2 minggu berturut-turut tiada penyingkiran… Apakah nasib mereka minggu ini? 

Adrenalin yang dirasai oleh 16 finalis Hero Dewi Remaja 2023 diteruskan lagi pada episod ketiga minggu ini apabila dua figura ahli perniagaan terkenal, Fizo Omar dan Shalma Ainaa diundang untuk menguji kemampuan mereka dalam cabaran kali ini.

Mengangkat tema ‘Entrepreneurship Challenge’ untuk cabaran episod ketiga, cabaran ini  menyaksikan sejauh mana pemahaman 16 finalis Hero Dewi Remaja mengenai selok belok dunia perniagaan.

Bukan Sekadar Jual Muka, Hero Dewi Remaja 2023 Rasai Pengalaman Pahit Manis Berniaga

ARTIKEL BERKAITAN: Cabaran Semakin Mendebarkan, Kecekapan & Kreatif ‘Pertaruh’ Kedudukan Finalis Bagi Episod Seterusnya

Episod tiga yang baru sahaja ditayangkan sebentar tadi turut menyaksikan 8 finalis Hero Remaja dan 8 finalis Dewi Remaja diuji dari segi keupayaan untuk mengaplikasikan strategi perniagaan yang telah diajar oleh mentor dan juri jemputan Fizo Omar.

Fizo Omar yang juga merupakan bekas Hero Remaja 2007 dan ahli perniagaan berkesempatan mengadakan bengkel ringkas ilmu perniagaan dan penjenamaan sebelum finalis diberi peluang mempraktikkan ilmu yang dipelajari di cabaran seterusnya.

Bukan Sekadar Jual Muka, Hero Dewi Remaja 2023 Rasai Pengalaman Pahit Manis Berniaga

Strategi disusun, semangat membara! Tapi cukupkah itu saja untuk menjadi juara?

Dibahagikan kepada empat kumpulan, tugasan utama mencabar mereka untuk menjual jambangan bunga yang telah digubah dan dipilih sendiri oleh setiap ahli sebelum tiba di lokasi iaitu Kasturi Walk, Pasar Seni Kuala Lumpur.

IKLAN

Tapi sebelum itu, mereka harus melakukan perbentangan kepada juri jemputan yang juga pengasas jenama pakaian tempatan, Shalma Ainaa berkaitan nama kumpulan, strategi serta gaya pemasaran.

Bukan Sekadar Jual Muka, Hero Dewi Remaja 2023 Rasai Pengalaman Pahit Manis Berniaga

Lebih meriah lagi apabila sesi jualan tersebut turut dibuka kepada orang awam dan peminat yang ingin menyokong Hero atau Dewi kegemaran mereka. Memang lurve sangat!

Pelbagai teknik dan strategi turut diaplikasikan oleh setiap finalis demi memastikan produk jualan mereka laku bak pisang goreng panas. Ada yang menyanyi, berjoget dan membuat promosi jualan kotak misteri. Wahhh kreatif juga peserta Hero Dewi Remaja kali ini!

Selain itu, sama juga seperti episod sebelum ini, mereka juga harus melunaskan tugasan Photoshoot Challenge. Klik Klik… start posing guys!

Bukan Sekadar Jual Muka, Hero Dewi Remaja 2023 Rasai Pengalaman Pahit Manis Berniaga

IKLAN

Di penghujung episod, penonton menyaksikan kumpulan Razin yang diwakili tiga finalis lain iaitu Fitri, Evertts dan Jay Iskandar menduduki tempat tercorot bagi cabaran kali ini.

Turut menumpang nasib yang sama ialah kumpulan Arabella yang turut diwakili Qist, Nurel dan Adrina. Manakala, kumpulan Hakim yang diwakili oleh Jaysong, Ameer dan Azri tampil sebagai pemenang.

Bukan Sekadar Jual Muka, Hero Dewi Remaja 2023 Rasai Pengalaman Pahit Manis Berniaga

Namun di akhir rancangan, nasib jelas tidak menyebelahi Razin dan Myra apabila nama mereka berdua diumumkan sebagai finalis yang harus melangkah pergi dek kerana markah keseluruhan individu mereka adalah yang tercorot berbanding semua.

Di mana ada pertemuan, di situ ada perpisahan….

***

IKLAN

Pencarian Hero Dewi Remaja 2023 sudah mula ditayangkan menerusi lapan (8) episod, pada setiap hari Jumaat jam 10 malam di saluran Astro Ria.

Selain bertanding menerusi cabaran dalam episod yang ditayangkan, 16 finalis juga bertanding dari aspek populariti serta duo terbaik menerusi undian peminat yang dibuka bermula 10 November 2023 sehingga ke malam finale kelak untuk mengetahui siapakah yang akan bergelar Hero Favourite 2023 dan Dewi Favourite 2023 serta Best Chemistry Duo.

Bukan Sekadar Jual Muka, Hero Dewi Remaja 2023 Rasai Pengalaman Pahit Manis Berniaga

Undian boleh dilakukan pada setiap hari di laman web rasmi REMAJA di https://www.remaja.my/herodewi/

Siapakah yang bakal meneruskan legasi HERO REMAJA dan DEWI REMAJA yang disandang oleh juara-juara terdahulu? Sama-sama kita nantikan!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

 

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI