Berbaki lagi dua hari berkuatkuasa 1 Januari 2020, Penguatkuasaan Penuh Ke Atas Larangan Merokok Di Tempat Makan akan dilaksanakan.
Sehubungan itu dalam memastikan masyarakat faham akan larangan di semua kedai makan ini, poster dan tanda larangan merokok sudah lama diwar-warkan dalam mendidik masyarakat akan bahaya merokok ini.
Hari ini pihak Kementerian Kesihatan menerusi Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisyam bin Abdullah telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar berhubung penguatkuasaan ini.
Dalam kenyataannya, Datuk Dr Noor Hisham berkata, bagi perokok yang didapati tertangkap dan bersalah, denda kali pertama RM250 yang dikenakan akan dikurangkan kepada RM150 jika itu kesalahan pertama dan dibayar kurang sebulan dari tarikh didenda. Dan kemudian jika tertangkap kali kedua, ketiga dan seterusnya, denda maksimum akan dikenakan.
Tapi apa yang lebih menarik, tuan punya premis yang juga boleh didenda jika masih berdegil dan tuan punya premis dinasihatkan agar tidak menyediakan bekas abu rokok, perkhidmatan menjual shisha serta lain-lain kemudahan merokok.
Baca kenyataan penuh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia mengenai isu ini.
Ads
Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mewartakan tempat makan di seluruh negara sebagai kawasan larangan merokok berkuatkuasa mulai 1 Januari 2019 dengan penguatkuasaan pendidikan selama dua belas (12) bulan dan diikuti dengan penguatkuasaan penuh bermula 1 Januari 2020. Ini merupakan perluasan pewartaan di tempat makan di bawah Peraturan 11(1)(d) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pindaan 2018, berkuatkuasa mulai 1 Januari 2019.
Bagi tujuan penguatkuasaan penuh bermula 1 Januari 2020, mereka yang didapati merokok di kawasan larangan termasuk di semua tempat makan akan dikenakan kompaun sebanyak RM250. Mereka yang melakukan kesalahan pertama boleh dikurangkan kompaun kepada RM150 jika pembayaran dijelaskan di mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah dalam tempoh SATU BULAN daripada tarikh izin kompaun diterima.
Bagi kesalahan kedua, tiada pengurangan kompaun diberikan dan bayaran penuh kompaun sebanyak RM250 akan dikenakan. Kompaun lebih tinggi iaitu sebanyak RM350 akan dikenakan bagi mereka yang melakukan kesalahan kali ketiga dan seterusnya.
Tuan Punya Premis juga hendaklah memastikan tanda larangan merokok yang mencukupi serta jelas dipamerkan di bahagian yang mudah dilihat di tempat makan. Bagi tujuan penguatkuasaan penuh bermula 1 Januari 2020, Tuan Punya Premis boleh dikenakan kompaun sebanyak RM250 bagi kesalahan pertama dan kedua manakala bagi kesalahan kali ketiga dan seterusnya, kompaun yang lebih tinggi iaitu sebanyak RM350 akan dikenakan.
Sehubungan dengan itu, kerjasama dan sokongan daripada semua pihak terutama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan adalah amat diperlukan bagi memastikan pelaksanaan penguatkuasaan PPKHT 2004 sepenuhnya bermula pada 1 Januari 2020 berjalan lancar demi kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia.
Ads
Bagi golongan perokok yang berhasrat untuk berhenti merokok, mereka dialu-alukan untuk mendapatkan khidmat nasihat di semua perkhidmatan berhenti merokok mQuit yang telah disediakan di semua klinik kesihatan dan hospital kerajaan di seluruh negara atau di mana-mana fasiliti perkhidmatan berhenti merokok mQuit swasta yang telah diberikan akreditasi.
Mereka juga boleh mendapatkan maklumat serta berdaftar melalui laman sesawang http://jomquit.moh.gov.my atau menghubungi talian 03-8883 4400 untuk maklumat lanjut. Semoga langkah-langkah yang telah diambil dapat membantu melahirkan generasi yang lebih sihat dan bebas dari sebarang bentuk amalan merokok.
“KE ARAH GENERASI BEBAS DARIPADA SEBARANG BENTUK AMALAN MEROKOK”
Sumber : Fb Kementerian Kesihatan Malaysia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tular di platform TikTok, memaparkan seorang gadis menangis di dalam kereta kerana dihina oleh seorang individu yang dipercayai merupakan kekasih baharu bekas teman lelakinya.
Menerusi video pendek tersebut, gadis berkenaan berkongsi mesej suara individu itu yang menghina wajahnya dengan menyamakan tidak saling tumpah seperti ‘jalan tar’ kerana berlubang.
“Carilah skin care ke, kalau tidak boleh kau pakai sahaja produk merkuri bagi licin sedikit muka itu. Tak ada lah macam jalan tar.
“Aku tengok teruk sangat tu, berlubang pula. Ibarat macam jalan tar rosak, berlubang-lubang,” sindir individu itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berasa geram dengan kata-kata sindiran wanita terbabit.
Selain itu, ada juga menitipkan kata-kata semangat buat gadis itu dan memintanya agar tidak menghiraukan hinaan daripada wanita terbabit.
“I feel you, especially as acne fighter juga,” komen seorang pengguna.
“You more beautiful then her word babe… kamu sudah cukup sempurna… kamu memang strong melalui segala dugaan babe! Kata-kata ini kira cerita belakang sahaja… teruskan maju demi masa hadapan. You can do it!” tulis seorang lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dalam menyambut bulan kemerdekaan ini, seorang wanita daripada Ipoh, telah mencuri perhatian ramai dengan semangat patriotismenya.
G Rajspari, atau lebih dikenali sebagai Ratha, telah menghias seluruh kediamannya dan kereta Proton Kembara miliknya dengan bendera Jalur Gemilang.
Menerusi laporan media tempatan, idea wanita yang kini berusia 62 tahun ini untuk menghias rumahnya dengan jalur gemilang mula timbul kira-kira empat tahun lalu semasa pandemik.
“Pada masa itu, kami tidak dibenarkan keluar dan untuk mengisi masa lapang, saya fikir adalah baik untuk menghias rumah dengan bendera negara kita,” jelas Ratha.
Tidak hanya di rumah, Ratha juga menghias Proton Kembara miliknya dengan bendera Jalur Gemilang. Semasa memandu di sekitar Ipoh, Ratha sering menerima kata-kata semangat dan lambaian daripada orang ramai.
Sehubungan itu, sokongan yang diterimanya itu secara tidak langsung telah membuatkan Ratha berasa sangat terharu dan dihargai.
kredit: Bernama
“Apa yang paling menggembirakan saya adalah melihat sokongan dan penghormatan yang diberikan apabila mereka melihat kereta saya. Ada yang melambai, ada juga yang menunjukkan tanda penghormatan,” kata ibu kepada tiga anak ini.
Walaupun perlu mengeluarkan wang untuk menggantikan bendera yang mungkin telah pudar, semangat patriotisme Ratha tetap kukuh.
Justeru, dia berharap tindakannya itu dapat memberi inspirasi bukan hanya kepada anak-anaknya tetapi juga kepada generasi muda untuk sentiasa menghargai asal usul dan mencintai negara.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebut saja ais krim, jangan kata kanak-kanak, orang dewasa pun kecur air liur bila terbayangkan keenakannya. Lagi-lagi bila musim panas, rasanya tak ada siapa yang menolak jika ada yang offer nak belanja makan ais krim kan?
Sudah tentu korang ada favorite ais krim yang memang dari dulu jadi pilihan. Bagi kami ais krim paddle pop pelangi tu memang legend. Tiap kali mak bawa pergi kedai, confirm ais krim tu yang jadi rebutan.
Tapi kalau kita tengok sekarang, dah macam-macam jenis ais krim yang ada di pasaran. Semuanya nampak sedap. Macam mana la nak tahan nafsu kan?
Terbaru, ais krim unicornetto telah pun berada di pasaran Malaysia dan kami jamin kalau korang tengok pun rasa sayang nak makan sebab comel sangat. Hiks!
Uncornetto pada mulanya menjadi kegilaan di Thailand sehingga mencuri tumpuan masyarakat di UK dan kini, rakyat Malaysia sendiri boleh menikmatinya tanpa batasan.
Gabungan Cornetto Rainbow Pop, Classic Vanilla, Classic Chocolate dan Royal Chocoluv menjadikan ais krim ini cukup istimewa, dilengkapi dengan packaging ungu cahaya hologram yang sangat cute. Ia juga mempunyai ilustrasi hak unicorn di sebalik perkataan yang berkilauan!
Tak perlulah lagi kami nak terangkan keunikan ais krim ini, korang beli dan rasalah sendiri. Baru puas hati..
Kredit foto: Instagram
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!