Jika ramai yang tertanya-tanya bilakah sesi pengajian baru akan dimulakan di sebalik sesi persekolahan yang belum diketahui, Kementerian Pengajian Tinggi dalam satu kenyataan akhbar hari ini mengumumkan kemasukan pelajar baru akan dimulakan bermula 1 Julai ini.

Mesyuarat khas Menteri-menteri mengenai perlaksaan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 16 Mei 2020 telah meluluskan cadangan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkenaan pengendalian aktiviti akademik di kampus institusi pendidikan tinggi (IPT) semasa dan pasca PKP.

KPT ingin memaklumkan bahawa semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran hendaklah dilaksanakan secara dalam talian sehingga 31 Disember 2020.

Semua aktiviti PdP secara bersemuka adalah tidak dibenarkan.

IKLAN

Walau bagaimana pun, pengecualian diberikan kepada 5 kategori pelajar berkeperluan untuk pulang ke kampus secara berperingkat bagi melaksanakan PdP seperti berikut.

Dengan Serta Merta

IKLAN
  1. Pelajar pasca siswazah mod penyelidikan di universiti awam dan institusi pendidikan tinggi swasta (IPTS) diberikan kebenaran menyambung penyelidikan dengan kadar segera. Kelonggaran ini hanya dibenarkan kepada pelajar yang berkeperluan hadir secara fizikal ke makmal, bengkel, studio reka bentuk atau memerlukan peralatan khusus bagi menjalankan penyelidikan.

Tertakluk kepada tarikh penamatan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat.

IKLAN
  1. Pelajar semesta/ tahun akhir bagi pengajian di peringkat sijil, diploma dan ijazah sarjana muda yang perlu melaksanakan kerja-kerja klinikal, latih amal, makmal, bengkel, studio reka bentuk, praktikal atau yang memerlukan peralatan khusus.

Pelajar dalam kategori ini dibenarkan untuk melaksanakan PdP di kampus seawal 1 Julai 2020.

  1. Pelajar semesta /tahun akhir yang tidak mempunyai akses yang diperlukan dan persekitaran yang tak kondusif bagi melaksanakan PdP dalam talian. Pelajar kategori ini dibenarkan untuk pulang ke kampus seawal 1 Julai 2020 dan menggunakan infra struktur di kampus bagi PdP secara dalam talian.
  1. Pelajar berkeperluan khas yang mengikuti program pendidikan dan Latihan teknikal dan vokasional (TVET) di Politeknik dan Kolej Komuniti yang perlu dapat bimbingan secara bersemuka bagi melaksanakan PdP kerana masalah pembelajaran adalah dibenarkan seawal 1 Ogos 2020.
  1. Bagi sesi akademik 2020/2021 di semua Universiti Awam, Institutsi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS), Politeknik dan Kolej Komuniti bagi kemasukan ke peringkat sijil, asasi dan diploma untuk lepasan SPM serta kemasukan ke peringkat Ijazah Sarjana Muda bagi lepas STPM dan setaraf.

Kemasukan pelajar adalah secara berperingkat seperti berikut.

  1. Kemasukan pelajar sijil dan diploma, Politeknik serta Kolej Komuniti seawal 1 Julai 2020.
  2. Kemasukan pelajar asasi, sijil, diploma dan ijazah sarjana muda di IPTS seawall 1 Julai 2020
  3. Kemasukan pelajar asasi dan diploma di Universiti awam, seawal 1 Ogos 2020 dan
  4. Kemasukan pelajar ijazah sarjana dan pasca siswazah MOD,penyelidikan di university awam dan IPTS seawall 1 Oktober 2020.

Budak U Mulakan Pengajian 1 Julai Ini, KPT Umumkan Kemasukan Pelajar Sesi 2020/2021

Budak U Mulakan Pengajian 1 Julai Ini, KPT Umumkan Kemasukan Pelajar Sesi 2020/2021

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI