Itulah jumlah kes positif COVID-19 yang dicatatkan semalam pada hari terakhir sebelum arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikeluarkan; bermula hari ini.
Sememangnya, angka tersebut ibarat satu tamparan kepada Malaysia, secara amnya tentang bagaimana kita telah membiarkan situasi wabak di negara ini meningkat secara mendadak dalam tempoh 5 bulan yang lalu sehingga memaksa beberapa buah negeri untuk kembali diletakkan di bawah arahan PKP.
Bagaimanapun, usahlah kita menunding jari kepada mana-mana pihak. Jangan gigih mencari siapakah punca sebenar peningkatan itu. Apa yang penting adalah usaha kita sekarang untuk melandaikan situasi semasa.
Untuk pengetahuan, bukan Malaysia saja yang terpaksa memberi arahan duduk di rumah buat kali kedua. Beberap negara lain juga mengambil langkah yang sama demi menjaga keselamatan rakyat setelah ratusan ribu kes baharu dilaporkan pada awal minggu ini.
.
Amerika Syarikat
Sumber Foto: Getty Images.
Ads
Tidak habis-habis ya isu yang melanda negara Uncle Sam dari tahun lalu.
Setelah penyokong Donald Trump melakukan rusuhan di US Capitol bagi menghalang pengesahan pelantikan Joe Biden sebagai Presiden baharu Amerika Syarikat, minggu ini beliau mengistiharkan pula perintah darurat di Washington D.C menjelang acara pelantikan rasmi itu yang dijadualkan berlangsung pada 20 Januari ini.
Haih, tak nak lepaskan kuasa sungguh!
.
Lebanon
Pengumuman perintah sekatan dan kawalan pergerakan diambil di tiga buah kawasan setelah jumlah kes COVID-19 di Lebanon mencatatkan angka membimbangkan – sejak 7 Januari sehingga 1 Februari ini.
Ads
Bagaimanapun, ia dilihat masih belum mencukupi memandangkan jumlah katil di hospital juga semakin berkurangan. Lalu, bermula isnin lalu pula, Lebonan mengenakan sekatan lockdown di seluruh negara selama 11 hari berturut-turut.
.
China
Keadaan di Wuhan China. Sumber Foto: Getty Images.
Perintah lockdown baru saja diumumkan di Shijiazhuang, Langfang, Hebei dan Heilongjiang setelah banyak kes baharu COVID-19 dilaporkan secara drastik. Ia memberi kesan kepada 11 juta orang rakyat yang mendiami kota itu untuk beroperasi seperti biasa.
Seperti di Malaysia, rakyat tidak dibenarkan untuk merentas daerah di sana. Malah menjelang perayaan Tahun Baru Cina tahun ini, banyak wilayah yang mengumumkan sekatan perjumpaan beramai-ramai di kalangan ahli keluarga dan rakan-rakan.
Ads
.
Great Britain
Perdana Menteri Britain, Boris John mengumumkan negara itu kembali dalam keadaan lockdown untuk kali ketiga bermula minggu ini sehinggalah pertengahan Febuari nanti.
Ini selepas Britain menunjukkan angka kematian terburuk di seluruh dunia buat masa ini disebabkan jangkitan wabak. Sehingga kini, lebih 3 juta rakyatnya telah disahkan positif COVID-19 dan jumlah kematiannya mencecah 81,000.
Bak kata Perdana Menteri mereka, “Britain sedang dalam perlawanan menentang masa.” Mengikut perancangan, sebanyak 15 juta orang rakyat Britain dijangka akan menerima suntika vaksin sehingga bulan hadapan demi mengawal jumlah kes pada musim bunga kelak.
.
Thailand
Sumber Foto : AFP.
Negara seberang kita juga baru saja memperkenalkan sekatan pergerakan selepas gelombang kedua COVID-19 tercetus di sana. Bagaimanapun, seperti Malaysia, Thailand juga tidak mengehadkan pergerakan ekonomi seperti tahun lalu. Sebaliknya, mereka mengehadkan pergerakan rakyat secara berperingkat mengikut wilayah sejak Disember 2020.
Antara cara yang dilaksanakan adalah mengehadkan pembukaan restoran sehingga jam 9 malam saja di Bangkok. Di 6 buah wilayah di sana, penduduk perlu mendapatkan permit khas untuk merentas keluar. Jadi, ia bukanlah lockdown sepenuhnya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setiap akhir tahun, ramai yang akan menantikan cara Wajah Wanita Tercantik Asia yang dikeluarkan oleh TCC Asia.
Akhirnya ia diumumkan juga baru-baru ini dan guess what, wanita yang menjuarai cara menurut undian peminat ialah…jeng..jeng..jeng
Son Ye Jin iaitu heroin dalam ‘Crash Landing On You’!
Siapa sangka dalam usia memasuki 38 tahun, Son Ye Jin mendapat gelaran ini. Tidak boleh dinafikan Son Ye Jin kelihatan menawan dan kelihatan awet muda.
Sudah tentu ramai peminat ingin tahu mengenai rahsia kecantikan yang sentiasa kelihatan segar dan awet muda. Dipetik dari halaman Preview.ph, berikut adalah amalan setiap hari Son Ye Jin menjaga kecantikan dan kesihatan diri.
Hanya Pakai Masker Timun
Aktres itu mendedahkan bahawa dia telah membesar menyaksikan ibunya membuat masker mata dari timun. Difahamkan petua kecantikan orang tua-tua ini popular kerana ia dapat menenangkan kulit dan mengurangkan lingkaran hitam di mata. Ia boleh dilakukan dengan menyejukkan kepingan timun dan meletakkannya di atas mata anda.
“Tidak banyak produk kosmetik pada masa itu,” kata Ye Jin. “Saya telah mengikuti jejak ibu saya. saya masih menggunakan timun hingga kini.”
Pakai Sheet Mask Hampir Setiap Hari
Sheet Mask atau masker wajah dalam bentuk lembaran antara yang menjadi kegemaran Son Ye Jin. Sebenarnya, bintang drama Korea itu akan menggunakan Sheet Mask hampir setiap hari, terutama sebelum penggambaran demi untuk memastikan kulitnya berada pada tahap terbaik. Dia akui Sheet Mask ini sangat berkesan jika mahukan pemulihan kulit cepat sebelum acara penting.
Masker juga antara benda wajib dibawa jika melakukan perjalanan.
Kalahkan Lisa Blackpink
Undian ‘Wanita Tercantik di Dunia 2020’ itu dibuat sejak 4 April 2020. Walaubagaimanapun, Starmometer memilih artis cantik dalam pencalonan dengan penilaian dari indeks populariti, wajah cantik, dan daya tarikan di mata orang ramai.
Undian dilakukan oleh laman web Startometer melalui tiga media sosial iaitu Facebook, Instagram, dan Twitter. Son Ye Jin mendapat sejumlah 4.3 juta undi.
Di bawah Son Ye Jin, anggota Blackpink dari Thailand, Lisa. Pada tahun 2019 Lisa menduduki tempat pertama dalam senarai 100 wanita paling cantik dalam versi Asia TC Candler.
Apapun rindu nak tengok Son Ye Jin dalam drama ‘Crash Landing on You‘. Cantik sangat. Nak cari timun la esok.hiks
Isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) nampaknya tidak pernah reda kerana sering kali mendapat perhatian khususnya bagi mereka yang mengambil PTPTN untuk melanjutkan pelajaran.
Baru-baru ini, pengurusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan telah meminta agar peminjam menjelaskan pinjaman mereka supaya wang tersebut boleh digunakan untuk memberi pinjaman kepada pemohon baru.
Jika peminjam gagal membayar semula, ini mungkin memberi kesan kepada pelajar-pelajar baru yang bakal memasuki institut pengajian tinggi untuk menerima bantuan daripada PTPTN.
Hm!
Rasanya tidak adil juga pada generasi akan datang kerana disebabkan ada yang tidak mahu membayar pinjaman ini, peluang mereka juga terjejas untuk mendapatkan PTPTN.
Sejak PTPTN diwujudkan 21 tahun lepas, seramai 362,000 daripada 1.9 juta peminjam tidak membayar balik pinjaman mereka yang berjumlah RM2.7 bilion.
Menurut Wan Saiful lagi, jika seorang peminjam dikecualikan membayar balik pinjaman maksudnya seorang pelajar baru tidak akan mendapat pinjaman.
Wang yang digunakan untuk memberi pinjaman kepada mereka dipinjam oleh PTPTN daripada bank yang dikenakan faedah sebanyak lima peratus sedangkan pelajar dikenakan faedah hanya satu peratus saja.
Apa-apa pun, kalau dah berhutang memang diwajibkan untuk membayar semula kan? Jadi, bukan sekadar kewajipan, rasa tanggungjawab sebagai peminjam juga perlu ada dalam diri supaya mengelakkan daripada sikap pentingkan diri sendiri.
Masih ramai yang memerlukan bantuan untuk melanjutkan pelajaran. Jangan disebabkan kita sudah mendapat ijazah dan kerja yang baik, segala bantuan yang diberikan sebelum ini tidak dihargai dan memberi mudarat pada orang lain pula.
Kelonggaran beberapa sektor seperti sektor pekerjaan dan pelancongan merupakan satu petanda baik untuk ekonomi negara. Keberkesanan vaksin dalam menurunkan kadar keberjangkitan pandemik dilihat berada dalam tahap yang baik.
Namun, masih ada golongan yang bersikap anti-vaksin dan menolak daripada menerima suntikan. Memandang serius perkara ini, YouTube membuat tindakan tegas apabila bakal menyekat kandungan anti-vaksin dari seluruh dunia!
Foto : Getty Image
Langkah ini diambil dalam usaha platform popular itu bagi menghalang sebarang penyebaran maklumat palsu berhubung vaksin Covid-19.
Antara contoh kandungan yang tidak dibenarkan disiarkan dalam YouTube termasuklah dakwaan yang mengatakan vaksin berkenaan menyebabkan kemandulan serta suntikan MMR yang melindungi individu daripada dijangkiti cacar, beguk dan rubella boleh menyebabkan autism.
Syarikat video atas talian milik Alphabet itu turut mengharamkan saluran-saluran yang dikaitkan dengan beberapa aktivis anti-vaksin ternama seperti Robert F. Kennedy Jr dan Joseph Mercola.
Robert F. Kennedy Jr.’s. Foto Kredit…Clemens Bilan/EPA, via Shutterstock
Dalam pada itu, Mercola dalam satu kenyataan berkata: “Kami di seluruh dunia akan terus bersatu, tidak akan hidup dalam ketakutan, berpegang teguh pada prinsip dan akan melindungi kebebasan kami.”
Keprihatinan Youtube ini terhadap isu penolakan vaksin ini seharusnya menjadi satu contoh dan semangat untuk syarikat gergasi di dunia untuk sama-sama memastikan kehidupan di dunia menjadi lebih baik apabila majoriti penduduk dunia sudah divaksin. Semoga dengan tindakan drastik Youtube ini menjentik hati kelompok antivaksin untuk memikirkan kembali keputusan mereka.
“Kaki aku jadi lemah saat melihat Kaabah.” Kisah menyentuh tentang perjalanan hidayah seorang wanita yang pernah hidup sebagai pengkid sebelum berubah selepas menunaikan umrah di Mekah.