Sekitar September tahun ini, ada ura-ura yang mengatakan pelakon Korea, Lee Kwang Soo (ya, ahli Running Man juga) akan meninggalkan rancangan Variety terbaru Netflix, Busted!
Khamis lalu, saya sempat duduk bersama dengan direktor Jang Hyuk Jae dan pelakon, Park Min Young sempena acara media – Netflix See What’s Next : Asia. Mereka akhirnya mengumumkan secara rasmi yang Kwang Soo tidak akan menyertai musim kedua.
Bagaimanapun, tempatnya itu akan diganti oleh seorang lagi pelakon lelaki, Lee Seung Gi!
Kongsi Hyuk Jae, “Buat masa ini, kami baru saja selesai dengan rakaman episod pertama Busted! musim kedua. Dan seperti yang saya jangkakan, Seung Gi ‘cepat masuk’ dengan member sedia ada dan mudah menangkap konsep rancangan ini.
“Saya sudah menjangkakannya kerana Seungi Gi pernah terlibat dengan rancangan variety lain seperti X-Men sebelum ini,” kata pengarah itu.
Ads
Min Young sempat mengejek, “Mungkin Seung Gi mempunyai personaliti careless juga seperti Kwang Soo (senyum) tetapi dia adalah perfect untuk memenuhi tempat kosong itu. Dia banyak bercakap, interactive dan mempunyai fizikal yang bagus untuk lakukan misi yang diberi.
“Pada mulanya, saya cuba untuk meneka siapa member terbaru kami. Tetapi semua tekaan saya salah. Saya juga excited dengan kehadiran Seung Gi kerana jarak usia di antara kami tidak terlalu jauh, berbanding dengan member lain.”
Bagi korang yang tak tahu, Min Young yang telah menceburi bidang lakonan lebih sedekad lalu berusia 32 tahun, berbanding Seung Gi yang berusia 31 tahun.
*****
Saya bertanya pula, apa yang paling dirindui mereka selepas pemergian Kwang Soo..?
Ads
“Dia telah melakukan yang terbaik semasa musim pertama dan menjadikan barisan member rancangan ini dinamik. Dia merupakan antara selebriti yang boleh melakukan tugasan di dalam variety show dan pada masa yang sama, menjadi dirinya yang unik.
“Siapa tahu, mungkin dia akan kembali pada musim ketiga..,”kata Hyuk Jae.
Busted! musim pertama merupakan antara rancangan variety paling popular di kalangan penonton online di Malaysia. Walaupun baru, ia telah mencatatkan rating 8.1 / 10 di carta iMDb Malaysia!
“Wow, that is good news! Mungkin kerana sebahagian kami berasal daripada produksi Running Man yang cukup popular di Asia Tenggara. Mereka mudah menerima Busted! kerana ia mempunyai sedikit kesamaan dengan Running Man,” kata Hyuk Jae lagi
Ads
“Saya juga rasakan kolaborasi kami bersama Netflix di 190 buah negara menjadikan ia mudah ditonton.”
Min Young turut menggambarkan rasa excited dengan rating tersebut dan berkata, “Penonton di Malaysia mempunyai taste yang bagus. (Ketawa) Kami akan cuba lakukan dengan baik lagi, sehingga rating 8.1 untuk meningkat ke angka 9.
*****
Antara kelainan yang cuba dibawa pada musim kedua ini adalah jalan cerita serta mission-nya yang lebih dekat dengan realiti sebenarnya. Member Busted! juga menurut mereka kini lebih cekap untuk menyelesaikan misi.
“Walaupun kami tak diberikan apa-apa info semasa tiba di lokasi, kami berjaya untuk survive. Saya sendiri telah banyak menonton rancangan variety Korea untuk melihat bagaimana selebriti menyelesaikan misi yang diberi. They are genius, I tell you,” komen Min Young.
Haihh, mereka ni buatkan saya tak sabar nak nantikan musim kedua Busted!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktres tersohor Indonesia, Dian Sastrowardoyo ternyata terpukau dengan bakat lakonan pelakon muda Malaysia, Idan Aedan, selepas digandingkan bersama dalam filem terbaharu berjudul Fox King.
Dalam satu temu bual bersama media Indonesia, Dian mengakui pengalaman membintangi filem itu begitu bermakna buat dirinya kerana berpeluang bekerjasama dengan ramai tenaga kerja dari negara serantau.
“Fox King menarik kerana ia adalah salah satu peluang pertama untuk saya dapat berkongsi dengan pembuat filem dari negara-negara jiran.
“Pembuat filem ini adalah gabungan Indonesia dan Malaysia, malah ramai juga datang dari negara lain untuk bekerjasama,” katanya.
Menurut Dian, kolaborasi itu bukan sekadar membuka ruang baharu, malah menemukan dia dengan pelakon muda berbakat besar dari Malaysia.
“Secara kreatif, saya dapat bekerjasama dengan seorang pembuat filem Malaysia yang kini tinggal di Jepun, dan pengalamannya sangat berbeza.
“Saya juga dapat bekerjasama dengan pelakon dari Malaysia seperti Idan Aedan. Dia seorang pelakon yang sangat baik hati,” ujarnya.
Menariknya, Idan sebelum ini pernah bergandingan dengan rakan artisnya, Adinia Wirasti. Hal itu membuatkan suasana di set lebih mesra dan serasi.
“Idan juga telah bekerjasama dengan pelakon saya, Adinia Wirasti. Jadi bila kami bertemu, kami berkongsi ramai kawan yang sama.
“Bekerjasama dengan mereka membuatkan saya sedar bahawa kerja seorang pelakon yang baik, atau seorang pembuat filem, sebenarnya tidak terikat dengan bahasa,” kata Dian.
Bagi bintang filem Ada Apa Dengan Cinta itu, seni lakonan sendiri adalah bahasa universal yang mampu menyatukan sesiapa sahaja, tanpa mengira latar budaya atau negara.
“Pembuat filem di Indonesia, Malaysia dan Jepun menggunakan bahasa yang sama. Teknik dan lakonan juga adalah bahasa yang sama.
“Apabila bercerita, anda menggunakan empati dan sensitiviti untuk melihat seorang pelakon dan bagaimana anda membentuk watak. Saya rasa itu melampaui nasionaliti. Itulah bahasa universal,” jelasnya.
Dalam perkembangan lain, Idan Aedan kini sedang menantikan tayangan filem baharunya berjudul Abah Saya Uncle Mike yang diinspirasikan daripada kisah benar.
Sumber: Tatler Indonesia
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Siapa masih ingat bintang berbakat besar iaitu William Hurt, menerusi Marvel Comics Jeneral Thaddeus Ross dalam The Incredible Hulk, Captain America:Civil War, Avengers: Infinity War, Avengers: Endgame dan Black Widow.
foto via twitter TGV
Bagaimanapun, pelakon lagenda William Hurt ini dilaporkan meninggal dunia Ahad, 13 Mac 2022 diusia 71 tahun seminggu sebelum menyambut hari lahirnya yang ke 72.
Menurut New York Post, beliau yang pernah membintangi filem-filem terkenal seperti The Big Chill, Broadcast News serta Children of a Lesser God itu meninggal dunia pada umurnya 71 tahun. Beliau juga merupakan juga merupakan pemenang anugerah Oscar.
foto via IGN africa
Difahamkan, beliau disahkan menghidap penyakit kanser prostat yang telah merebak hingga ke tulang sejak tahun 2018.
“Dengan penuh rasa sedih, keluarga meratapi pemergian William Hurt, bapa tercinta dan pelakon yang memenangi anugera Oscar pada 13 Mac 2022 meninggal seminggu sebelum hari lahirnya yang ke 72.
“Dia meninggal dunia dalam keadaan tenang di dalam pangkuan keluarga dan keluarga meminta ruang pravasi ketika ini,” kata anak lelaki beliau dalam satu kenyataan, lapor New York Post.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi individu yang suka makan tom yam, sudah tentu mereka akan mencari pes paling sedap untuk menyediakan tom yam terbaik.
Biasanya pes tom yam dari Siam menjadi pilihan, namun ada beberapa jenis yang korang perlu tahu untuk memilih yang paling sedap.
Seorang pengguna di Facebook yang dikenali sebagai Zatty Roslan telah pun berkongsi info tentang pes tom yam yang mana paling sedap kerana dia sering membeli di Padang Besar satu ketika menetap di Jitra dahulu.
Ramai yang dilihat memberikan review memasak guna pes yang tidak sedap, jadi berikut beberapa tip yang diberikan sebelum korang memilih pes tom yam.
1. Yang ada tulisan Thailand paling sedap
Beberapa tahun lepas pernah cari di Padang Besar tetapi memang susah nak jumpa. Peniaga susun di bahagian salam kedai. Pes ini harganya mahal sikit berbanding dua jenama yang lain. Cara masaknya senang. Letak air, letak pes dan letaklah segala isi untuk tom yam.
Tak perlu nak letak garam, gula atau serai. Tapi kalau letak pes sikit, korang kenalah letak bahan-bahan tambahan semua tu. Kalau letak pes banyak, lebih sedap barulah tom yam menjadi pekat.
2. Pes tom yam jenama Nang Fah
Perhatikan bulat kecil itu, yang ni sedap juga. Harga murah sikit berbanding jenama tulisan Thailand tadi. Cara masak pun sama, letak semua tak payah adjust apa-apa.
Tapi korang cuba letak susu cair dalam tom yam. Sedap dan boleh kurangkan masam sebab kalau korang letak banyak pes tom yam jadi masam. Untuk yang tak berapa suka masam, boleh letak susu cair.
3. Pes tom yam jenama PUM
Pes ini kurang sedap dan banyak orang review masak guna pes ini. Mungkin tempat mereka ada jual jenama ini sahaja. Untuk pes tom yam PUM ni korang memang kena adjust sikit. Macam korang masak guna pes tom yam sebelum ini, letak garam, gula, serai, lengkuas, bawang dan semua bahan masakan tom yam.
Pes ini memang berlambak di Padang Besar dan harganya memang lebih murah.
Walaupun Nampak sama, tapi sebenarnya rasanya juga berbeza dan korang perlu pandai memilih untuk menghasilkan masakan tom yam yang lebih sedap. Selepas ini, bolehlah korang jadikan info ini sebagai panduan.
Selamat memasak!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!