Tak dapat disangkal lagi, Dewi Remaja 2005/06, Scha Alyahya merupakan salah seorang selebriti yang boleh menggayakan apa juga pakaian, solekan dan gaya rambut.
Buatlah macam mana pun, sarungkanlah apa juga pakaian. Pastinya Scha boleh pull off!
Pada tahun lalu, Scha pernah mendapat kritikan nakal netizen yang menggelar gaya rambutnya sebagai ‘potongan kubis’.
Pada bulan lalu sewaktu menghadiri minggu fesyen New York Spring/Summer 2020, Scha mengejutkan ramai peminatnya apabila memotong rambutnya yang sudah ‘dibela’ panjang untuk menjadi potongan sleek lob (long bob).
Seperti biasa, Scha kelihatan chic dan elegan dengan gaya rambut pendek. Cuma penulis tertanya-tanya, mengapa Scha ingin potong di New York dan bukan di Kuala Lumpur saja?
“Sebenarnya sebelum ke New York, Scha dah cakap kepada Awal (Ashaari) yang Scha ingin potong rambut, tapi Awal nasihatkan tak perlu.
“Bila berada di sana untuk 2 minggu, dia cakap ‘Potonglah rambut’ pula..
“I was like, huh, boleh potong rambut? Betul ke? Jadi selepas mendapat persetujuan Awal, Scha pun terus ke salun di sana. Kalau dah setuju lebih Awal, boleh je potong di KL. Bukan Scha saja-saja nak potong di sana,” katanya yang mengakui tak sabar menantikan musim terbaru pencarian Dewi Remaja 2019.
Sambungnya lagi mengenai pengalaman di sana, Scha sendiri mendandan yang menyiapkan solekan ketika di New York. Hanya selepas ‘terbang’ ke Milan, Scha dibantu oleh jurusolek dan jurudandan tempatan.
Ads
*
“Pereka fesyen di sana akan mengadakan pertunjukan fesyen masing-masing di lokasi berbeza. Itu berbeza dengan situasi KLFW di sini yang selalu diadakan di satu lokasi tetap.
“Ia menjadikan suasana di sana amat sibuk dan chaotic. Semua tetamu, kru, model dan sebagainya akan ke hulu-hilir untuk bergegas ke lokasi seterusnya,” imbasnya.
Di sana, Scha berpeluang untuk menyaksikan shows oleh pereka fesyen terkenal seperti Michael Kors, Tory Burch, Bvlgari dan Fendi. Katanya, dia merasa overwhelmed dan kadangkala ‘seriau’ atau takut kerana dirinya dikelilingan oleh warga fesyen terkenal dunia seperti Olivia Palermo dan Anna Wintour.
Namun itulah yang menjadikan pengalaman di sana sesuatu yang istimewa. Bukan senang nak berjumpa dengan nama-nama besar itu.
“Scha kagum dengan mereka. Bila dapat tengok sendiri betapa yakinnya mereka di hadapan crowd yang mengharapkan sebuah koleksi fesyen hebat, Scha belajar daripada mereka untuk menjadi kreatif dan tak malu.”
*
Seronok penulis lihat Scha bila berada di New York dan Milan, such an amazing fashion darling! Nak tahu sama ada dia akan terlibat dalam pencarian Dewi Remaja 2019?
Sama-sama kita nantikan 15 Oktober ini, live di Facebook dan Instagram Majalah Remaja okay!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sekian lama menanti debaran siapakah yang akan dinobatkan sebagai Dewi Remaja 2019 setelah berlagu kontroversi dewi terdahulu, ternyata title ini akhirnya menjadi milik Shaza Bae.
Tatkala diri dinobatkan sebagai Dewi Remaja 2019. Ramai yang sudah dapat meneka akan kemenangannya dengan ‘aura’ yang dimiliki. Tidak hanya bersandar pada rupa paras semata, mempunyai pakej yang lengkap ternyata Syaza Bae sememangnya layak dimahkotakan sebagai Dewi Remaja 2019.
Terbaru, Dewi Remaja 2019 iaitu Shaza Bae atau nama sebenarnya Shaza Nuriman Mohamad Zamri ada memuat naik satu posting dilaman instagramnya tentang ucapan dan nasihat Haneesya Hanee buat dirinya.
Remaja sempat menghubungi Shaza Bae dan bertanya komennya berkenaan hal ini. Menurut Shaza dia tidak pernah berpeluang untuk berjumpa dan bercakap dengan Haneesya sebelum ini tapi pagi ni dia rasa terkejut bila buka dm di instagram dan dapat pesanan daripada Haneesya Hani.
Selepas dinobat sebagai Dewi Remaja 2023, rezeki pemilik nama Nurel Baharin semakin mencurah dengan pelbagai tawaran yang diterima dalam industri seni tanah air.
Terbaharu, anak jati bumi Kenyalang ini dipilih sebagai pengacara terbaharu rancangan hiburan terkenal, Hlive! yang bersiaran di Astro Ria.
Berkata kepada Remaja, Nurel menzahirkan kegembiraan diatas pemilihan tersebut sementelah berjaya mencuba nasib menghadiri sesi uji bakat bagi program terbaharu mereka.
“Saya sangat gembira sangat kerana ramai senior Dewi Remaja pun ada berkerja dengan Hlive dan daripada platform ini saya boleh cari pengalaman serta belajar dunia pengacaraan.
“Sebelum menjadi hos Hlive, saya ada pegi beberapa casting untuk program rancangan baru mereka. Jadi, selepas itu rezeki saya di pilih sebagai hos Hlive,” katanya.
Bertanya pula mengenai momen pada hari pertama sebagai hos, Nurel berkongsi team Hlive tidak lokek ilmu dalam memberi tunjuk ajar mereka kepadanya.
“Saya sebelum ke set akan bertanya kepada bos, penerbit atau mana-mana hos yang sudah lama berkerja dengan Hlive untuk meminta pendapat mahupun ilmu yang boleh di dikongsikan bersama saya.
“Ya Allah, sejujurnya banyak juga tersasul. Selepas beberapa take, baru okey. Cuma, masih ada perasaan gementar sebab saya perlu ingat point dan susun ayat agar betul.
“Bagaimanapun, secara keseluruhan saya suka sangat sebab banyak yang membantu, Alhamdulillah,” tuturnya lagi.
Sekadar info, Shaza Bae, Nina Amin, Ash Azhan dan Fazziq Muqris antara keluaran Hero dan Dewi Remaja yang pernah menyandang sebagai pengacara menerusi rancangan Hlive!
Terdahulu, pencarian Hero Dewi Remaja 2023 telah menyaksikan Nurel diangkat sebagai juara untuk program tersebut.
All the best to you Nurel!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagramdan TikTokrasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Setelah dua tahun berehat daripada radar, akhirnya pencarian Dewi Remaja kembali bagi edisi 2025 untuk bagi melihat perkembangan 12 orang finalisnya daripada individu biasa menjadi figura berkarisma.
Begitulah kekuatan sebenar yang ada pada platform seperti Dewi Remaja yang telah berjaya melahirkan ramai nama-nama prolifik baik dalam industri seni hiburan tanah air mahupun dalam aliran masing-masing yang mereka ceburi.
Istimewa pada tahun ini, Dewi Remaja 2025 berjalan seiring dengan ulang tahun ke-40 pencarian sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1985. Tentunya perjalanan dan cabaran yang dihadapi oleh oleh kesemua finalis akan berkali ganda bertambah mendebarkan dan mengujakan peminat mereka yang ingin melihat aksi dan potensi yang mereka miliki.
Pada episod debut minggu ini, dua belas finalis telah disatukan buat pertama kalinya di The Agam, Kuala Lumpur di mana tiada seorang pun daripada mereka yang boleh mengagak siapakah pesaing mereka pada musim ini. Satu-persatu mereka melangkah masuk ke dalam kamar berprestij dengan membawa personaliti dan keunikan peribadi.
Kalau korang masih ingat, wajah kesemua finalis lebih ke arah teruja bagi melihat siapakah rakan seperjuangan mereka yang bakal sama-sama memahat nama selepas ini. Tidak timbul rasa ingin bersikap terlalu kompetitif dan tidak wujud juga perbandingan sesama finalis kerana kesemuanya tampil dengan pakej berbeza.
Belum sempat menarik nafas lega selepas 12 finalis disatukan di dalam ruang yang sama, mereka dikejutkan dengan task pertama mereka oleh, none other than, abang tentera!
Dewi Mampu Atau Tidak?
Dengan menaiki kenderaan trak tentera, mereka dibawa ke Terachi, Negeri Sembilan untuk terlibat dalam aktiviti fizikal berkumpulan pertama. Dibahagikan kepada empat kumpulan dengan tiga orang ahli, mereka terpaksa bergelut di dalam kawasan berlumpur sebagai ice breaker sempurna di antara finalis.
Menambah keterujaan penonton lagi apabila dewi-dewi dikejutkan dengan kemunculan empat orang alumni program Maskulin Who’s Your Bro? iaitu Ikmal Amry, Hakimi Noordin, Saddam Pittli dan Syafiq Farhan. Mereka menjadi pengendali bagi dewi-dewi yang perlu menempuhi obstacles dalam keadaan berlumpur yang mencabar.
Akhirnya, kumpulan terhandal jatuh kepada (finalis dan alumni WYB) setelah mereka berhempas-pulas memberikan sepenuh kudrat mereka untuk menjadi yang terpantas.
Dewi Remaja 1987/88, Aleeza Kassim Buat Kemunculan
Fun fact! Kesemua aktiviti yang berlangsung dalam episod pertama Dewi Remaja 2025 ini telah dirakamkan pada hari yang sama!
Selewat jam 1 pagi sehingga 4 pagi, 12 orang finalis mempersiapkan diri mereka untuk mengharungi cabaran utama minggu ini iaitu cabaran photoshoot dalam persalinan avant garde daripada pereka fesyen tempatan seperti Masyadi Mansoor dan graduan jurusan fesyen UiTM. Dan siapa lagi yang lebih layak untuk mengadili mereka melainkan supermodel dan juara Dewi Remaja 1987/88, Aleeza Kassim!
Interesting to note, 12 orang finalis kali ini tidak mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang peragaan baik di hadapan kamera mahupun di pentas peragaan. Finalis seperti Dheper Teh, Nylea, Ellysa Ramlee dan Ariana menggunakan kelebihan fizikal dan latar belakang mereka untuk melakukan yang terbaik bagi cabaran ini.
Finalis lain seperti Nelysa, Elisa Chew, Sharmaine Alexander, Suhaila, Fittri dan Teya pula cuba untuk mengatasi rasa gentar memandangkan ini merupakan kali pertama mereka beraksi di hadapan kamera sebagai seorang model. Manakala, Cammelia dan Marisa pula terpaksa bergelut dengan persalinan avant garde yang disarungkan. Jika tidak kena dengan gaya, pastinya foto mereka tidak akan digemari oleh para juri.
Apa Kata Juri? Siapakah Dewi Pertama Yang Tersingkir?
Speaking of the judges, Dewi Remaja 2025 diadili oleh dua orang juri tetap iaitu pelakon berkaliber, Nabila Huda dan pelakon versatil serta juara Hero Remaja 2007/08, Kamal Adli. Manakala Aleeza Kassim menjadi juri jemputan kali ini di samping Shaza Bae yang turut memberikan pandangannya sebagai Dewi Sister.
ARIANA
Nabila: “Saya tahu dia ingin wujudkan karakter pada wajah dan body language. Tapi ada foto yang kelihatan seperti poster slot Megadrama.”
Aleeza: “Muka dia walaupun ada sisi sweet, tapi sesuai untuk jadi model. Dia juga beruntung kerana mendapat rekaan baju yang lebih mudah.”
CAMMELIA
Aleeza Kassim: “Saya tahu bajunya susah untuk dipakai. Tapi bila kita menjadi seorang model, kena selalu menjaga appearance baju itu.”
Nabila: “Kita terpaksa pilih foto yang ‘belanja’ wajahnya kerana ia kelihatan lebih effortless. Nampak lebih yakin.”
DHEPER TEH
Shaza: “Dia merupakan salah seorang yang mempunyai pengalaman photoshoot kerana pernah menyertai beberapa pertandingan ratu cantik sebelum ini.”
Kamal: Dalam gambar dia nampak tinggi walaupun di luar set, dia sebenarnya tidaklah terlalu tinggi.”
ELISA CHEW
Aleeza: “Saya rasa dia tahu sahaja untuk mempelbagaikan posing walaupun mendapat hanya 8 frames. Cuma bahagian ekspresi muka masih lemah dan perlu diperbaiki.”
ELLYSA RAMLEE
Aleeza: “Walaupun baju berkonsep labu tetapi she made it work. Cuma perlu belajar untuk mencuri masa. Jangan ubah posing sebelum jurufoto sempat merakamkan gambar. Sayang bila foto yang sepatutnya kelihatan cantik gagal dirakam.”
FITTRI
Kamal: “Bagi saya, dia makan gambar. Photogenic.”
Nabila: “Bila centre, muka dia sharp. But from some angles tak berapa nak strong.”
MARISA
Aleeza: “I know everyone will think this outfit does not suit her. Saya cuba untuk mendapatkannya untuk melakukan posing berbeza tapi semuanya kelihatan sama.
Nabila: “But I like her face. Super sharp.”
NELYSA KAY
Aleeza: “Di set dia sangat-sangat fierce tetapi in real life, Nelysa seorang yang pemalu. Good job. Tidak salah untuk menjadi seorang introvert tetapi bila kita bekerja, kena ubah watak tersebut.”
NYLEA
Nabila Huda: “Saya suka pose ballerina yang dia lakukan untuk elongate tubuh kecilnya. Tapi bila kita close up pada wajahnya, kelihatan sedikit cutesy.”
SHARMAINE
Nabila: “Daripada reaksi wajahnya, saya tahu Sharmaine tidak merasa selesa. Kalau saya dapat baju korset ini pun, saya tidak pasti dapat pull it off atau tidak.”
Aleeza: “She is small dan bila dapat baju sebegini, this will be tough for her. Tapi saya suka bila dia cuba sorokkan semua masalah itu dengan menampakkan karakter pada wajah.”
SUHAILA
Aleeza: “Saya nampak dia seorang yang confident. Walaupun berbanding dengan dewi lain bajunya kelihatan biasa; saya tengok seperti salah seorang ahli De Fam semasa di pentas, tetapi dia cuba juga menjadikannya nampak mahal.”
TEYA
Nabila: “Saya nampak dia boleh carry baju ini walaupun sukar.”
Shaza: “Pemilihan cara posing pun agak bold. Seorang dewi yang berani.”
Apa pendapat korang? Dewi manakah yang berjaya capture hati korang dengan gaya mereka di hadapan kamera?
Pada pusingan penyingkiran pada episod pertama ini, barisan juri sebulat suara bersetuju untuk memberikan peluang kepada kesemua peserta untuk mara ke episod kedua. Ini memandangkan mereka baharu ingin membiasa diri dan memanaskan semangat untuk menjadi Dewi Remaja seterusnya.
Soalan Terkumpul Mingguan Bersama redONE Mobile
Teruskan bersama kami secara live di DEWI CONFESSION ROOM setiap hari Jumaat, mulai 10 Oktober pada 11.10 malam di platform Instagram dan TikTok REMAJA.
Penonton setia program pencarian Dewi Remaja 2025 berpeluang untuk menjadi salah seorang daripada:
SEORANG pemenang hadiah utama berupa telefon pintar 5G tajaan redONE & barangan eksklusif redONE.
Peserta yang menjawab secara lengkap soalan-soalan terkumpul dan melampirkan slogan yang menarik akan dipilih sebagai pemenang.
Soalan Episod Pertama
Teruskan menonton program Dewi Remaja 2025 dan menjawab soalan & slogan dari minggu pertama sehingga minggu keenam untuk menjadi pemenang terpilih kami.
Saksikan Dewi Remaja 2025 mulai 10 Oktober 2025, jam 10 malam hanya di Astro Ria dan Astro Go.
Ikuti juga Diari Dewi Remaja setiap Isnin (11.00 malam) dan Kapsul Dewi Remaja setiap Khamis (10.55 malam) untuk pengalaman penuh sepanjang musim.
Undian bagi kategori Dewi Favourite sudah dibuka mulai hari ini di www.remaja.my/dewi. Anda mempunyai 30 kredit undian setiap hari untuk mengundi mana-mana peserta kegemaran anda.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Khairul Aming Ramadan sekali lagi mencuri perhatian apabila sanggup merakam video 30 hari 30 resipi selama hampir 14 jam walaupun sibuk mengurus restoran Rembayung.