Penyanyi rap wanita tanah air, Bunga Isme dikhabarkan sudah pun sah bergelar isteri kepada komposer dan penulis lirik, Amzar Sabri pada 14 Oktober 2023.
Menurut sumber, majlis pernikahan mereka telah diadakan secara tertutup di sebuah villa di Kuang, Selangor.
Menerusi kad jemputan yang diedarkan, penyanyi berusia 24 tahun itu turut menggariskan beberapa syarat untuk dipatuhi tetamu.
Ads
Antaranya tidak dibenarkan merakam gambar atau video sepanjang majlis selain larangan memuat naik sebarang hantaran berkaitan pernikahan dalam laman sosial.
Masih tidak diketahui alasan merahsiakan berita itu kepada peminat, namun sekitar Syawal lalu Amzar seakan-akan memberi bayangan mereka sudah pun bernikah.
Ads
Memuat naik gambar mesra berbaju raya sedondon biru di platform Instagram, dilihat Bunga melentok manja di bahu penyanyi berusia 28 itu, selain menyertakan kapsyen seperti mengesahkan dirinya sudah bergelar seorang suami.
“Alhamdulillah, kerana doa keluarga dan sahabat, kami bersatu akhirnya,” coretnya menerusi kapsyen pada hantaran bertarikh 10 April lalu.
Perkongsian tersebut membuatkan ramai pihak tertanya-tanya status terkini pasangan yang sudah bercinta sejak lima tahun lalu itu.
Ads
Sekadar info, pasangan ini melangsungkan majlis merisiknya pada Februari tahun lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Di balik wajah yang cute dan postur tubuh yang seksi time menari, siapa sangka tersimpan hati yang mulia untuk membantu orang dalam kesusahan. Tular baru-baru ini apabila Lisa dari kumpulan Blackpink sanggup dan tidak ketinggalan melakukan kebajikan dengan menyalurkan sumbangan buat mangsa banjir di Thailand.
Penyanyi kelahiran Buriram, Thailand itu mendermakan sejumlah wang tunai sebanyak 100,000 baht (kira-kira RM13,700) kepada pelakon Dana Bin Bunleurit untuk meringankan beban mangsa-mangsa banjir.
Keadaan banjir yang melanda beberapa kawasan di Thailand telah menenggelamkan rumah, jalan dan jambatan mengakibatkan lebih 23,000 orang hilang tempat tinggal, cukup menyentuh hati masyarakat, terutama daripada kalangan warganya.
Lisa Blackpink donated 100,000 baht to help flood victims in Ubon Ratchathani through the account of Bin Bunluerit, a well-known volunteer rescue worker and actor. @TNAMCOTpic.twitter.com/BtQXcw0tuZ
Salah seorang kenalan Lisa, Koa yang merupakan seorang blogger bertindak memuat naik gambar sekeping cek yang didermakan Lisa dengan kapsyen: “Lisa mahu menghulurkan sedikit sumbangan untuk mangsa banjir dan dia berharap semuanya akan baik-baik sahaja.”
Tindakan penyanyi berusia 22 itu mendapat pujian peminatnya sehingga ada yang menggelarkan Lisa sebagai ‘malaikat’ dan ‘Ratu Thailand’.
Good job lisa, walaupun dah berjaya menempa nama dan kariernya sebagai ahli kumpulan gadis K-pop, Blackpink di Korea Selatan tapi masih tidak lupa dengan asal usulnya. Ini baru dinamakan kacang tidak lupakan kulit.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Buat peminat K-Drama The King: Eternal Monarch, episod 13 drama tersebut tidak akan disiarkan hari ini (29 Mei 2020) kerana menurut sumber, SBS akan menyiarkan filem Contagion.
Ha, kenapa pula?
Menurut Soompi, sumber menjelaskan bahawa tayangan filem tersebut adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat di Korea tentang COVID-19. Ini kerana jumlah pesakit virus itu telah meningkat dua hari berturut-turut, mencapai 70 pesakit dalam sehari untuk pertama kalinya dalam tempoh hampir dua bulan.
“Contagion” mengisahkan tentang kepantasan sejenis virus pembawa maut yang disebarkan oleh udara dalam hanya beberapa hari. Dalam pada wabak maut tersebut merebak pantas, sepasukan doktor dari serata dunia berganding bahu mencari penawar dan cuba mengawal kepanikan orang ramai yang menular lebih cepar berbanding virus tersebut. Filem ini turut memaparkan sisi lain kehidupan insan biasa yang masih berjuang dalam masyarakat yang sedang bergolak.
Mungkin ini salah satu cara bagi stesen televisyen di sana untuk mengingatkan kepada masyarakat supaya mereka sentiasa berjaga-jaga dan mengurangkan aktiviti luar bagi mengekang penularan wabak ini.
Walau bagaimanapun, episod 13 The King: Eternal Monarch akan ditayangkan pada hari Sabtu, 30 Mei 2020.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Budaya membaca komik sekian lama tidak pernah luput dari generasi ke generasi.
Ia bukan saja tertumpu kepada proses melukis komik, membaca dan mengumpul saja sekarang. Malah ia sudah menjadi satu budaya di mana peminat komik saling berinteraksi di festival komik seluruh dunia.
Sebuah lagi festival komik iaitu Comic Riot! Festival sedang berlangsung di StarXpo Centre, KWC Kuala Lumpur pada hari ini.
Dengan kemasukan percuma dari jam 10 pagi hingga 7 malam, Comic Riot! Festival meraikan pengaruh komik di kalangan peminatnya oleh para pelajar Akademi Seni Budaya & Warisan (ASWARA).
Bukan saja korang boleh berkumpul dan mempelajari budaya komik di Malaysia menerusi pameran, permainan, cosplay, perarakan maskot dan persembahan.
Malah korang juga boleh turut serta dalam aktiviti yang disediakan.
Antaranya termasuklah Doodle Wall, Cosplay Photobooth, Coswalk (berani tak? hehe), bazaar jualan dan macam-macam lagi.
Jadi bagi korang yang berada di sekitar Kuala Lumpur dan belum mempunyai apa-apa plan pada hari ini sehingga jam 7 petang, jom serbu dan jumpa di StarXpo Centre KWC alright!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hubungan istimewa yang sekian lama menjadi teka-teki akhirnya terjawab! Pelakon popular, Bella Astillahdan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq kini selangkah lagi ke fasa baharu...