Bila sebut tentang fobia REMAJA pasti semua orang akan ada. Cuma yang membezakan ialah tahap fobia korang atau subjek yang menjadi mimpi ngeri ketakutan tersebut agak berbeza-beza.
Baru-baru ini, kerajaan melancarkan program vaksinasi terbesar negara bagi dilindungi daripada COVID-19. Suntikan ini diberikan secara percuma merupakan ‘pertahanan’ terakhir penduduk negara ini, baik rakyat tempatan mahupun warga asing.
Sumber Gambar : Artem Podrez from Pexels
Walaupun bagi orang yang normal ia sekadar jarum yang kecil tapi berbeza bagi segelintir orang, rasa takut tersebut telah pun menjadi fobia yang dikenali dengan istilah trypanophobia.
Menurut perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad, dalam istilah perubatan, ketakutan pada jarum dinamakan sebagai trypanophobia, iaitu ketakutan yang melampau terhadap prosedur perubatan yang menggunakan jarum. Ini termasuklah semua bentuk suntikan memasukkan ubat, pengambilan darah ataupun apa sahaja yang melibatkan penggunaan jarum.
Ads
Fobia ini melibatkan lebih kurang 10% orang ramai. Mereka ini akan mengelak dari jika disruh ke hospital dan lebih rela mati daripada membenarkan diri mereka dilakukan apa-apa prosedur yang melibatkan jarum. Ketakutan ini boleh menyebabkan kematian.
Tidak banyak catatan dalam jurnal perubatan mengenai ketakutan pada jarum ini. Hanya satu catatan komprehensif yang dijumpai iaitu: “Needle Phobia: A Neglected Diagnosis” oleh Dr James G. Hamilton, M.D. terbitan 1995 dalam The Journal of Family Practice. [Vol. 41, No.2, pp. 169-175]
Sumber Gambar : Pexels
Pesakit mungkin boleh pengsan apabila ditunjukkan jarum! Kelakar, bukan? Tidak, ia adalah keadaan ketakutan yang sebenar, bukannya dibuat-buat. Ia tidak harus dijadikan bahan ketawa
Pesakit yang mengalami ketakutan pada jarum harus dibezakan sama ada beliau betnar-benar takutkan jarum, atau beliau sebenarnya takut pada kesakitan prosedur yang melibatkan jarum seperti menyuntik ubat dan mengambil darah. Ketakutan yang benar-benar pada jarum inilah yang dikenali sebagai trypanophobia.
Punca fobia terhadap jarum
Menurut Dr. James G. Hamilton, pada zaman kehidupan manusia belum bertamadun, manusia takut terhadap gigitan binatang buas atau berbisa. Mereka membayangkan taring binatang buas yang tajam menggigit kulit tubuh. Kemudiannya ketakutan ini berevolusi kepada ketakutan pada kecederaan tikaman pisau dan pedang dan akhirnya berevolusi menjadi ketakutan pada jarum.
Ads
Ketakutan ini melibatkan baka keturunan (genetik). Jika ada di antara ahli keluarga yang takutkan jarum, ini bermakna ahli keluarga lain juga mempunyai kebarangkalian untuk takut pada jarum. Cuma mungkin ahli keluarga yang lain tidak mempunyai tahap ketakutan yang serius.
Terdapat beberapa cara bagi mengelak serta mencegah fobia yang melampau
Elakkan pemakanan yang menyebabkan gemuruh seperti kafien, kopi, coke dan lain-lain.
Mengamalkan cara pemikiran yang positif. Pemikiran positif adalah kebolehan seseorang individu itu melihat situasi persekitarannya dari sudut yang positif walaupun nampaknya negatif.
Sentiasa bersedia menghadapi keadaan yang mungkin akan mewujudkan rasa cemas. Cubalah menyedari dan berwaspada pada situasi serta orang-orang yang berpotensi menimbulkan saat kecemasan.
Teknik pernafasan yang teratur iaitu tarik nafas dalam-dalam, tahan, kawal nafas dan fokuskan fikiran pada proses menarik dan mengeluarkan nafas. Bayangkan bahawa seolah-olah sedang mengatasi rasa cemas dengan helaan nafas yang panjang.
Ketawa dan bersukan. Tiada yang membantah apabila dikatakan banyak ketawa itu menyihatkan. Dengan cara ini dapat mengelakkan emosi negatif. Bersukan dalam masa 20 ke 30 minit turut mampu menghilangkan rasa cemas.
Tidur yang cukup. Sekiranya kerap letih cuba tidur untuk dapatkan rehat.
Usir kebimbangan yang berlebihan, jika berasa cemas untuk bercakap dikhalayak ramai, cuba lakukan aktiviti-aktiviti bersama keluarga bagi mengembalikan ketenangan
Tuliskan dan coretkan rasa ketakutan diatas kertas. Cara ini dapat mengurangkan rasa emosi ketakutan yang berlebihan dan rasa sesak didada.
Sentiasa berdoa agar dijauhkan dari rasa gementar dan ketakutan yang boleh memudaratkan diri sendiri.
Raya, Raya juga pada hari Isnin. Namun bagaimana dengan ‘nasib’ hari cuti umum pada hari Rabu ini?
Susulan pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semalam bahawasanya Hari Raya Aidilfitri tahun ini jatuh pada Isnin, 2 Mei 2022, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan telah memaklumkan bahawa cuti kelepasan am Hari Pekerja yang pada awalnya dibawa ke hari ini akan secara automatik diganjakkan ke hari Rabu.
Ini bermakna masyarakat seluruh negara masih akan bercuti selama tiga hari berturut-turut. *lega sikit!*
Menurut beliau, ia selaras dengan peruntukan Seksyen 3, Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369], Holidays Ordinance (Sabah Cap. 56) dan Public Holidays Ordinance (Sarawak Cap. 8).
Bagaimanapun untuk masyarakat di Kedah, Terengganu, Kelantan dan Johor, cuti ganti Hari Pekerja ini tidak terpakai memandangkan Ahad lalu merupakan hari bekerja bagi negeri-negeri terbabit dan mereka telahpun menikmati kelepasan am.
Jelas Perdana Menteri lagi, pihak berkuasa negeri tetap boleh memutuskan untuk membuat sebarang pengumuman berkenaan soal cuti ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai yang tak kisah bila kucing datang bermanja dan menjilat tubuh kita. Rasa sayang yang tumpah ke atas makhluk ini membuatkan kita beranggapan, tiada apa yang berbahaya bila kucing menjilat dan sesekali mencakar tubuh kita hingga luka dan calar sedikit.
Sumber Gambar : Pexels.com
Seandainya korang antara yang pernah dicakar kucing atau kucing ada menjilat tubuh kita yang kebetulan ada luka di atasnya, sila tahu risiko dan bahaya yang dihadapi ini ya.
Menurut fb Amira Nadia Raup, bagi pencinta kucing, ini risiko perlu tahu andai kita terluka dicakar kucing terhadap kesihatan mata dan penglihatan. Ini perkongsian optometrist , Puan Amira Nadia Raup.
Sumber Gambar : Amira Nadia Raup
Kucing adalah pembawa sejenis bakteria yang dinamakan Bartonella henselae. Kajian menunjukkan 40% kucing pernah dijangkiti dengan bakteria ini.
Apabila kucing menjilat luka atau mencakar anda, air liur kucing yang dicemari dengan bakteria ini boleh masuk ke tubuh anda lalu menyebabkan sejenis penyakit yang dikenali sebagai Cat Scratch Fever.
Sumber Gambar : Amira Nadia Raup
Menurut beliau lagi, akibat cakaran kucing ini pesakit akan mengadu kabur penglihatan yang berlarutan dan semakin teruk walaupun sudah memakai cermin mata atau pada asalnya memang tidak rabun.
Dalam kes yang lebih serius (jarang berlaku), jangkitan ini boleh mengakibatkan jangkitan organ lain seperti mata, otak dan jantung. Kanak kanak dan golongan yang mempunyai imuniti tubuh yang rendah adalah golongan berisiko tinggi.Di US, setiap tahun 15 ribu individu di jangkiti dengan penyakit ini.
Sumber Gambar : Amira Nadia RaupSumber Gambar : Amira Nadia Raup
Jadi, kalau korang mempunyai sebarang luka , elakkan dari di jilat kucing. Jika dicakar kucing pastikan luka di basuh segera dengan air sabun. Paling penting dapatkan pemeriksaan segera jika luka melarat, takut nanti boleh akibatkan korang buta pula…huhu
Baru-baru ini, dua pelajar dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) telah mencipta kejayaan membanggakanapabila masing-masing menerima Anugerah Top Of The World dalam peperiksaan berprestij International General Certificate of Secondary Education (IGCSE).
Pelajar tersebut adalah Ahmad Soleh Muhaimi Saifuddin dari MRSM Kuantan berjaya memperoleh markah penuh dalam dua subjek iaitu Bahasa Inggeris dan Matematik IGCSE, manakala pelajar MRSM Kuala Kubu Bharu, Selangor, Muhammad Amiruz Zafeer Azlan Shah turut mencatat keputusan cemerlang dengan markah penuh bagi subjek Bahasa Inggeris IGCSE.
Menerusi perkongsian di akaun rasmi media sosial Majlis Amanah Rakyat (MARA), Ahmad Soleh dikenali sebagai seorang pelajar yang aktif dalam kepimpinan maktab serta memegang jawatan sebagai Exco Akademik dan Inovasi dalam Badan Wakil Pelajar (BWP).
Beliau turut mewakili MRSM Kuantan dalam beberapa program dan pertandingan termasuk Young Leader Apprentice (YALE) serta pelbagai acara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Moto hidupnya ‘Sentiasa dahagakan penjelajahan’ menjadi antara pendorong utama Ahmad Soleh dalam usaha mencapai cita-cita sebagai seorang jurutera bioperubatan yang berkhidmat dalam negara.
Sementara itu, Muhammad Amiruz Zafeer pula merupakan pelajar yang aktif dalam aktiviti kokurikulum dengan kejayaan menjuarai kejohanan bola tampar bawah 17 tahun serta penglibatan dalam pelbagai acara seperti National Science Challenge peringkat kebangsaan.
Kecemerlangan kedua-dua pelajar ini bukan sahaja mengharumkan nama MRSM masing-masing, malah mereka membuktikan keupayaan pelajar tempatan untuk bersaing secara setara di peringkat global.
Selain dari itu, kejayaan ini turut menjadi inspirasi kepada pelajar lain dan satu bukti jelas bahawa anak Malaysia mampu mencapai standard kecemerlangan dunia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi perkahwinan Taylor Swift dan Travis Kelce di Madison Square Garden mencetuskan perhatian dunia hiburan dengan majlis dua hari yang dikatakan sangat eksklusif dan mewah.