Cabaran #SebelumSPMSelepasSPM : Comelnya Daiyan Trisha & 8 Selebriti Ini!

Share

Seiring dengan siri Projek: Anchor SPM yang memasuki episod ketiga pada malam ini, pelakonnya, Daiyan Trisha yang membawakan watak Aaidaa Zubir baru-baru ini telah mewujudkan satu challenge baharu di media sosial untuk mengungkap semula zaman belajar dahulu.

Menerusi tanda pagar #SebelumSPMSelepasSPM, Daiyan telah memuat naik foto perbandingan di antara wataknya, Aaidaa dalam siri tersebut dan juga dirinya semasa masih mengambil SPM pada tahun 2010.

“Saya hanyalah remaja biasa yang dilahirkan di Bandar Baru Bangi dan pergi ke SMK Jalan Empat.

“Semasa menunggu keputusan SPM, saya bekerja sementara sebagai seorang pelayan di restoran dan terus ke UiTM selepas itu.

“Jelas saya tidak tahu memakai mekap pada usia 17 tahun, tidak tahu bagaimana untuk pose dan stailkan diri saya. Tidak mengenali sesiapa dalam industri, dalam dunia fesyen. Pada waktu ini, saya hanya meminati seni, muzik dan lakonan. Tak sangka pula sampai sekarang saya sudah berada di sini.

“Jom kongsikan kisah korang dulu dan sekaang, jom berikan inspirasi kepada semua!” katanya sambil mengajak rakan selebriti untuk mengikuti challenge tersebut.

Beberapa orang selebriti telahpun menyahutnya dan ternyata, masing-masing memang comel belaka! Jom tengok.

.

Elizabeth Tan

.

Syafie Naswip

.

Sweet Qismina

.

Chubb-E

.

Nadhir Nasar

.

Aedy Ashraf

.

Shasha Abedul

*

Jika korang masih belum menonton temubual bersama Aedy dan Nadhir, klik di bawah.

 

IKLAN