Penderitaan adik Ainul Mardhiah yang mengalami ketumbuhan dibahagian mulutnya sejak kecil mendapat perhatian bukan saja masyarakat Malaysia, malah Dr Amalina Bakri yang kini bertugas di salah sebuah hospital di London juga turut sama berbesar hati untuk membantu merawat penyakit yang dihidapi oleh adik Ainul.
Menurut Dr Amalina di laman Instagramnya, keluarga Ainul telah pun selamat sampai ke London dan dia mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu untuk urusan adik Ainul di sana, khususnya buat seluruh rakyat Malaysia yang prihatin.
Dr Amalina juga turut menjelaskan di Buletin Utama semalam bahawa dia membantu bukan kerana untuk mendapat nama, tetapi hanya ingin membantu orang yang berada di dalam kesusahan.
Ads
“Sebagai seorang doktor dan sebagai seorang manusia biasa, kita semua nak menolong orang yang dalam kesusahan. So, apa yang Amalina boleh tolong, sebab Amalina ada kawan disini, ada connection di London, sebab itulah saya akan cuba sebaik mungkin untuk membantu adik Ainul,” jelasnya.
Netizen beri pujian
Usaha murni ini mendapat pujian daripada rakyat Malaysia yang berbangga dengan tindakan dan bantuan ikhlas yang diberikan Dr Amalina. Ramai yang menitipkan doa dan berkongsi rasa sayang kepada adik Ainul Mardhiah.
Ads
Keep doing good!
Ads
Sebak pula kami membaca komen-komen yang diberikan oleh masyarakat. Sesungguhnya kami semua mengucapkan terima kasih dan berbangga dengan usaha yang telah dibuat oleh Dr Amalina Bakri. Semoga semua urusan adik Ainul di sana dipermudahkan dan harapnya adik Ainul juga cepat sembuh.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sudah lebih kurang dua tahun masyarakat dunia terpaksa ‘hidup’ bersama virus COVID-19 yang nampaknya masih belum beransur pulih, malah hari demi hari macam-macam pula varian baru yang muncul.
Kita juga sudah terbiasa dengan SOP yang ditetapkan dan sentiasa mengenakan pelitup muka ketika berada di tempat awam. Sejak pandemik ini, pelbagai rekaan pelitup muka wujud gara-gara ingin memberi keselesaan kepada pengguna.
Terbaharu, Korea Selatan telah memperkenalkan pelitup muka yang hanya melitupi hidung dikenali sebagai ‘kosk’, iaitu gabungan bahasa Korea ‘Ko’ bermaksud hidung dan ‘Mask’. Ia dikatakan dapat memudahkan pengguna untuk makan dan minum.
Walau bagaimanapun, rekaan terbaharu ini telah mendapat perhatian ramai apabila ada yang mendakwa ia tidak berkesan langsung untuk mengekang penularan COVID-19.
Pelitup muka terbabit mempunyai dua bahagian, iaitu satu daripadanya boleh ditanggalkan untuk membiarkan mulut terdedah atau memberikan tahap perlindungan semasa makan. Difahamkan, buat masa ini pelitup muka tersebut hanya dijual di negara itu.
Segelintir daripada warganet menyifatkan penggunaan mask hidung ini tidak masuk akal dan mustahil dapat mengelakkan virus itu.
Walau bagaimanapun, ‘Kosk’ telah menerima penarafan lima bintan di platform dalam talian Coupang dan dijual dengan harga 9,800 won (RM34) untuk sepeket yang mempunyai 10 pelitup.
Apa pula pendapat korang? Percaya atau tidak tentang keberkesanannya dan jika dijual di Malaysia adakah korang akan membelinya?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penyanyi dan juga pelakon, Maya Matahari atau nama sebenarnya Myanaliza Ruslee diberitakan meninggal dunia akibat kanser. Setelah sekian lama bertarung untuk memastikan dirinya bebas dari kanser, akhirnya Allah lebih menyayangi penyanyi kecil molek ini.
Perkongsian mengenai pemergiannya dikongsikan oleh Tengku Khalidah Tengku Bidin dalam fbnya.
LAMA dia menderita. Ketika kanser menyerang batang tubuhnya yang kerdil kami tidak lagi dapat berjumpa dan dia banyak memilih mendiamkan diri sambil membuat rawatan hingga ke negara China. Sebentar tadi khabar duka. Penyanyi Maya Matahari sudah pergi meninggalkan kita. Al fatihah. Damailah kau di alam sana dik. Semoga ada rezeki dan ruang untuk kami melihat jenazahmu buat kali akhir. Al fatihah.
Myanaliza binti Ruslee atau turut dikenali sebagai Maya Matahari ialah seorang penyanyi dan pelakon di Malaysia. Beliau telah dilahirkan pada 13 Mei 1976 di Johor Bahru, Johor.
Beliau menceburi bidang seni apabila mula melancarkan album pertama beliau pada 25 Mac 1995 yang berjudul “Matahari” dengan lagu popular yang bertajuk sama. Dua buah album kemudian menyusul dalam kerjaya seni beliau iaitu “Diari Biru” dan “Mata”. Selain itu, beliau turut menceburi bidang lakonan sama ada layar perak dan pementasan.
Selepas kejayaan beliau berlakon dalam filem Gemerlapan pada tahun 1997, diberi peluang berlakon teater Nyiur Gading Puncak Mahligai, Uda & Dara, Seruan Damai dan Hotel Malaya serta banyak lagi drama dan sitkom televisyen.
Beliau pernah berkahwin pada 26 Jun 2009 dengan kerabat di raja Pahang, Tengku Shahreza Tengku Abdul Aziz dan perkahwinan mereka hanya bertahan sehingga Ogos 2015 tanpa sebarang cahaya mata.[5]
Pada 2018, beliau membuat kemunculan kembali dengan lagu terbaru “Perlu Ada Setia” dan pada masa yang sama menjadi peserta Gegar Vaganza musim yang kelima.
Sumber : Tengku Khalidah Tengku Bidin
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebagaimana yang kita tahu, Sabtu lepas Harimau Malaya menerima kunjungan Bahrain dalam kelayakan Piala Asia 2023 yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Harimau Malaya tewas kepada Bahrain 1-2 dalam perlawanan yang seharusnya kita boleh menang dengan jumlah jaringan yang besar, seterusnya melunturkan semangat Bahrain jika semua Big Chances pada separuh masa pertama disempurnakan.
Tetapi begitulah bola sepak. Siapa yang tidak memanfaatkan peluang, maka dia yang dihukum.
Malah, dalam perlawanan itu, skuad kebangsaan tampil cemerlang selaku pendahulu apabila gol sulung negara disumbangkan oleh Mohamadou Sumareh pada minit ke-55.
Namun, kegembiraan hanya seketika apabila Farizal melakukan kesilapan mudah sehingga ‘terpaksa’ menghadiahkan sepakan penalti kepada Bahrain.
Tepat minit ke-81, gawang gol negara sekali lagi dibolosi Bahrain menerusi sepakan penalti daripada Abdulla Yusuf Helal. Akhirnya kedudukan 1-2 kekal hingga ke tamat permainan.
Foto Via Utusan
Tampil memberikan pendapat, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata,
Sorakan penyokong buat pemain hilang fokus, demikian pendapat yang dilontar oleh menteri belia dan sukan mengenai kekalahan Malaysia baru-baru ini.Sorakan penyokong di stadium ketika Malaysia menentang Bahrain dalam kelayakan Piasa Asia 2023 baru-baru ini menyebabkan pemain skuad kebangsaan hilang fokus.
“Selepas kita menjaringkan gol pertama, di luar padang ada kelibat beberapa pemain yang akan dimasukkan, antara Guilherme De Paula yang memanaskan badan untuk dimasukkan dalam permainan.
“Pada ketika itu seluruh stadium bersorak, sejurus selepas sorakan itu, pemain telah hilang fokus menyebabkan kita terlepas gol.
“Jadi, kalau nak kata kita kalah disebabkan pemain seratus peratus pun saya rasa tidak juga. Sebagai orang yang berada di stadium, penyokong juga ada menyumbang kepada larinya fokus pemain pada ketika itu.
“Kalau saya pun di atas padang, pasti akan tertanya-tanya mengapa orang menjerit kepada saya, hilang fokus sikit,” katanya, memetik laporan Utusan hari ini.
Dalam pada itu, meskipun kesilapan tersebut menyebabkan pasukan negara terpaksa tunduk kepada Bahrain, namun Faizal optimis bahawa penjaga gol kebangsaan, Farizal Marlias tidak harus dipersalahkan.
Faizal sebaliknya menjelaskan, kesilapan yang dilakukan hanyalah adat (resam) dalam permainan, selain berpendapat bahawa jasa pemain itu dalam bola sepak tanah air selama ini sepatutnya dipuji.
“Dalam apa juga perlawanan atau sukan, tentu ada yang menang, ada yang kalah. Dalam permainan berpasukan, ada satu atau dua (pemain) melakukan kesilapan, ini semua adat permainan.
“Pada saya, Farizal banyak jasa kepada kita. Dia mendedikasikan hidupnya kepada sukan dan pada perlawanan tempoh hari. Tentunya dia tidak mahu gagal namun ia telah berlaku.
“Kita harap setiap kesilapan yang berlaku, kita belajar dan bukannya kita tuding jari sehingga merosakkan beliau sebagai atlet, kenang jasa beliau sebagai seorang pemain,” tambah bekas Menteri Besar Perak itu lagi.
Hmmm…apa pendapat korang, jadi lepas ini kita kena tengok bola di rumah ke…huhu
Sumber : Utusan
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!