Memasuki minggu separuh akhir pada Ahad ini, program realiti nyanyian Raise The Star Malaysia (RTSMY) semakin hangat apabila sepuluh peserta yang masih meneruskan saingan kini dapat melihat peluang masing-masing di hujung jalan.

Seiringan dengan keterujaan peminat yang saban minggu memberikan sokongan mereka terhadap peserta pilihan, Astro Malaysia baru-baru ini membiarkan peserta RTSMY melupakan sebentar tekanan pertandingan menerusi acara Busking Face Off Challenge.

Bukit Bintang Bertukar Gamat Bila Peserta ‘Raise The Star’ Dicabar Dalam Busking Face Off

@remaja.my [LIVE UPDATE] RAISE THE STAR BUSKING FACE OFF Wow! Mereka turun Bukit Bintang untuk Battle guys!✨ Jom layan Raise The Star Malaysia setiap Ahad di Astro Ria atau langgan Astro One — banyak lagi show & cerita-cerita best menanti, semua dari RM49.99/sebulan! Strim senang hati, hiburan tanpa henti; bila-bila, di mana-mana! #majalahremaja #remajamalaysia #remaja #RaiseTheStarMalaysia ♬ original sound – Remaja

Bertempat di tengah-tengah kesibukan lokasi tumpuan pelancong di Bukit Bintang, para peserta RTSMY dibahagikan kepada dua buah kumpulan; Team On Beat dan Team On Fire untuk mempersembahkan lagu-lagu medley secara ‘busking’ sambil diiringi oleh grup pemuzik jalanan, Genji Buskers.

Sekaligus, penglibatan kumpulan buskers tersebut memperlihatkan kepelbagaian dalam persembahan muzik di Malaysia.

Bukit Bintang Bertukar Gamat Bila Peserta ‘Raise The Star’ Dicabar Dalam Busking Face Off

Kumpulan Team On Beat dianggotai oleh Aril Eles, Zuana, Darling, Didie Shazry, Zury, Rayme dan Sharee Lopes.

Manakala Team On File pula terdiri daripada Pasya, Scha Nuril, Hariz Fayahet, Keka, Melinda Dadew, Aliff Amie dan Max Brandon.

Ads

Bukit Bintang Bertukar Gamat Bila Peserta ‘Raise The Star’ Dicabar Dalam Busking Face Off

@remaja.my [LIVE UPDATE] RAISE THE STAR BUSKING FACE OFF Kali ini bukan setakat battle nyanyi, tapi siap menari gelek! Hebat!!🤩 Jom layan Raise The Star Malaysia setiap Ahad di Astro Ria atau langgan Astro One — banyak lagi show & cerita-cerita best menanti, semua dari RM49.99/sebulan! Strim senang hati, hiburan tanpa henti; bila-bila, di mana-mana! #majalahremaja #remajamalaysia #remaja #RaiseTheStarMalaysia ♬ original sound – Remaja

Tidak cukup sekadar itu, dua orang juri tetap RTSMY iaitu Shila Amzah dan Aina Abdul juga turun padang bagi menghiburkan pengunjung yang hadir. Kongsi Shila dan Aina, inisiatif yang dilakukan oleh Astro ini menonjolkan lagi identiti peserta-peserta program berkenaan.

Ia bukan hanya memberikan peluang kepada bakat besar tempatan untuk beraksi di konsert minggu pada setiap hari Ahad tetapi juga mendekati para peminat mereka tempoh hari.

Bukit Bintang Bertukar Gamat Bila Peserta ‘Raise The Star’ Dicabar Dalam Busking Face Off

Ads
@remaja.my [LIVE UPDATE] RAISE THE STAR BUSKING FACE OFF OMG! It’s Shila Amzah guys!🥰Ini penampilan Shila buat pertama kali ber-busking di Bukit Bintang🩷 Jom layan Raise The Star Malaysia setiap Ahad di Astro Ria atau langgan Astro One — banyak lagi show & cerita-cerita best menanti, semua dari RM49.99/sebulan! Strim senang hati, hiburan tanpa henti; bila-bila, di mana-mana! #majalahremaja #remajamalaysia #remaja #RaiseTheStarMalaysia ♬ original sound – Remaja

“Orang yang kita hiburkan setiap hari adalah masyarakat awam, merekalah penonton kita. Apabila mempunyai peluang untuk berjumpa 1-1 sebegini bersama audience, ia akan membina keyakinan dan keselesaan mereka di atas pentas,” ulas Shila.

Sementara itu, Aina berkata, “Dengan adanya usaha ini, saya rasakan lebih ramai bakat-bakat muda di luar sana untuk tampil berani dan melebarkan sayap. Ia juga adalah cara untuk membuka pintu rezeki kerana pintu rezeki itu luas. Saya puji inisiatif Astro menerusi Raise The Star MY ini.”

Bukit Bintang Bertukar Gamat Bila Peserta ‘Raise The Star’ Dicabar Dalam Busking Face Off

@remaja.my [LIVE UPDATE] RAISE THE STAR BUSKING FACE OFF Eeeii comel betul tengok Aina Abdul layan peminat dia!🥰🩷✨ Love sangat!!☺️ Jom layan Raise The Star Malaysia setiap Ahad di Astro Ria atau langgan Astro One — banyak lagi show & cerita-cerita best menanti, semua dari RM49.99/sebulan! Strim senang hati, hiburan tanpa henti; bila-bila, di mana-mana! #majalahremaja #remajamalaysia #remaja #RaiseTheStarMalaysia ♬ original sound – Remaja

Ads

Menamatkan acara pada malam itu, Shila dan Aina turut menghiburkan orang ramai menerusi persembahan khas bersama kumpulan Genji Buskers. Tidak kiralah sama ada ketika di atas pentas atau di jalanan, Shila dan Aina membuktikan mereka tidak janggal sebagai penghibur sejati!

Berbaki dua episod sahaja, RTSMY kini bukan hanya mencari kelebihan vokal peserta tetapi juga ‘X-factor’ pada identiti masing-masing yang boleh disesuaikan dengan lagu yang bakal diberikan kepada mereka oleh Ajai, Shila Amzah, Audi Mok, Aina Abdul dan Ikhwan Fatanna.

@remaja.my [LIVE: RAISE THE STAR MALAYSIA] Kalau minggu lepas tiada penyingkiran, minggu ini 4 peserta telah tersingkir💪🏻🫶🏻 #majalahremaja #remajamalaysia #remaja #RaiseTheStarMY ♬ original sound – Remaja

@remaja.my [RECAP: RAISE THE STAR MALAYSIA] ✨ The Five RAISE THE STAR MY… Minggu 6! #ArilEles #DidieShazy #Rayme #Pasya #Keka Antara The Five ni, siapa paling buat korang rasa “THIS IS THE ONE”? #majalahremaja #remajamalaysia #remaja #RaiseTheStarMY ♬ original sound – Remaja

Jangan lupa untuk teruskan sokongan korang dengan menonton RTSMY pada hari Ahad, 9 malam di Astro Ria. Korang juga boleh strim melalui pakej Astro One bermula dari RM49.99/sebulan atau menerusi aplikasi sooka.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads