
Dek kerana ingin mendapatkan permainan idaman PS4, seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun nekad menjual jus mangga untuk mengumpul duit bagi merealisasikan impiannya itu.
Hasrat kanak-kanak lelaki tersebut dibantu oleh kakaknya, Sally Dinnie yang memuat naik status di Twitter bagi mempromosikan jualan adiknya itu dan tidak disangka-sangka posting tersebut menjadi viral.
adik i umur 10 tahun start berniaga Pure Manggo Juice sebab nak beli ps4 so tadi i tolong carikan dia customer lepastu customer ni order 6 botol, tengokla adik i now terus senyum lebar dah, siapa nak order boleh dm i okie hehe thank you!!🥰🥰🥰 pic.twitter.com/FoPAgczj1S
— sallydinielim🦘 (@Sally_Dinie) May 31, 2020
Ramai yang memuji kesungguhan adiknya itu dan memberi semangat serta doa agar dimurahkan rezeki. Menurut kakaknya lagi, sejak posting tersebut menjadi viral, mereka menerima maklum balas yang positif daripada masyarakat Malaysia.



Sally juga turut membuka peluang buat peniaga lain untuk mempromosikan juga jualan mereka dengan hanya meninggalkan komen di posting tersebut. Niatnya adalah untuk berkongsi rezeki dengan individu lain.

Syabas Remaja ucapkan kepada Sally dan adiknya kerana mencari rezeki yang halal semata-mata untuk memenuhi kehendak sendiri. Dari usia muda seperti inilah kita perlu memupuk sikap rajin berusaha supaya bila semakin meningkat dewasa nanti, kita akan menjadi lebih berdikari dan bertanggungjawab.
Sumber: Twitter @Sally_Dinnie
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Cara Nak Hilangkan Kotoran Pada Kasut Guna 2 Bahan Dengan Mudah & Murah

Jika ditanya kepada peminat kasut, perkara paling penting bagi mereka adalah dengan memastikan kasut sentiasa bersih dan terjaga.
Lebih-lebih lagi jika ia merupakan kasut berwarna putih. Korang akan jaga sebaik mungkin dan make sure tak dikotori sebab takut kesan kotoran pada kasut susah nak hilang. Betul tak?
Nah, lepas ni tak perlu risau lagi kerana ada satu petua yang dikongsi oleh @madermn di laman twitternya, tentang bagaimana untuk menghilangkan kotoran pada kasut dengan cara yang mudah dan menjimatkan.
Kalau korang nak hantar kasut untuk dicuci harganya pun boleh tahan kan?
So, apa kata kita cuba cara yang telah dikongsi oleh lelaki ini.
Bahan-bahan yang diperlukan cuka buatan dan baking powder sahaja.


Pertama, korang kena campurkan baking powder dengan cuka. Guna cuka buatan, jangan guna cuka mahal. Hiks! Letak dua sudu baking powder dan secukup sudu cuka asalkan cukup untuk berus kasut korang.
Kemudian, berus macam biasa bahagian yang kotor guna berus gigi. Sental sampai hilang. Lepas dah hilang hitam tu, jangan cuci dengan air, just lap guna tisu.
Kalau korang nak lagi detail resipi cuci kasut ni boleh la google. Tapi, basically ia memang hanya campur cuka dengan baking powder saja.
Untuk korang yang masih bersekolah dan pakai kasut putih lagi, boleh la cuba nanti.
Selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
KL20x20 Photo Project Pamer Kreativiti Anak Muda Dalam Bidang Fotografi

Hari ini, aktiviti mengambil gambar bukan lagi satu perkara yang payah. Ditambah pula dengan kamera yang menjadi antara aksesori terpenting bagi sesebuah telefon pintar, menjadikan kerja mengambil gambar ini boleh dilakukan di mana-mana sahaja tanpa mengira siapa, masa dan lokasi.
Melihatkan itulah ramai jurugambar amatur yang mampu dilahirkan, meskipun di kalangan mereka ini bukanlah mempunyai latar pendidikan yang khusus dalam dunia fotografi ini.
Sesuai dengan memberi peluang kepada ramai jurugambar muda berbakat, satu pameran fotografi KL20x20 PHOTO PROJECT memaparkan Kuala Lumpur sebagai “subjek” melibatkan 18 jurugambar muda berbakat besar berlangsung sekarang ke 20 September 2020.
REMAJA sempat menemuramah dua jurugambar muda berbakat besar yang karya mereka terpilih dalam pameran tersebut iaitu Fitri Jalil dan Daniel Adams yang berkongsi cita-cita dan misi mereka.

Memilih subjek The Malay, karya Fitri Jalil memaparkan seni warisan Melayu iaitu pakaian tradisional iaitu kain pelekat, baju Melayu, songkok, baju kurung dan lain lagi. Sementara Daniel Adams memilih subjek seni An Illuminated Road memaparkan model terdiri dari Muhammad Azfar Firdaus, Alicia Amin, Maybelline Wong, Hong Yi, Hammada Bamadhaj, Roshan Menon dan lain lagi sebagai pameran karya seninya.
Berkongsi minat dalam dunia fotografi, Fitri Jalil berkata, asalnya dia bukanlah seorang jurugambar.
“Saya sendiri asalnya, bukanlah individu yang mendalami dunia seni fotografi ini. Saya merupakan seorang jurutera yang mempunyai latar pendidikan dalam dunia kejuruteraan. Namun pengalaman bekerja di luar negara selama dua bulan, telah membuka mata saya tentang pelbagai perkara,” jelas Fitri Jalil, memulakan perbualan.


Melihatkan masyarakat di sana yang lebih meletakkan budaya negara lain sebagai ikutan ketika menyambut lebaran (sedangkan masyarakat ini merupakan bangsa Arab), menjadikan Fitri mula terfikir. Dia bimbang kiranya masyarakat di Malaysia yang sangat indah dengan budaya kaum masing-masing juga, akan pupus satu hari nanti. Disebabkan rasa itu, Fitri mula mendekati dan mendalami cara hidup orang Melayu sebaik sahaja pulang ke tanahair.
“Sebagai anak Melayu, pastinya budaya ini lebih dekat dengan saya. Dalam masa yang sama, ramai juga yang bertanya; mengapa saya menzahirkan segala yang tersirat di jiwa menerusi gambar, bukan penulisan yang menjadi minat saya sejak dulu? Ada beberapa faktor, namun kepuasan melihat dan mendengar pelbagai pandangan yang diberikan menerusi hasil bidikan, lebih menarik minat saya,” ujarnya lagi.

Lain pula kisahnya dengan Daniel Adams yang sudah mula berjinak-jinak dengan dunia fotografi ini sejak kanak-kanak lagi lagi. Pemberian sebuah kamera kompak oleh ibu dan ayahnya sewaktu berusia sembilan tahun, menjadikan kecintaan Daniel terhadap dunia fotografi ini semakin mendalam.
“Biarpun terpaksa bersaing dengan teknologi hari ini yang begitu pantas, namun gambar-gambar daripada lensa yang saya acu, tidak pernah mengecewakan. Walaupun ada di antaranya tidak mampu menggembirakan hati semua, tetapi skil dan kreativiti yang digunakan, semakin mendewasakan saya dalam dunia fotografi ini,” katanya bersemangat.
KL20x20 Medan Terbaik Pamer Gambar Menggunakan Cetakan Mesin Pencetak Canon
Ibarat mendaki sebuah gunung yang penuh onak sebelum berjaya tiba di kemuncak, begitu jugalah perjalanan yang dilalui oleh Fitri dan Daniel sebelum ini. Biarpun adakalanya semangat yang ada hampir luntur, namun berkat kesabaran dan usaha keras yang tidak pernah luntur, kejayaan buat mereka mereka semakin menampakkan diri.
Terpilih dalam kumpulan 18 orang jurugambar muda yang berpotensi untuk dihimpunkan dalam satu pameran, merupakan antara kejayaan peribadi yang boleh dibanggakan oleh kedua-dua anak muda ini. Tambahan pula bila mereka merupakan kumpulan akhir yang telah disenarai pendek daripada hampir 80 orang jurugambar di peringkat awal.



Lebih menarik, cetakan hasil karya kesemua jurugambar ini menggunakan mesin pengimbas profesional Canon image PROGRAF PRO-500 dan pengimbas rata UV Arizona 460 GT.
Canon kamera terbaik & diyakini ramai
“Projek fotografi KL20x20 yang julung-julung kali diadakan, pastinya menjadi medan terbaik buat kami yang terlibat. Selain menjadi gelanggang untuk kami berkongsi idea kreatif kami selama ini, sudah pasti ia menjadi penanda aras dalam kerjaya kami sebagai juru gambar,” jelas kedua-duanya dalam nada ceria sambil menambah penggunaan kamera Canon EOS 5D Mark lll (milik Daniel) dan Canon EOS 700D (milik Fitri) yang digunakan oleh mereka berdua dalam pameran fotografi ini berjaya menghasilkan karya seni terbaik.
“Sejak dulu lagi kami menyakini kamera keluaran Canon. Teknologi yang diguna bagi setiap kamera berjaya menghasilkan kualiti gambar yang terbaik. Bagi saya sendiri, ini kali kedua saya bekerjasama dengan Canon dalam pameran karya seni. Kali pertama tahun lepas bagi pameran A Love Once Lost,”kata Daniel.



Rahsia hasilkan gambar terbaik ialah melalui pembacaan & pergaulan
Berkongsi rahsia agar hasil kerja mereka terus berada pada momentum yang terbaik, Fitri memastikan amalan membaca yang menjadi kegemarannya sejak dahulu tidak ditinggalkan. Selain menambah ilmu pengetahuan, tradisi dan budaya masyarakat Melayu yang menjadi subjeknya sebelum ini perlulah sentiasa diperkemaskan.
Berlainan pula buat Daniel yang lebih menekankan aspek pergaulan dalam menambah nilai seni dan kreativiti dalam dirinya. Dapat bertukar-tukar idea dan seni kreativiti, memberikan anak muda ini peluang untuk meneroka lebih jauh dalam dunia seni fotografi ini.
“Kami sedar, bukan semua menggemari dengan kreativiti yang kami tonjolkan menerusi gambar-gambar yang kami potretkan selama ini. Percaya dengan nilai kreatif yang tiada titik limit, kami teruskan sahaja langkah dengan harapan agar garapan kami ini mampu dinikmati oleh semua pihak. Sesungguhnya semua individu di dunia ini berhak untuk berkarya,” ujar Fitri mengakhiri perbualan.
Bagi pembaca yang minat dalam dunia fotografi, boleh kunjungi Pameran KL20x20 Photo Project atau layari https://www.kl20x20.com/
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mudah Sangat Buat Kuih Samperit! Tak Guna Mixer & Ikut Resipi Nie, Gerenti Jadi

Kuih semperit memang agak sedap. Malah ia sentiasa mendapat permintaan tinggi dari orang ramai. Sebelum ini ramai yang takut-takut nak membuat kuih ini kerana masalah mudah kembang ketika membakarnya.
Tapi dengan perkongsian dari Puan Sally Roberts di Blok Masak Apa Tak Jadi Hari Ini Official, kuih samperit nie gerenti jadi. Bahan-bahannya cukup mudah sangat nak dicari.
Ikuti perkongsian resipinya.
Kuih yang orang suka makan tapi takut nk buat iaitu semperit! Masa nak buat ini pun rasa seram.
Saya share resepi jenis ini iaitu semperit menggunakan tiga bahan semudah ABC.
125 gm butter
1/4 cawan susu pekat
2 1/4 cawan tepung jagung

Ikut resepi ni confem jadi. Korang jangan takut, kuih tak akan jadi lempeng atau kembang setaman.
Bahan-bahan tu pukul manja-manja saja. Tak payah gigih guna mixer. Tu yang jadi punca kembang.
Tepung jangan tuang semua. Tuang sikit-sikit. Agak-agak doh dah selesa dan tak melekat di tangan dah kira ok.
Saya bakar suhu atas bawah 160c selama 15-20 minit. Ikut kepanasan oven masing-masing ya. Kena intai sama, takut hangit. Selamat mencuba.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

