Bukit Bintang Bakal Bangunkan Laluan Pejalan Kaki Ala ‘Shibuya Crossing’ Di Jepun

Share

 

Bukit Bintang merupakan antara lokasi tumpuan di tengah kota Kuala Lumpur kepada masyarakat Malaysia dan pelancong asing. Kita sedia maklum betapa sibuknya kawasan tersebut kerana ia menghubungkan banyak pusat membeli-belah berdekatan.

Sehubungan itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sedang melaksanakan fasa pelintas pejalan kaki pelbagai arah di persimpangan lampu isyarat TL159 (scramble

pedestrian) Jalan Sultan Ismail/Jalan Bukit Bintang.

Pelancaran sistem berlampu isyarat ini akan mula berkuatkuasa pada jam 12.00 pagi pada 19 Jun 2021.

Dengan perubahan ini, pejalan kaki dibenarkan untuk melintas ke semua arah. Ia demi mengoptimumkan masa melintas. Usaha ini dilaksanakan setelah kajian terperinci oleh DBKL di persimpangan dan kawasan tersebut.

DBKL sentiasa berusaha untuk memastikan keselamatan serta memudahkan pengguna jalan raya terjamin sama ada di kawasan pusat bandar atau di luar kawasan pusat bandar Kuala Lumpur.

Perubahan ini juga dapat memberikan keselesaan kepada pengguna jalan raya yang melalui jalan tersebut serta mengurangkan kadar risiko kemalangan.

Untuk gambaran lebih jelas, laluan pelintas pejalan kaki yang ingin dibangunkan adalah mirip laluan popular Shibuya Crossing di Jepun. Dengan adanya inisiatif ini, diharap laluan pejalan kaki menjadi lebih teratur dan selamat untuk pengguna jalan raya.

Malah, kami pasti ramai yang akan mengambil peluang untuk menjadikannya kawasan mengambil foto dan video seperti yang berlaku kepada Shibuya Crossing.

Foto: The Star

Mesti ramai yang OOTD di laluan tersebut kan? Hiks! Jangan pula sehingga korang block laluan orang lain.

Sumber: (1), (2)

IKLAN