
Kalau bulan ni hari jadi korang, jangan sekadar tiup lilin dan potong kek je. Sekarang ni banyak brand, kafe, dan restoran tawarkan promosi birthday yang memang rugi kalau tak ambil. Ada yang bagi makanan percuma, minuman buy 1 free 1, diskaun khas, malah tiket masuk free ke tempat menarik!
Bestnya, kebanyakan promosi ni valid sepanjang bulan kelahiran. Jadi korang boleh plan siap-siap, ajak kawan atau family join sekali dan buat ‘birthday tour’ sambil makan dan shopping. Jom tengok senarai 9 promosi birthday bulan ini yang confirm buat hari korang extra special.
1. Aquaria KLCC – Tiket Masuk Percuma

Raikan hari jadi sambil dikelilingi hidupan laut menakjubkan!
📅 Bermula 1 Ogos
📌 Khas untuk warganegara Malaysia & PR – tunjuk MyKad/IC PR fizikal di pintu masuk.
2. TGI Fridays – Kek Percuma

Nikmati sepotong kek percuma, cheat day dibenarkan! 😛
📅 Sepanjang bulan hari jadi
📌 Beritahu staf yang ini birthday korang.
3. Baskin-Robbins – Diskaun Kek Aiskrim

Join Club 31 melalui aplikasi dan nikmati 25% diskaun kek aiskrim.
📅 Sepanjang bulan hari jadi
📌 Daftar di aplikasi Baskin-Robbins.
4. Sushi King – Dessert & Points

Dapat kombo pencuci mulut percuma + 200 Smile Points.
📅 Sepanjang bulan hari jadi
📌 Daftar & tunjuk kod QR ahli di aplikasi Sushi King MY.
5. CU Mart & myNEWS – 3 Hadiah Percuma

Maru Americano/Tea, CU Soft Serve, dan minuman Maru pilihan (kecuali Salted Caramel Coffee Frappe).
📅 Bulan Ogos
📌 Lahir bulan Ogos? Daftar di aplikasi MYNEWS sekarang.
6. Tealive – Beli 1, Percuma 1

Kongsi minuman dengan BFF atau family.
📅 Sepanjang bulan hari jadi
📌 Daftar & masukkan tarikh lahir di aplikasi Tealive.
7. The Coffee Bean & Tea Leaf – Kek Percuma

Beli minuman, dapat sekeping kek percuma—perfect combo!
📅 Sepanjang bulan hari jadi
📌 Tebus di mana-mana cawangan.
8. Ole-Ole Bali – Nasi Campur Separuh Harga

Nikmati Nasi Campur signature pada harga separuh.
📅 Sepanjang bulan hari jadi
📌 Umur 7 tahun ke atas, bawa IC & post gambar dengan makanan di media sosial.
9. FamilyMart – Sofuto Percuma

Claim Sofuto mana-mana perisa yang masih ada stok.
📅 Sepanjang bulan ini
📌 Daftar & tebus baucar di aplikasi MY FamilyMart.
💡 Tip Remaja Untuk Maksimakan Freebies Birthday:
Daftar awal dalam semua aplikasi atau program keahlian.
Pastikan tarikh lahir betul dalam akaun supaya sistem auto hantar baucar.
Jangan tunggu tarikh tepat hari jadi—kebanyakan promosi sah sebulan penuh.
Plan hari “birthday hopping” untuk tebus semua promosi tanpa tergesa-gesa.
So, kalau bulan ni birthday korang, sapu bersih semua freebies & diskaun ni. Manjakan diri, ajak kawan celebrate, dan nikmati hari paling best dalam setahun! 🎉
BACA LAGI : Sentuh Hati Peminat, Changbin Stray Kids Sumbang 100 Juta Won Pada Hari Lahir Ke-26
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!






















