Bulan Rabiulawal dalam kalendar Hijrah lebih bermakna kerana ia juga adalah bulan ulangtahun kelahiran Nabi Muhammad SAW.
Maulidur Rasul membawa maksud hari kelahiran rasul kita iaitu Nabi Muhammad SAW. Bukan hanya umat Islam yang mengenali tarikh lahir baginda pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah tetapi juga ramai individu bukan Islam kerana baginda merupakan individu paling berpengaruh di dunia.
Seorang tokoh terkenal, Michael H. Hart pernah menerbitkan sebuah buku berjudul ‘100: Kedudukan Tokoh Paling Berpengaruh dalam Sejarah’ pada tahun 1978. Buku tersebut menyenaraikan kedudukan 100 orang tokoh dan pada pendapatnya, baginda SAW merupakan manusia paling berpengaruh dalam sejarah.
Kedudukan baginda tetap tidak boleh diatasi oleh tokoh-tokoh lain seperti Isaac Newton (ahli fizik, penemu teori graviti semesta & hukum gerakan), Christopher Columbus (ahli pelayaran terkemuka), Albert Einstain, Aristotle (ahli falsafah Yunani berpengaruh) dan ramai lagi. Begitulah kehebaran Rasulullah SAW.
Pada hari mulia Maulidur Rasul yang bakal disambut esok, terdapat beberapa amalan yang boleh dilakukan sebagai tanda memperingati hari kelahiran Baginda.
Berpuasa
Diriwayatkan oleh Abu Qatadah, sesungguhnya Rasulullah SAW pernah ditanya tentang puasa Isnin? Maka Baginda menjawab:
Ads
“Padanya aku dilahirkan dan padanya diturunkan (al-Quran) ke atasku”.
(Riwayat Muslim)
Hadis di atas memberikan isyarat bahawa Rasulullah SAW berpuasa pada hari Isnin bagi mensyukuri nikmat Allah atas kelahirannya pada hari tersebut. Maka, jika Rasulullah SAW sendiri berpuasa pada hari Baginda dilahirkan, sewajarnya kita sebagai umatnya juga melakukan sunnah Nabi ini sebagai tanda mensyukuri nikmat Allah kerana mengutuskan Rasulullah SAW.
Berselawat
Ads
Berselawat juga antara amalan yang digalakkan bukan saja semasa Maulidur Rasul tetapi pada setiap hari.
Menurut pandangan Syeikhul Islam Sayid Dahlan, berselawat dan berdiri untuk memuliakan Nabi adalah amalan baik lagi mulia. Kenapa rugi jika bibir kita tidak rajin berselawat ke atas Nabi?
Sepenting makan, tidur dan mencari duit dalam hidup kita, samalah pentingnya berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW demi kelangsungan kita di hari akhirat kelak.
Ads
Penting berselawat hinggakan ia menjadi rukun dalam solat lima waktu dan rukun wajib ketika bacaan khutbah. Tanpa lafaz selawat itu, solat dan khutbah terbatal.
Sabda Nabi Muhammad SAW, terdapat dua golongan manusia yang akan paling hampir dengan baginda di hari kiamat nanti adalah orang yang paling banyak berselawat dan orang yang paling baik akhlaknya; seiring dengan hadis riwayat Tarmidzi.
Jadi biasakanlah diri berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW dan setiap kali kita terdengar nama baginda disebut, maka sambutlah ia dengan sebutan ‘sallahualahiwassalam’. Tiada rugi pun jika lidah kita sentiasa basah dengan zikir dan selawat; maka Allah akan melimpahkan kemuliaan, kehormatan dan kepujian ke atas Nabi Muhammad SAW dan Allah akan membalas selawat kita itu dengan cara menurunkan rahmat, berkat serta kemuliaan kepada orang yang selalu melakukannya.
“Sesiapa berselawat kepadaku sekali selawat, maka Allah akan berselawat ke atasnya sepuluh kali.” (HR Muslim)
Berhimpun Di Masjid
Perbuatan berhimpun di masjid atau di surau tidak hanya disebabkan untuk solat Jumaat saja tau. Seiring dengan kelonggaran yang telah diberikan di seluruh negara, ayuh imarahkan rumah Allah dengan solat fardu berjemaah, amalan berzanji yang mengandungi pujian tertinggi kepada Nabi Muhammad SAW dan berselawatlah kepada baginda SAW sewaktu di sana.
Tahukah anda di Malaysia ada sebuah lokasi persemadian kaum Yahudi?
Ya, bagi pengetahuan pembaca REMAJA, tanah perkuburan Yahudi ini terletak di Jalan Zainal Abidin, yang dahulunya dikenali sebagai Jalan Jahudi di Georgtown, Pulau Pinang.
Baru-baru ini, team Remaja Report berkesempatan untuk menjejakkan kaki ke sini dan melihat dengan sepasang mata sendiri bagi mendapatkan serba sedikit informasi buat pembaca semua.
Menurut sumber, sebidang tanah seluas tiga puluh lapan ribu lapan puluh tujuh kaki persegi ini dipercayai merupakan tanah perkuburan eksklusif Yahudi yang tertua di Asia Tenggara.
Selain itu, tanah perkuburan yang diuruskan oleh sebuah lembaga pemegang amanah ini adalah satu-satunya tanah perkuburan yang ditubuhkan secara eksklusif untuk masyarakat Yahudi di Malaysia, walaupun terdapat beberapa kubur Yahudi di tanah perkuburan bukan Yahudi.
Selanjutnya, terdapat kira-kira 107 kubur yang berbentuk peti mati berkubah segi tiga dan masih dibuka secara rasmi untuk pengebumian. Batu nisan terbaharu bertarikh 2011, iaitu kubur milik David Mordechai yang merupakan bekas pengurus E and O Hotel dan etnik Yahudi terakhir di pulau mutiara itu.
Sekaligus, masyarakat Yahudi Pulau Pinang yang asal telah tidak wujud lagi selepas kematiannya.
Pemerhatian team Remaja mendapati, persekitaran tanah perkuburan ini bersih dan dijaga rapi oleh penjaga yang bertanggungjawab untuk menjaga kawasan itu.
Sekadar informasi, komuniti Yahudi Malaysia telah ditubuhkan pada abad ke-19, apabila Yahudi Sephardic dari Baghdad menjejakkan kaki di Pulau Pinang bagi meneroka peluang perdagangan dan menubuhkan perniagaan.
Banci umum peneroka Yahudi di Pulau Pinang pada tahun 1881 sehingga 1942 menunjukkan bahawa 172 orang Yahudi tinggal di sini pada tahun 1899.
Menjelang 1963, hanya 20 keluarga Yahudi Pulau Pinang kekal di negara ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Jewish Cemetry, Georgetown, Pulau Pinang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ahli perniagaan, Engku Emran Engku Zainal Abidin menitipkan ucapan penuh rasa syukur dan bangga buat anak perempuannya bersama pelakon terkenal Erra Fazira, iaitu Engku Aleesya, selepas memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Emran menyifatkan detik itu sebagai hari paling indah dalam hidupnya.
“This is an appreciation post for my only child and daughter Aleesya.
“Terima kasih kerana membuat hati ayah dipenuhi dengan rasa bangga dan gembira yang luar biasa.
“Selama 11 tahun dalam tempoh persekolahan Aleesya, ayah telah menumpukan sebahagian besar daripada hidup ayah untuk memastikan kamu berjaya dalam pelajaran,” katanya.
Emran turut mengimbas pengorbanan yang dilakukan sepanjang membesarkan Aleesya, termasuk menemani setiap aktiviti sekolah dan memastikan pendidikan anak gadisnya berada pada tahap terbaik.
“Ayah tidak pernah terlepas satu pun acara sekolah yang kamu sertai, ayah hadir pada setiap sesi pertemuan ibu bapa dan guru, bersorak untuk setiap larian yang kamu jalani, semuanya atas dasar kasih sayang dan tanggungjawab sebagai seorang ayah.
“Malam-malam panjang yang kita habiskan bersama mengulang kaji untuk peperiksaan, berjam-jam kita tersekat dalam kesesakan lalu lintas pergi dan balik dari kelas tambahan, ya semuanya juga atas dasar kasih sayang dan tanggungjawab seorang ayah,” ujarnya.
Lebih menyentuh hati, Emran meluahkan rasa syukur apabila semua usaha itu berbaloi selepas Aleesya berjaya memperoleh 7A dalam peperiksaan.
“Hari ini kamu telah membuktikan bahawa segala pengorbanan itu tidak sia-sia. Terima kasih Aleesya, terima kasih kerana menjadikan hari ini dengan mudah sebagai hari paling indah dalam hidup ayah.
“Apabila suatu hari nanti kamu mempunyai anak sendiri, ayah berharap kamu juga akan membuat pengorbanan yang sama untuk mereka seperti yang ayah lakukan untuk kamu dalam pendidikan.
“Tahniah atas 7A anak ayah! Alhamdulillah. Kekal rendah diri, kekal berpijak di bumi nyata,” tambahnya lagi.
Dalam hantaran itu, beliau turut memuat naik foto dirinya bersama Aleesya serta slip keputusan peperiksaan anaknya.
Untuk rekod, Engku Emran mendirikan rumah tangga dengan Erra Fazira pada 25 Oktober 2007sebelum berpisah pada 18 Februari 2014. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Engku Aleesya.
Selepas itu, Emran pernah berkahwin dengan pelakon popular Indonesia Laudya Cynthia Bella pada tahun 2017 namun bercerai pada 2020.
Beliau kemudian mendirikan rumah tangga dengan Noor Nabila, kakak kepada selebriti terkenal Neelofa pada Februari 2021, sebelum disahkan berpisah pada September tahun lalu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Daiyan Trisha berkongsi beberapa foto sudut interior di rumahnya yang telah siap dihias indah. Antaranya di ruang pintu masuk rumah (foyer), ruang makan, ruang tamu, dapur, bilik baju (wardrobe), bilik tidur dan sebagainya.
Pemilihan warna lembut dengan tema ‘earth colour’ jelas melatari konsep kediaman. Cukup cosy, tenang dan mendamaikan! Pemilihan rekaan perabot, aksesori dan perhiasan rumah pula cukup moden dan simple namun penuh berseni, berada dalam kelas yang tersendiri.
“Buat Apa Yang Kita Suka & Buat Baik Dengan Manusia, InshaAllah Rezeki Akan Sentiasa Ada”- Daiyan Trisha
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Daiyan Trisha yang peroleh perhatian ramai.
Tahniah Daiyan, pada usia muda telah berjaya memiliki rumah impian yang cantik dekorasi hiasan dalamannya. Semoga menjadi inspirasi buat anak muda yang lain, supaya terus bekerja keras dalam menggapai impian untuk memiliki rumah idaman.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seleps hampir setahun berkecimpung dalam dunia perniagaan, Scha Alyahya berkongsi cabaran sebenar bagi membangunkan jenama fesyen, ayaaya dari bawah menggunakan dana peribadinya.