Bukan Lagi Spekulasi, My Chemical Romance Kembali Ke Kuala Lumpur Selepas 19 Tahun!

Share

Setelah beberapa minggu memberikan bayangan di tengah kota mengenali spekulasi kehadiran mereka ke Kuala Lumpur, akhirnya kumpulan rock terkenal, My Chemical Romance (MCR) mengesahkan Kuala Lumpur sebagai salah satu destinasi konsert jelajah Asia Tenggara mereka pada tahun hadapan.

My Chemical Romance pada tahun 2025 terdiri daripada empat orang ahli terdiri daripada (dari kiri) Ray Toro, Mikey Way, Gerard Way and Frank Iero.

Menerusi akaun Instagram rasmi band berasal dari Amerika Syarikat itu, MCR dijadualkan membuat persembahan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 30 April 2026.

Kali terakhir MCR bertandang ke Malaysia adalah pada 9 Disember 2007 menerusi konsert The Black Parade Tour di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur di mana ia berjaya memikat hati 10,000 pengunjung yang selama ini setia menantikan kehadiran mereka.

Buat masa ini, masih belum ada maklumat lanjut mengenai harga tiket dan tarikh jualan kepada para peminat.

REMAJA yakin, dengan penangan lagu-lagu ‘berhantu’ MCR seperti Helena, I Don’t love You, I’m Not Okay dan tentunya, Welcome to The Black Parade; peminat tentunya akan merebut tiket konsert agar tidak ketinggalan menyaksikan kelibat mereka secara langsung setelah 18 tahun.

Selain Kuala Lumpur, MCR turut memilih negara Asia lain seperti Korea Selatan, Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina sebagai detinasi jelajah kali ini.

Terdahulu pada akhir bulan Jun, warganet merasa teruja apabila mesej misteri berbunyi, ‘Malaysia, are you okay?’ muncul di papan iklan digital gergasi di sekitar ibu negara; sekaligus memberi indikasi mengenai kehadiran MCR ke sini.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?

Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Published by
FZ