
Enggan penonton salah faham, pelakon dan usahawan, Sasha Abedul tampil menjelaskan bahawa penggambaran filem seram Malam Terlarang dilakukan sebelum dirinya berhijab.
Aktres yang mula bertudung pada pertengahan tahun lalu itu berkata, selepas membuat keputusan untuk berhijrah, dia sentiasa berdoa agar terus istiqamah menjaga aurat.
Filem arahan Nurhanisham Muhammad itu turut menampilkan barisan pelakon hebat seperti Zul Ariffin, Sofea Jane, Sabri Yunus, Hasnul Rahmat dan Sharifah Haneesya.
Malam Terlarang mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 30 Oktober lalu
.Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.