Bunuh Binatang Hampir Pupus Ketika Penggambaran Filem, Salman Khan Dijatuhi Hukuman 5 Tahun Penjara

Share

Nampaknya peminat filem Hindustan pasti menangis selepas mengetahui berita yang amat menyedihkan kerana selepas ini mereka mungkin tidak berpeluang untuk melihat kelibatnya dalam mana-mana filem.

Hari ini Mahkamah di Jodhpur, India telah menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun dan denda sebanyak 10,000 rupee (RM594) selepas dia didapati bersalah memburu Antelop dari spesis “blackbuck” secara haram 10 tahun lalu.

Laporan dari akhbar Hindustan Times, aktor berbadan sasa itu didapati bersalah selepas terlibat memburu dan membunuh dua ekor haiwan terancam pupus itu ketika menjalani penggambaran filem HUm Saath Saath Hain pada September 1998 di Kankani, Jodhpur.

Perbicaraan kes tersebut telah bermula di Mahkamah Majistret pada Mei 2013 lalu.

Selain dirinya, beberapa aktor dan aktres terkenal Bollywood lain terlibat dalam pemburuan ini iaitu Saif Ali Khan, Sonali Bendre, Tabu dan Neelam Kothari namun kesemua mereka dibebaskan kecuali Salman.

Bagaimana pun ruang untuk peminatnya mungkin boleh jika aktor itu merayu hukuman yang dikenakan kepadanya.

Pendakwa raya, Mahipal Bishnoi berkata, aktor veteran itu namun masih boleh membuat rayuan terhadap hukuman tersebut.

Antelop antara spesis haiwan yang terancam sejak 20 tahun lalu dan termaktub dalam Akta Perlindungan Hidupan Liar India, pada Februari 2006.

Tindakan undang-undang ke atas aktor utama filem Bajrangi Bhaijaan dan Sultantersebut bukan kali pertama dikenakan.

Terdahulu, Disember 2015, dia pernah dipersalahkan atas tuduhan langgar lari yang mengorbankan seorang gelandangan manakala empat lagi cedera namun dibebaskan daripada dakwaan.

Inilah spesis antelop dari jenis blackbuck yang sudah hampir kepupusan

Sedikti info tambahan, cari Remaja di Wikipedia mendapati Antelop adalah sejenis mamalia yang bentuknya menyerupai kambing dengan tanduk tegak lurus ke atas.

Ia kelihatan seperti kijang tetapi bukan dari spesis berkenaan. Haiwan ini merupakan dari keluarga Bovidae dan semakin pupus pembiakannya. Antelop banyak kelihatan di Afrika, Asia dan Timur Tengah.

Kumpulan binatang ini hidup secara berkelompok dan sering berpindah randah untuk mencari makanan.

Biasanya ketika ancaman bahaya datang, antelop betina terlebih dahulu memberi “tanda” kepada kawanan antelop, yang mana salah satu antelop akan melompat ke udara dan mengeluarkan suara keras seperti jeritan lalu diikuti oleh kawanan antelop yang akan berlari secara pantas untuk menyelamatkan diri.

Larian binatang ini tak boleh dipertikaikan kerana antelop mampu berlari 64 km/jam dan jauh meninggalkan kawanan binatang lain. Selain itu antelop juga dapat lari lebih lama daripada binatang-binatang lainnya.

Sumber :- Mynewshub/ mize

IKLAN