
Sebut saja tempat makanan yang best, mesti ramai yang terus serbu. Walaupun di luar KL, ada yang sanggup pergi semata-mata nak try makan di tempat viral.
Masyarakat Malaysia antara yang memang suka makan. Pergilah ke mana-mana tempat festival makanan, mesti penuh dengan manusia.
Well, sebab negara kita memang banyak makanan yang super sedap, tak hairanlah kenapa rakyat Malaysia suka makan kan. Hiks!
Kami nak share lagi satu lokasi yang best untuk penggemar burger Malaysia, bukan saja sedap tapi murah gila. Lokasinya di Sungai Buloh. Let’s check this out.




Memang murah gila

Ice blended serendah RM1


Ice blended special

Burger double special RM4.80

Fuhh, tengok pun dah meleleh air liur. Apa lagi gaiss, let’s try!
Sumber: Twitter
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Gaji RM1000, Hantar Kampung RM1000…Lelaki Bangladesh Ini Dedahkan Bagaimana Dia Boleh Hidup!

Minggu ini tular di media sosial gaji pemetik kubis mencecah RM11,000 sebulan di Korea Selatan. Bila dengar boleh dapat income banyak tu dengan hanya petik kobis, ramai dah terfikir nak kerja di sana.
Sebabnya, setiap orang ada impian masing-masing. Ada plan nak kahwin, nak beli rumah, nak beli phone, nak menabung, bawa mak ayah pergi Makkah dan macam-macam lagi. Betul tak?
Realitinya, bekerja di luar negara memerlukan keberanian kerana kita tidak kenal sesiapa dan harus mengharungi satu kehidupan baru. Pendek kata, di mana negara kita mencari rezeki itu, sudah pasti gaji yang diterima lebih tinggi berbanding dengan pendapatan yang kita dapat di negara asal.
Kalau korang teruja dengar gaji pemetik kobis ini RM11,000 sebulan, perkongsian dari seorang lelaki berasal dari Bangladesh ini mungkin buat korang lebih teruja. Sebabnya, gajinya sebagai juru pam (bahagian gas Ngv) di stesen minyak Petronas di Rawang hanya RM1000 sebulan, tetapi dia mampu hanya ke kampung jumlah yang sama. Hebat tak?

Habis, tentu korang terfikir, brader ini tak makan ke? Tak beli sesuatu untuk dirinya atau bagaimana?
Chill dulu. Brader ini nama sebenarnya Shah Alam (memang unikkan). Usia dalam awal 40-an. Sudah sembilan tahun datang dan mencari rezeki di Malaysia.
“Gaji saya satu bulan RM1,000. Dua bulan sekali, RM2000 saya hantar ke kampung untuk persekolahan anak-anak dan keperluan untuk keluarga,” katanya dalam satu pertemuan dengan REMAJA.
Habis tak makan?
“Saya makan, dua kali sehari. Masak sendiri di rumah,” katanya.
Mana ambil duit bayar beli lauk?
“Satu bulan, saya dapat duit extra lebih kurang RM300 hasil lebihan dari orang ramai yang mengisi gas. Sebagai contoh, kalau bayaran mengisi gas mereka RM8.90, pelanggan bayar RM9.
“Biasanya mereka tak ambil baki. Hari-hari kerja, bila dikumpul-kumpul, dapatlah dalam RM300. Duit itulah saya gunakan untuk belanja makan minum semua,” katanya yang agak ramah.
So no wonderlahkan kenapa Shah Alam boleh hidup dengan RM300 sahaja sebulan. Lain orang lain belanjanya dan bagi Shah Alam itu sudah cukup buatnya. Gajinya bulat-bulat dihantar kepada keluarga di Bangladesh. Alhamdulillahkan, sikap pemurah rakyat Malaysia ini sebenarnya memberi sinar dan kehidupan yang lebih baik untuk sebuah keluarga yang sangat memerlukan.
Kata Shah Alam, dia bekerja 26 hari dalam sebulan dan hanya cuti 4 hari sahaja. Kerjanya pun 8 jam sehari.

Kalau RM1000 di sini, di Bangladesh bagaimana kiraannya?
“Lebih kurang 20,000 taka. Duit banyak itu cukup untuk perbelanjaan dua bulan. Kalau saya kerja di Bangladesh, gajinya tak banyak begini. Hidup pun agak susah. Sebab itu saya datang ke Malaysia. Semua orang di Malaysia bagus dan baik,” katanya mengukir senyuman.
So korang, boleh tak faham dalam situasi di sini. Kalau Shah Alam masih tinggal di Bangladesh, dia perlu kerja keras untuk dapatkan duit sebanyak itu. Tapi di sini, kerja sebulan tapi boleh hidup untuk dua bulan. Kata orang 2 in 1.
Sebab itulah ramai yang suka berhijrah ke negara yang janjikan pendapatan lebih baik dari apa yang mereka peroleh di kampung halaman mereka.
Gaji saya 5 juta rupiah, sini lumayan!
Seorang buruh binaan yang terlibat dalam pembinaan rumah, Banji berasal dari Jawa Timur berkata, dia mampu memperoleh gaji lebih kurang RM1500 sebulan hasil titik peluhnya.

“Lebih kurang 5 juta rupiah kalau di Indonesia. Jumlah itu sudah besar. Ada kawan saya peroleh 20 juta rupiah, lagi lumayan.
“Kalau tinggal di kampung, saya hanya berkebun. Hasilnya lebih kurang 1 juta rupiah (bersamaan RM315) . Memang kecil untuk belanja sekolah anak-anak,” katanya juga yang sudah lama mencari rezeki di Malaysia.
Kata Banji lagi, suasana persekitaran dan gaji yang lumayan antara sebab mengapa dia meninggalkan kampung untuk mencari rezeki di sini.
“Wang gaji dapat, akan dihantar balik ke kampung untuk keperluan anak-anak yang masih sekolah,” katanya yang tinggal di Malaysia bersama isterinya.
Hakikatnya, banyak orang mencari kerja di negara luar semuanya dengan satu matlamat, mencari duit yang lebih banyak. Tapi awas, sebelum membuat satu keputusan, pastikan korang kenal betul agen di negara terlibat, mesti bekerja sebagai pekerja sah (legal bukan illegal) dan setiap gaji yang dapat, simpanlah demi masa depan yang korang impikan tu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kemuncak Projek High Council: Mierul Aiman Peroleh Pengajaran Disebalik Watak ‘Fakhri’

Naskhah paling hangat diperkata sehingga menjadi fenomena masa kini iaitu Projek High Council melabuhkan tirainya hari ini.
Sudah pastinya para penonton tegar drama tersebut merindui para pelakon pujaan mereka terutama watak Fakhri dan Kahar.
ARTIKEL BERKAITAN: Alumni SM Sains Selangor, Miliki ljazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal. Pesona Mierul Aiman Kian Mekar

Bertanya mengenai pengajaran yang boleh diperoleh sepanjang naskhah hit tersebut, pelakon meningkat naik, Mierul Aiman yang membawa watak sebagai Fakhri berkongsi Projek High Council sangat dekat dengan dirinya terutama sewaktu dia zaman remaja.
Bukan itu sahaja, juara Hero Remaja 2021 itu juga menyatakan drama berkenaan adalah sebagai perjalanan seorang pelajar untuk menginjak ke alam dewasa kelak.

“Projek High Council ialah penceritaan bagaimana para remaja hidup di zaman persekolahan. Perjalanan untuk menjadi seorang dewasa itu adalah sewaktu alam persekolahan.
“Jadi, saya seorang yang pernah menjadi seorang remaja, boleh dikatakan perasaan berbolak balik adalah impak yang baik untuk menjadi seorang dewasa.
“Selain itu, naskhah ini juga saya dapat ‘grab’ beberapa emosi yang pernah saya lalui,” katanya ketika ditemu bual pada tayangan episod akhir drama tersebut di TGV Suria KLCC, hari ini.

Dalam pada itu, sempat bertanya pula mengenai kenangan yang tidak dapat dilupakan sepanjang menjayakan kesemua babak dalam drama itu, Mierul berkongsi pelbagai kesukaran yang dihadapi semasa melakonkan babak di hospital bersama Naim Daniel yang memegang watak sebagai Ayam.
“Antara saya rindu dan cintakan adalah dimana babak dalam episod lapan iaitu Fakhri dan Naim Daniel yang memainkan watak ayam ketika berada di sebuah wad terbaring dan bermonolog memberitahu rasa seorang Fakhri kepada Ayam.

“Babak itu sangat impactful sebenarnya selain babak itu adalah sukar bagi saya. Ia kerana, banyak halangan pada ketika itu. Ada sahaja yang terjadi sehingga feeling itu hilang.
“Ketika itu yang membantu adalah tuan pengarah sehingga feeling kita automatik ‘switch on’. Jadi bukanlah semuanya daripada seorang Mierul Aiman, datang juga daripada kalangan team,” ujarnya lagi.

Sekadar informasi, selain Mierul, High Council turut membariskan para pelakon baharu yang berbakat serta berpengalaman daripada pelbagai latar termasuk Nadhir Nasar, Amir Ahnaf, Naim Daniel, Yusof Hashim, Daiyan Trisha, Sazzy Falak, Ben Tan, Sathisvaran M Magesvaran, Kahoe Hon, Fadhli Masoot, Fazziq Muqris, Ameer Asyraf, Muzayyin Mahyuddin, Hazeeq Dean, Aida Aris, Azhar Sulaiman dan Edika Yusof.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Mierul Aiman.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Peminat Squid Game Teruja ‘Teaser’ Musim Kedua Muncul, Watak Gong Yoo Kembali?

Penantian peminat drama hit Korea terbitan Netflix; Squid Game selama berbulan-bulan akhirnya terjawab juga apabila mendapat tahu musim kedua siri drama itu bakal menemui penonto, tidak lama lagi.
Ini setelah pihak Netflix meluncurkan teaser pertama Squid Game musim kedua pada hari ini menerusi platform media sosialnya.
Menerusi hantaran itu, ia menampilkan permainan ‘Red Light, Green Light’ daripada siri tersebut dengan angka 2 tertera pada mata patung gergasi.
Kapsyennya pula berbunyi, “Red light… GREENLIGHT! Squid Game secara rasminya akan kembali untuk Musim 2!”
Red light… GREENLIGHT!
Squid Game is officially coming back for Season 2! pic.twitter.com/4usO2Zld39
— Netflix (@netflix) June 12, 2022

Penerbit eksekutif merangkap pengarah dan penulisnya, Hwang Dong Hyuk turut menyertakan mesej khas buat peminat Squid Game.
Dalam pautan mesej yang boleh korang baca di bawah, beliau telah mengesahkan bahawa Lee Jung Jae dan Lee Byung Hun akan memegang semula watak masing-masing sebagai Gi Hun dan Front Man.
Sambil itu, beliau juga sempat memberi ‘hint’ kononnya watak Gong Yoo yang hanya muncul untuk beberapa babak dalam musim pertama sebagai ‘lelaki dalam persalinan sut dengan permainan ddakji’ juga mungkin bakal membuat penampilan.


Terdahulu, peminat Squid Game pernah menzahirkan rasa khuatir mengenai tempoh menunggu musim kedua drama itu. Ini memandangkan Hwang Dong Hyuk dan pasukan produksinya pernah merancang konsep, karakter dan jalan cerita drama ini selama 12 tahun. Lalu mereka risau jika perlu menunggu lama sebelum Squid Game musim kedua memulakan penggambarannya.
ARTIKEL BERKAITAN : 7 TEORI Jalan Cerita SQUID GAME Yang Tidak Ramai Sedari – REMAJA
Begitupun dengan teaser pertama ini, tidak mustahil pihak produksi sebenarnya telahpun memasuki set.
Agaknya, pelakon-pelakon utama Squid Game musim pertama yang telah terbunuh akan kembali tak bagi musim kedua ini? Cer komen.
ARTIKEL BERKAITAN : Stail Pemenang SAG Awards, Jung Ho-yeon Satu Penghormatan Buat Korea Selatan – REMAJA
BACA LAGI : ‘Atuk’ Squid Game Menang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Golden Globes 2022 – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

