Bumbung Atap Asbestos Bahaya, Boleh Jadi Punca Kanser Paru-Paru Mesothelioma

Share

Korang mesti biasa melihat kepingan serpihan atap bumbung berlonggok di bahu jalan mahu pun di tempat longgokan sampah kan? Pemandangan ini bukan hanya ‘menyakitkan’ mata tapi sebenarnya boleh mengundang bahaya.

Kebanyakan rumah dan kilang menggunakan bumbung atap asbestos kerana ianya lebih murah dan memberi kesan penyejukan.

Namun begitu, selepas kajian menemui asbestos merupakan punca penyebab kanser mesothelioma, penggunaannya telah dihentikan dan dihadkan.

Terdapat negara yang telah mengharamkan penggunaannya secara total, namun di Malaysia ianya diharamkan hanya pada pembinaan bangunan kerajaan yang baru sejak tahun 1999.

Menurut page Public Health Malaysia, sekiranya bahan merbahaya ini tidak diusik, risiko untuk mendapat kanser adalah sangat rendah. Risiko akan hadir apabila ianya pecah, rosak dan korang akan terlibat secara langsung dalam mengendalikan asbestos.

Situasi ini mendedahkan individu kepada risiko untuk mendapat radang asbestosis paru-paru dan juga kanser mesothelioma. Tidak perlu banyak, sebutir debu sehalus bilah jarum sudah cukup untuk korang mendapat kanser dalam tempoh 30 tahun akan datang.

Langkah pencegahan

Jadi, apa yang korang boleh buat bagi mencegah masalah ini? Berikut merupakan antara langkah-langkah yang korang boleh lakukan:

1. Jika masih menggunakan bumbung asbestos ini, pastikan bumbung tidak retak atau pecah

2. Jika ianya pecah, pastikan proses membaikpulih bumbung mengikut prosedur khusus DOSH dan Jabatan Alam Sekitar

3. Jika korang nampak di kawasan rumah/kejiranan, hubungi pihak berkuasa tempat korang dengan segera untuk proses pelupusan

4. Jangan bakar dan jangan tanam atau lupus sendiri

5. Jangan biarkan kanak-kanak bermain di kawasan asbestos. Kesan kanser asbestos hanya boleh nampak selepas 30 tahun

Gejala masalah ini yang korang perlu tahu

Simptom asbestosis dan kanser mesothelioma adalah seperti sesak nafas, dada terasa ketat, batuk kering berpanjangan, sakit dada, kurang selera makan, penat, demam dan berpeluh sewaktu malam.

Jika korang dapati berisiko dan mempunyai gejala-gejala tersebut, segeralah mendapatkan rujukan awal di Klinik Kesihatan berhampiran.

IKLAN