Berita

Bukan Kongkong, Demi Keselamatan! Qadejah Dedah Ibu Pantau Lokasi Guna Life360 Premium

Share

Pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana kehidupan anak kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri apabila berada di luar rumah.

Menurut anak perempuannya, Qadejah El Zahrah, kedua-dua ibu bapanya sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan setiap kali dia keluar bersama rakan-rakan.

“Saya anak perempuan, jadi memang sudah menjadi lumrah ibu bapa saya akan risau.

“Kalau saya nak keluar, biasanya mama hanya benarkan saya keluar kalau mereka tahu saya pergi dengan siapa dan ke mana. Selalunya saya keluar dengan kawan baik saya sahaja.

“Kalau saya keluar dengan kawan baik saya, mama memang kenal kawan saya itu dan juga berkawan baik dengan ibunya,” katanya.

Ibu Pantau Lokasi Menerusi Life360

Qadejah turut berkongsi bahawa ibunya menggunakan aplikasi Life360 bagi menjejaki lokasi serta memantau pergerakannya setiap kali dia berada di luar rumah.

Malah, ibunya sanggup melanggan versi premium aplikasi tersebut bagi membolehkan beliau melihat pelbagai maklumat termasuk kelajuan kenderaan yang dinaiki.

“Kalau location, ada apps Life 360, jadinya mama akan selalu tengoklah location saya.

“Mama siap beli apps yang premium sebab nak tengok berapa laju kereta yang kita nai,” katanya.

Wajib Maklum Waktu Keluar & Dengan Siapa

Selain ibunya, bapanya juga menetapkan beberapa syarat yang perlu dipatuhi setiap kali dia ingin keluar rumah.

Antara perkara yang perlu dimaklumkan ialah waktu keluar, waktu pulang serta individu yang menemaninya.

“Abah pun kalau saya keluar, saya cuma kena bagi tahu nak keluar pukul berapa, balik pukul berapa dan keluar dengan siapa,” tambahnya.

Faham Kerisauan Ibu Bapa

Dalam masa sama, Qadejah mengakui dia memahami kebimbangan kedua-dua ibu bapanya memandangkan keadaan dunia hari ini yang semakin mencabar dan tidak menentu dari aspek keselamatan.

Menurutnya, sikap tegas ibu bapanya bukanlah sesuatu yang mengongkong, sebaliknya satu bentuk kasih sayang dan usaha untuk memastikan keselamatannya sentiasa terjamin.

“Pada pendapat saya, sebagai anak perempuan, memang ibu bapa akan berasa risau.

“Lagipun, keadaan dunia sekarang tak selamat dan tidak semua orang boleh dipercayai.

“Saya faham kebimbangan mereka, dan saya rasa sikap ibu bapa yang tegas itu adalah sesuatu yang baik,” ujarnya lagi.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Fath