perkara ini juga turut dikongsikan oleh Mufti Perlis, Professor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin melalui laman facebook miliknya.
Hal ini selepas Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah ketetapan itu telah mendapat perkenan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail setelah melihat kepada keperluan sedia ada dan tahap ketaatan serta kepatuhan tinggi seluruh rakyat terhadap SOP ditetapkan kerajaan.
Rata-rata warganet meluahkan rasa syukur terutamanya rakyat negeri Perlis atas perkhabaran ini.
Harapnya bulan Ramadan tahun ini dapat la kita ramai-ramai memeriahkan masjid dan surau diseluruh negara.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!