
Kalau korang tak tahu, figura tinggi lampai, Rozita Che Wan atau mesra disapa Che Ta merupakan finalis Dewi Remaja 1994/1995.
Menjadi Juri jemputan untuk hari terakhir pencarian Dewi Remaja 2019, Che Ta sempat dedah punca dia tidak sempat ke final dewi remaja 26 tahun yang lalu.


‘Saya dah mengenali dewi remaja ni 26 tahun yang lepas. Saya bukan tarik diri tapi disqualify sebab masa tu saya berkahwin bulan lapan dan final dewi remaja bulan sembilan tahun tu. Jadi tak dapat la masuk ke final dewi remaja.
Tapi tak apa lah rezeki ada dimana-mana. Che Ta sempat memberitahu bahawa dewi remaja merupakan pertandingan terakhir yang beliau sertai.’
Nasihat Buat Peserta
Seorang dewi mesti lah konfiden, berketrampilan yang hebat, ada iq. Apapun pun cantik tu subjektif.Pada tahun 2013, Che Ta dijodohkan dengan suami yang 11 tahun lebih muda darinya,iaitu Zain Saidin, mereka dikurniakan nak perempuan, Aaisyah Dhia Rana.
Che Ta sebelum itu pernah berkahwin pada 1995 dan bercerai pada 2003.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas 6 Tahun Hiburkan Penonton, Jeon So Min Umum Tinggalkan Running Man

Pelakon Korea terkenal, Jeon So Min secara rasmi akan meninggalkan Running Man selepas enam tahun berada dalam rancangan hit tersebut.
Menerusi laporan Korea Boo, berita berkenaan telah disahkan sendiri oleh agensi Jeon So Min dan juga SBS dalam satu kenyataan berasingan.
ARTIKEL BERKAITAN: Terlalu Pasif Punca Netizen Korea Desak Song Ji Hyo Dikeluarkan Dari Rancangan Running Man

Menurut kenyataan tersebut, pelakon berusia 37 tahun itu akan melakukan sesi rakaman terakhir pada 30 Oktober ini.
“Pelakon Jeon So Min akan meninggalkan rancangan Running Man SBS selepas sesi rakaman terakhirnya pada 30 Oktober.
“Selepas perbincangan yang panjang dengan pasukan produksi, diputuskan bahawa dia memerlukan masa untuk berehat dan mengisi semula tenaga supaya dia boleh mempamerkan sisi yang lebih baik daripada dirinya melalui aktiviti masa depannya, termasuk lakonan.

“Kami ingin mengucapkan terima kasih yang tulus kepada penonton yang bersama Jeon So Min selama enam tahun yang lalu, kedua-duanya ketawa dan menangis. Kami meminta sokongan dan kasih sayang anda untuk Jeon So Min pada masa hadapan,” jelasnya.
Untuk info, pelakon jelita itu menyertai rancangan kegilaan ramai tersebut bermula pada April 2017.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kubur Bukan Tempat Berseronok Tapi Ingati Kematian, Hukum Makruh Bergambar Di Sana – Ustaz

Sejak semalam tular di media sosial remaja wanita menggayakan pakaian tradisional di tanah perkuburan dipercayai milik bangsa lain.
Tidak pasti adakah sengaja memilih untuk viral atau kurangnya pengetahuan bab-bab hukum bergambar di tanah perkuburan, dapat dilihat gadis-gadis remaja selamba bergaya dengan pose masing-masing.
Carian REMAJA berdasarkan pemilik butik dinyatakan, akaun tersebut sudah diprivatekan namun gambar-gambar yang dikatakan sudah dipadamkan mula bersepah di twitter sekaligus netizen memberikan komen mengecam tindakan pemilik butik berkenaan mengadakan sesi penggambaran di tanah perkuburan.

Di sebalik kisah tular ini, REMAJA mendapatkan pandangan dari ahli agama, penceramah terkenal, Ustaz MK Azman mengenai isu berkenaan. Apa hukumnya bergambar di tanah perkuburan dan apa perlu dilakukan jika sudah melakukan perbuatan sebegini?.
“Melakukan perkara yang sia-sia adalah satu perbuatan tidak disukai Allah taala. Jika tiada manfaat pada diri kita dan juga masyarakat, adalah lebih baik kita menghindarinya sejauh mungkin,” katanya memaklumkan hukum bergambar di tanah perkuburan adalah MAKRUH.
“Makruh adalah amalan-amalan atau perbuatan-perbuatan yang kalau ditinggalkan akan mendapat pahala (jika melakukanya kerana Allah) namun tidak berdosa jika dilakukannya.
“Dari satu sudut, kita sebagai umat Islam dilarang untuk meniru atau menyerupai agama lain kerana perbuatan tersebut boleh menjadi dosa,” katanya ketika dihubungi.
Kubur bukan tempat berseronok, ia tempat memperingati kematian
Di sebalik gambaran sepi yang sering dikaitkan dengan tanah perkuburan, Ustaz MK Azman menjelaskan tanah perkuburan bukanlah tempat untuk bersenonok.
“Ia sebagai tempat kita muhasabah diri bahawa satu hari nanti kita juga akan mati dan akan merasai kesunyian ini. Sebab itu tanah perkuburan bukan tempat untuk seronok atau bergambar sakan,” katannya lagi.
Apa perlu dibuat jika sudah melakukan kesilapan begini?
Menjelaskan tindakan apa perlu dibuat dalam hal ini, kata Ustaz MK Azman, seharusnya sesiapa yang melakukan kesilapan bertaubat dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan sia-sia ini. Elakkan mencari pendapatan dengan cara begini kerana ia sia-sia. Bumi Allah taala ini masih luas dan seharusnya kita bijak membuat keputusan dan mencari ilmu jika menyedari ada kekurangan pada diri,” katanya sambil menjelaskan tindakan bergambar di kubur ini juga apatah dilakukan di tanah perkuburan bangsa lain boleh memberikan tanggapan negetif bangsa lain mengenai Islam.
Korang bacalah komen netizen mengena isu nie





.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kisah Si Penjaga Mayat Dalam The Vigil, Filem Seram Pembuka Tahun 2021

Lega rasanya hati kami bila melihat senarai filem-filem yang sedang atau bakal ditayangkan di pawagam sudah kian bertambah. Ini secara tidak langsung memberi pilihan buat penonton kerana hampir setahun juga, banyak filem yang ditangguhkan tayangannya gara-gara wabak pandemik COVID-19.
Boleh dikatakan tahun lalu, tidak ada banyak seleksi filem yang menarik untuk ditonton di pawagam berikutan kebanyakan pengedar filem tidak berani untuk mempertaruhkan naskhah mereka di pawagam.
Namun, tahun ini nampaknya semakin banyak senarai filem yang dijadualkan akan ditayangkan sepanjang 2021 dan sama-samalah kita berdoa agar tiada lagi PKP yang dijalankan bagi mengekang penularan COVID-19.
Baru-baru ini Remaja berpeluang menonton tayangan perdana The Vigil yang merupakan filem arahan Keith Thomas dan dibintangi oleh Dave Davis, Menashe Lustig, Malky Goldman, Fred Melamed, Lynn Cohen.

Filem ini mengisahkan tentang komuniti Orthodox Jewish yang ritualnya apabila salah seorang ahli meninggal dunia, mayatnya perlu dijaga oleh ahli keluarga, teman rapat atau pun individu yang dibayar untuk menjaga mayat bagi menggantikan ahli keluarga yang tidak dapat menjaganya.
Seorang pemuda bernama Yakov telah ditawar dengan harga $500 untuk menjadi ‘shomer’ atau penjaga mayat seorang warga tua. Pada mulanya dia menolak, namun disebabkan kesempitan wang, Yakov menerima tawaran yang memerlukannya menjaga mayat selama lebih kurang 5 jam, dari tengah malam hingga awal pagi.

Pada waktu malam, dia mendapati dirinya menjadi sasaran semangat jahat yang dikenali sebagai ‘Mazzik’. Pemuda itu mahu melarikan diri namun semuanya sudah terlambat.
Ha, bayangkanlah macam mana keadaannya bila korang berdua sahaja dengan mayat yang tidak dikenali. Mesti cuak kan?
Apa yang boleh kami katakan filem ini sama seperti filem-filem seram yang lain, namun ia tidak banyak menonjolkan ‘lembaga’ atau pun ‘hantu’, cukup sekadar memberi rasa suspen kepada penonton. Sudah menjadi kebiasaan bagi filem seram, jalan ceritanya juga agak perlahan dan ‘senyap’. Inilah yang buatkan penonton makin nervous.
Ada juga babak-babak yang membuatkan kami tutup telinga dan mata kerana tidak sanggup melihat makhluk apakah yang bakal ‘keluar’. Hiks!

Walau bagaimanapun, dipertengahan filem membuatkan kami rasa sedikit selesa kerana rupa-rupanya tidaklah seram seperti yang disangka. Kerana apa? Kerana banyak babak yang kita rasa cuak tapi sebenarnya tak ada apa-apa pun. Boleh dikiralah dengan jari berapa scene sahaja yang boleh buat korang terkejut. Hiks!

Jalan ceritanya juga agak mendatar dan tidak mempunyai klimaks.
Tapi, apa-apa pun filem ini tidaklah seteruk mana dan korang masih boleh menontonnya di pawagam. Masih berbaloi, lagi-lagi untuk filem seram yang baru sahaja ‘membuka panggung’ pada tahun ini.
Jangan lupa saksikan The Vigil bermula 15 April 2021 di seluruh pawagam tanah air.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

