Sudahlah Haram, Perokok Juga Tak Layak Terima Zakat Kerana..

Share

 

Ya, perokok mungkin tak nak teruskan rutin harian mereka itu..

 

“Bukan tak nak berhenti, tapi susah!” kata mereka.

Kami pun sedar yang ramai remaja sukar untuk meninggalkan tabiat merokok atas faktor ketagihan bahan nikotin.

 

 

Tetapi, ulasan terbaru seorang pensyarah senior Fakulti Syariah dan Undang-Undang dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) iaitu Dr Muzaffar Syah Mallow ini akan menarik perhatian perokok.

Katanya, golongan perokok tak layak untuk menerima bantuan zakat walaupun mereka berpendapatan rendah. Ini kerana perokok dilihat masih mampu menyediakan duit membeli rokok – walaupun tak berkemampuan dan dilabel haram oleh fatwa Malaysia.

 

 

23 tahun telah berlalu sejak rokok diharamkan oleh Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam disebabkan bahana rokok kepada perokok dan orang di sekeliling terutamanya kanak-kanak dan golongan ibu.

 

 

Tetapi apa yang berubah? Nothing. Mereka masih tak kisahkan kesihatan sendiri dan orang di sekeliling.

Si ayah masih merokok di hadapan bayi mereka tanpa rasa bersalah.

Ada baiknya juga kalau zakat tak diberikan kepada golongan perokok. Apa pendapat korang?

IKLAN