Mungkin anda rasa mustahil di usia muda, anda boleh membeli rumah pertama. Namun percayalah, jika ada perancangan kewangan yang sempurna segalanya boleh menjadi realiti seperti Bunga Isme.
Bunga Isme, atau nama sebenar dia Noor Ayu Fatini, kongsi beberapa gambar kat Instagram dia, tunjuk rumah baru yang dia dah tunggu sejak tahun 2021.
“Kena Usaha dan kerja lebih kuat lagi, nak kena bayar rumah pulak.”
Demikian perkongsian penyanyi Rap, Bunga Isme yang berjaya merealisasikan impiannya untuk membeli sebuah rumah.
Ads
“Bagai terbuai-buai. Alhamdulillah, pada hari Jumaat yang mulia ni, tunggu dari tahun 2021, tahun ni siap! Kena usaha dan kerja lebih kuat lagi, nak kena bayar rumah pulak 🥲💸.”-kongsi Bunga Isme
Tambahnya lagi, penyanyi ini turut menitipkan doa buat mereka yang melihat posting-nya itu agar dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan olehNya.
“Semoga yang melihat posting ini, dimurahkan rezeki, dan dipermudahkan segala urusan. Ketepikan apa orang kata, orang boleh cakap 1001 kekurangan apa yang kita buat, kita boleh dengar pendapat mereka tapi kita lah yang buat keputusan untuk hidup dan diri kita. Jadi, jalan terus! No simpang-simpang! Kita je tahu diri kita.-titip Bunga
Ads
Kata-kata Semangat!
Khabar gembira yang dikongsikan oleh Bunga itu dihujani dengan ucapan tahniah oleh peminat, malah ramai yang memberikan kata-kata semangat buat penyanyi rap ini untuk sentiasa melangkah ke hadapan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon Korea yang semakin meningkat naik, Kim Young Dae telah pun menarik diri dalam pembabitan drama terbaru School 2021 kerana terdapat percanggahan watak.
Menurut laporan daripada JTBC, Kim Young Dae menarik diri kerana wataknya dalam drama tersebut yang pada awalnya dipersetujui telah berubah. Dengan perubahan yang berlaku, Kim Young Dae tidak lagi memegang peranan sebagai watak utama, calon watak itu diberikan pada pelakon lain.
Pelakon berusia 25 tahun ini menerima peranan itu pada bulan Mei lalu dengan pengesahan sebagai watak utama yang akan diumumkan pada bulan Jun.
Namun, agensinya Outer Korea telah mengesahkan bahawa pelakon itu tidak lagi terbabit dalam drama School 2021 akan datang.
Walau bagaimanapun, Kim Young Dae dilaporkan telah pun menerima tawaran dalam k-drama lain sebagai watak utama. Menurut Sports Chosun, Kim Young Dae akan memainkan peranan utaman dalam drama Shooting Star yang akan ditayangkan di tvN.
Dah namanya rezeki kan. Satu hilang, datang pula lagi satu tawaran baru. Tak sabar nak tonton drama terbaru lakonan ‘Joo Seok Hoon’ nanti. Hiks!
Setiap bulan pasti ada sahaja k-drama yang bakal ditayangkan di televisyen, mahu pun di penstriman digital. Bulan ini, terdapat 9 lagi drama korea terbaharu yang korang boleh layan. Berikut kami senaraikan antara k-drama yang bakal ditayangkan sepanjang bulan Februari.
Drama remaja yang menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Kim Tae-ri, Nam Joo-hyuk, Kim Ji Yeon, Choi Hyun Wook dan Lee Ju Myung. Dalam masa ketika impian kelihatan di luar jangkauan, seorang seorang remaja pemain pedang mengejar cita-cita besar dan bertemu dengan seorang lelaki muda yang bekerja keras dalam usaha membina semula hidupnya.
2. Juvenile Justice
Drama remaja yang menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Kim Tae-ri, Nam Joo-hyuk, Kim Ji Yeon, Choi Hyun Wook dan Lee Ju Myung. Dalam masa ketika impian kelihatan di luar jangkauan, seorang seorang remaja pemain pedang mengejar cita-cita besar dan bertemu dengan seorang lelaki muda yang bekerja keras dalam usaha membina semula hidupnya.
3. Forecasting Love and Weather
Siri komedi romantis yang mengisahkan tentang pekerja-pekerja di Pentadbiran Meteorologi Korea, jatuh bangun mereka dalam kehidupan. Jin Ha Kyung yang berazam tidak mahu bercinta dengan rakan sepejabat dan akhirnya menjalin hubungan dengan seorang pekerja baru.
4. Thirty Nine
Drama kehidupan dan percintaan yang menyentuh hati di antara persahabatan, cinta dan kehidupan tiga sahabat yang akan mencecah umur 40 tahun. Kebetulan mereka merupakan BFF di sekolah menengah. Apabila umur mereka 39 tahun, mereka mengalami kehidupan yang tidak baik dan perlu mengucapkan selamat tinggal kepada persahabatan yang telah terjalin.
5. Business Proposal
Drama percintaan pejabat, Business Proposal, adalah berdasarkan novel web dan webtoon terkenal di seluruh dunia mengisahkan tentang percintaan CEO dan pekerjanya.
6. Kill Heel
Drama ini mengisahkan tentang persaingan dan perjuangan tiga orang wanita yang menggendalikan program UNI Home Shopping, pusat membeli-belah atas talian. Woo Hyun merupakan seorang yang disukai rakan kerjanya kerana karakternya yang ramah. Namun, dia melalui pelbagai rintangan yang membuatkana yang ramah. Namun, dia melalui pelbagai rintangan yang membuatkannya harsus bersaing dengan Baek Ok Seon, pengacara program lain.
7. Military Prosecutor Doberman
Drama ini berkisarkan tentang Do Bae Man, seorang pendakwa raya tentera yang ingin hidup senang dan ada kerjaya yang stabil. Seorang lagi, Cha Woo In (Jo Bo Ah) anak orang kaya, yang bekerja sebagai pendakwa raya tentera untuk membalas dendam.
8. Grid
Mengisahkan tentang entiti misteri yang menyelamatkan manusia lalu menghilang pada tahun 1997, namun ia muncul kembali selepas 24 tahun dan membunuh pembunuh bersiri yang melarikan diri.
9. I Haven’t Done My Best Yet
Nam Geum Pil merupakan seorang lelaki berusia 40-an yang tingal bersama bapa dan anak perempuannya. Namun, secara tiba-tiba dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan tindakannya itu mendapat kecaman daripada keluarganya. Dia kemudiannya melihat jiranya mendapat wang yang banyak dengan menjadi penulis komik web, lalu dia pun memutuskan untuk menjadi seorang penulis komik.
So, mana satu k-drama yang korang paling excited nak tonton?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
REMAJA pasti ramai peminat setia MCU (Marvel Cinematic Universe) tak sabar nak tunggu filem tersebut dikeluarkan. Kurang dari 48 jam je lagi filem tersebut bakal menemui pemonton di pawagam.
Filem terakhir siri Marvel akan memulakan tayangan seawal 7.30 pagi pada 24 April ini. Walaupun mendapat dugaan seperti babak-babak dalam filem tersebut tersebar luas, namun ia tidak sesekali mematahkan semangat penonton untuk mengeluarkan duit menonton di pawagam.
Dalam tak sedar, siri ini sudah sampai ke penghujung. REMAJA sempat membuat kronologi filem-filem yang berkait rapat dengan Avengers Endgame ini.
Banyak perubahan wajah pada semua hero-hero ini. Mana tidaknya, dari tahun 2008 Robert Downey Jr telah memegang watak Iron Man ni. Mesti banyak perubahan dalam diri dan personaliti hero-hero ini.
Iron Man (Tony Stark)
Captain America (Steve Rogers)
Thor
Black Widow (Natasha Romanoff)
Hulk (Bruce Banner)
Pepper Potts
Macam sedih pulak bila mengenangkan yang filem ini dah nak melabuhkan tirainya. 😥
Apa-apapun, selamat menonton Endgame. Min tengok hari Jumaat, korang tengok hari apa?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.