Bukan Perempuan Je, Lelaki Pun Boleh Buat Rawatan Waxing. Ini Yang Perlu Korang Tahu

Share

Kalau ditanya pada perempuan apa itu waxing, rata-rata daripada mereka pasti tahu, tapi tidak semua berani untuk melakukannya kerana menganggap waxing ini adalah sesuatu yang sakit.

Sebenarnya, waxing ini bukan hanya boleh dilakukan oleh perempuan saja, lelaki pun boleh buat. Tidak ada yang membezakan antara perempuan dan lelaki kerana setiap bahagian perempuan yang boleh di waxing, lelaki juga sama.

Tak caya? Tengok video ni

Kenapa pilih waxing?

Salah satu kelebihan waxing berbanding mencukur adalah ia menanggalkan rerambut daripada akar dan jangka masa untuk tumbuh semula adalah lebih lambat, iaitu lebih kurang tiga minggu atau bergantung kepada kadar pertumbuhan rambut setiap individu.

Jenis-jenis wax

1. Soft wax

Wax jenis ini sesuai untuk bahagian badan yang lebih luas, contohnya seperti lengan, kaki dan dada (lelaki).

2. Hard wax

Sesuai untuk bahagian badan yang struktur kulitnya lebih lembut, contohnya muka, bawah lengan dan bahagian peribadi.

3 syarat sebelum waxing

1. Rambut mesti lebih kurang 4 mm hingga 6 mm panjang

2. Jangan cukur rambut sebelum wax

3. Penggunaan pelembap akan mengurangkan kekeringan kulit dan menjadikan kulit lebih bersedia untuk di waxing.

Brazilian waxing

Selain daripada tubuh badan, korang juga boleh cuba rasai sendiri pengalaman Brazilian waxing dimana ia menanggalkan rerambut di bahagian kemaluan. Ramai yang takut nak mencuba kerana bimbang tentang kebersihan dan kesan selepas melakukan waxing.

Korang tak perlu risau kerana jika rawatan ini dilakukan di tempat yang betul dan bersih, kebarangkalian untuk berlaku jangkitan adalah sangat rendah.

Berita baik buat 100 pembaca bertuah REMAJA kerana kami ingin berikan voucher RM 50 untuk korang rasai sendiri pengalaman waxing di mana-mana cawangan STRIP Malaysia.

Rasai pengalaman waxing Bersama Strip Malaysia

STRIP ditubuhkan pada 2002 dan menjadi pelopor dalam bidang waxing concept store. Sejak itu, STRIP telah berkembang pesat dengan cawangan-cawangan di London, New York, Shanghai, Beijing, Hong Kong, Bangkok, Manila dan Jakarta; selain Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Untuk mendapatkan pengalaman waxing terbaik, kamu boleh pilih mana-mana cawangan daripada lapan kedai STRIP Malaysia, antaranya adalah cawangan terbaru di Bangsar Village. STRIP merupakan pakar rawatan penyingkiran rambut yang menyediakan perkhidmatan waxing untuk lelaki dan perempuan.

Persekitran yang cosy dan bersih membuatkan pelanggan akan rasa sangat selesa ketika menjalani rawatan disini. Harga yang ditawarkan juga berpatutan dan rasanya tak salah sesekali jika korang nak memanjakan diri.

Hanya perlu jawab dua soalan mudah ini dan isikan slogan di bawah:

1. Dimanakah cawangan terbaru STRIP Malaysia?

2. Nyatakan jenis-jenis wax yang digunakan di STRIP Malaysia.

Saya ingin merasai pengalaman waxing di STRIP Malaysia kerana…………………………….. (tidak melebihi 15 patah perkataan).

Syarat & peraturan

Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia. Kakitangan STRIP Malaysia, NuIdeaktiv Sdn Bhd dan keluarga terdekat tidak layak untuk menyertai peraduan ini. Penyertaan lewat, tidak lengkap dan tidak jelas tidak akan dilayan. Semua pemenang akan dimaklumkan melalui email. Emailkan jawapan di noorain_norman@ideaktiv.com atau DM kami di instagram @majalahremaja serta butiran diri (Nama Penuh/Kad Pengenalan/Alamat/ No Telefon/Akaun Facebook atau Instagram).

 

IKLAN