“Bukan Mengada Tapi..” Ini Sebab Sebenar Scha Alyahya Potong Rambut Di NYC

Share

 

Tak dapat disangkal lagi, Dewi Remaja 2005/06, Scha Alyahya merupakan salah seorang selebriti yang boleh menggayakan apa juga pakaian, solekan dan gaya rambut.

 

Buatlah macam mana pun, sarungkanlah apa juga pakaian. Pastinya Scha boleh pull off!

Pada tahun lalu, Scha pernah mendapat kritikan nakal netizen yang menggelar gaya rambutnya sebagai ‘potongan kubis’.

ARTIKEL BERKAITAN: Sampai Bila Nak Body Shaming? Scha Buka Mulut Isu ‘Rambut Kubis’

Pada bulan lalu sewaktu menghadiri minggu fesyen New York Spring/Summer 2020, Scha mengejutkan ramai peminatnya apabila memotong rambutnya yang sudah ‘dibela’ panjang untuk menjadi potongan sleek lob

(long bob).

Seperti biasa, Scha kelihatan chic dan elegan dengan gaya rambut pendek. Cuma penulis tertanya-tanya, mengapa Scha ingin potong di New York dan bukan di Kuala Lumpur saja?

“Sebenarnya sebelum ke New York, Scha dah cakap kepada Awal (Ashaari) yang Scha ingin potong rambut, tapi Awal nasihatkan tak perlu.

“Bila berada di sana untuk 2 minggu, dia cakap ‘Potonglah rambut’ pula..

I was like, huh, boleh potong rambut? Betul ke? Jadi selepas mendapat persetujuan Awal, Scha pun terus ke salun di sana. Kalau dah setuju lebih Awal, boleh je potong di KL. Bukan Scha saja-saja nak potong di sana,” katanya yang mengakui tak sabar menantikan musim terbaru pencarian Dewi Remaja 2019.

Sambungnya lagi mengenai pengalaman di sana, Scha sendiri mendandan yang menyiapkan solekan ketika di New York. Hanya selepas ‘terbang’ ke Milan, Scha dibantu oleh jurusolek dan jurudandan tempatan.

*

“Pereka fesyen di sana akan mengadakan pertunjukan fesyen masing-masing di lokasi berbeza. Itu berbeza dengan situasi KLFW di sini yang selalu diadakan di satu lokasi tetap.

“Ia menjadikan suasana di sana amat sibuk dan chaotic. Semua tetamu, kru, model dan sebagainya akan ke hulu-hilir untuk bergegas ke lokasi seterusnya,” imbasnya.

Di sana, Scha berpeluang untuk menyaksikan shows oleh pereka fesyen terkenal seperti Michael Kors, Tory Burch, Bvlgari dan Fendi. Katanya, dia merasa overwhelmed dan kadangkala ‘seriau’ atau takut kerana dirinya dikelilingan oleh warga fesyen terkenal dunia seperti Olivia Palermo dan Anna Wintour.

Namun itulah yang menjadikan pengalaman di sana sesuatu yang istimewa. Bukan senang nak berjumpa dengan nama-nama besar itu.

“Scha kagum dengan mereka. Bila dapat tengok sendiri betapa yakinnya mereka di hadapan crowd yang mengharapkan sebuah koleksi fesyen hebat, Scha belajar daripada mereka untuk menjadi kreatif dan tak malu.”

*

Seronok penulis lihat Scha bila berada di New York dan Milan, such an amazing fashion darling! Nak tahu sama ada dia akan terlibat dalam pencarian Dewi Remaja 2019?

Sama-sama kita nantikan 15 Oktober ini, live di Facebook dan Instagram Majalah Remaja okay!

 

IKLAN