BWF : Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia Kini Setanding All-England

Share

 

Kejohanan badminton Terbuka Malaysia telah mencapai satu lagi ‘milestone’ dalam penganjurannya setelah Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menaikkan statusnya daripada Jelajah Dunia Super 750 kepada Super 1000 bermula tahun 2023 hingga 2026.

Untuk pengetahuan korang, Terbuka Malaysia sebelum ini dikategorikan sebagai Super 750 oleh BWF sejak 2018.

Langkah BWF ini sekaligus menandakan Terbuka Malaysia kini setanding kejohanan badminton peringkat antarabangsa lain yang dianjurkan oleh negara ‘powerhouse’ seperti kejohanan All-England, Terbuka Indonesia dan Terbuka China.

Menurut Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) iaitu Tan Sri Mohamad Norza Zakaria sewaktu dihubungi BERNAMA hari ini, BAM akan menjalinkan kerjasama dengan penaja utama, PETRONAS bagi memastikan Terbuka Malaysia akan menjadi kejohanan hebat bagi tahun-tahun penganjurannya yang mendatang.

Kejohanan Terbuka Malaysia 2019.

“Ini pastinya memberi peluang besar kepada pemain Malaysia untuk menyerlah dalam kejohanan berprestij di tanah air. Badminton adalah salah satu sukan paling pesat berkembang di dunia dengan jumlah peminat meluas yang menonton,” katanya.

Rata-rata warga sukan badminton negara menyambut baik status terbaru Terbuka Malaysia ini. Ia bukan sekadar menaik taraf status kejohanan, malahan mereka menganggapnya akan menarik kehadiran lebih ramai pemain terbaik dunia ke Malaysia untuk memeriahkan lagi saingan kejohanan sekaligus menyumbang kepada pembangunan badminton di sini.

Untuk pengetahuan, hadiah wang tunai yang ditawarkan kepada pemenang Terbuka Malaysia 2022 adalah USD670,000 manakala kejohanan Malaysia Masters pula menawarkan hadiah keseluruhan USD360,000.

BACA LAGI : Rasai Pengalaman Unik Di Gelanggang Badminton ‘Glow in the Dark’ Pertama Malaysia – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN