Nampak agak mustahil tetapi kesedapan seorang kanak-kanak berusia 6 tahun mengunyah nugget McD yang dibawa pulang secara pandu membawa parah apabila hampir maut ketika menikmati makanan kesukaan ramai itu.
Ini kerana nugget yang dimakannya mengandungi kepingan pelitup muka yang digoreng bersama nugget ayam tersebut.
Adus, naya weiiii.
Dalam satu kejadian di Aldershot, Hampshire UK, Laura Arber ibu kepada kanak-kanak malang ini Maddie mendakwa membeli 20 kepingan nugget bersama tiga dari empat orang anak-anaknya ke restoran McD dan apabila sampai ke rumah, anak-anaknya menikmati makanan tersebut.
Saat itu kesemua anak-anaknya sedang duduk di sofa sebelum dia menyedari Maddie yang berusia 6 tahun tersedak.
Ads
Dipetik dari Mirror, jelas Laura sebaik menyedari Maddie tersedak, dia terus memasukkan jarinya ke dalam mulut Maddie untuk menolong anaknya.
“Saya dapat menarik pelitup muka berwarna biru dari tekaknya. Saat itu saya tidak boleh berfikir apa ditemui kerana menyangka anaknya tercekik nugget tetapi menjumpai kepingan biru mask membuatkan saya agak marah.
“Ia benar-benar kepingan mask yang dicampur bersama nugget tersebut kerana jahitan mask itu masih kelihatan sewaktu dibawa keluar,” dakwanya.
Ads
Maddie kini dirawat di hospital
Menyuarakan isi hatinya, Laura kemudian menelefon pihak McD dan berkongsi apa ditemuinya dalam makanan tersebut. Dia berkongsi ceritanya kepada pihak pengurusan tersebut.
Pihak pengurusan memaklumkan bahawa nugget itu tidak dimasak di cawangan mereka sebaliknya lokasi lain. Apa yang dikesali Laura, pihak walau dia menemui pelitup muka pada nugget tersebut, pihak McD terus menjual nugget dan tidak menghentikan penjualannya.
Ads
“Lebih buruk mereka terus melayan pelanggan. Saat saya pergi, dan bertanya kepada mereka kenapa masih menjual nugget tersebut, kata mereka, ia tiada kaitan dengan saya,” katanya yang kesal dengan layanan pihak McD berkaitan hal ini.
Tidak berpuas hati, Laura kemudian memuat naik posting di grup Facebook di Aldershot untuk menceritakan pengalamannya kepada orang lain.
“Bagaimana kalau saya tiada semasa anak menikmatinya. Anak saya mungkin mati tersedak. Kita masih dalam situasi pandemic COVID-19 dan ada pelitup muka pada makanan anak saya.
Maddie kini masih menerima rawatan di hospital dan Laura menyuarakan rasa terima kasih kepada McDonald yang menyediakan rumah penginapan ketika anaknya mendapatkan rawatan. Sumber : Daily Mirror
Apa pun, walau kes sebegini nampak agak terpencil, aspek kebersihan perlu dijaga kerana ia piawaian dituntut dalam penyediaan makanan. Betul tak?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masalah tulang bengkok bukan soal kesihatan yang boleh diabaikan. Hanya mereka yang mengidapnya akan tahu betapa sakitnya apabila tulang membentuk seperti huruf S.
Begitulah yang dilalui oleh seorang remaja berusia 13 tahun di India yang terpaksa menangung ‘kepala senget’ sebelah pada sudut 90 darjah selama berbelas tahun.
Image: afsheengul786/Instagram)
Namun, bagaikan mimpi menjadi kenyataan apabila kini remaja ini dilapor dapat menjalani pembedahan kepalanya di Hospital Apollo, New Delhi, India dengan kos sebanyak £26,000 (RM142,277.78). Hal ini setelah satu akhbar tempatan di sana ada berkongsikan mengenai masalah yang dihadapi oleh Afsheen.
Malah dari situlah satu laman telah ditubuhkan bertujuan untuk mengumpul dana perubatan bagi merawat masalah kepala senget sebelah remaja berkenaan.
Risiko Hanya 50% untuk hidup
Bagaimanapun menurut pihak hospital, Afsheen hanya mempunyai peluang kurang daripada 50 peratus untuk hidup jika dia menjalani prosedur pembedahan itu.
Namun, nasib menyebelahi remaja itu apabila dia berjaya menjalani pembedahan tersebut dengan selamat.
Selepas pembedahan Image: afsheengul786/Instagram)
Remaja ini memang bertuah. Afsheen yang menghidap cerebral palsy itu kini berada dalam keadaan sihat. Dia turut meluahkan rasa terima kasihnya kepada orang ramai menerusi satu posting di laman Instagram miliknya.
“Terima kasih Dr. Rajagopalan Krishnan kerana memberi saya kehidupan baru,” tulis Afsheen menerusi laman Instagram.
Menurut laporan Daily Star., Afsheen Gul yang berasal dari Pakistan itu menderita masalah ini sejak dia berusia lapan bulan.
Difahamkan, Afsheen terdahulu dilahirkan dalam keadaan sihat. Namun satu kejadian tidak disengajakan ketika dia masih kecil telah berlaku. Dia didakwa pernah jatuh tergelincir ketika masih kecil lalu menyebabkan kepalanya menjadi senget sebelah sebanyak 90 darjah.
Moga adik Afsheen terus sihat dan boleh menjalani hidup seperti orang biasa.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Imej gadis berpakaian seksi sering menjadi isu perdebatan. Ada mengatakan ia menjadi punca kes rogol berlaku. Namun ada persanggahan pendapat kerana ada juga gadis-gadis bertudung menjadi mangsa serakah liar lelaki tidak bertamadun sedangkan tiada apa yang kelihatan seksi.
Kalau nafsu sudah merajai akal, apa saja pakai dipakai oleh gadis mendatangkan imaginasi kotor. Buktinya, seorang gadis di twitter telah memuat naik gambarnya berbaju kurung hijau dan amat mengejutkan, di akaun twitter kemudiannya seorang lelaki menulis kata-kata memualkan, seolah-olah mahu menunjukkan kehebatan di ranjang hanya berdasarkan memandang gambar berkenaan yang tidaklah menunjukkan aurat langsung (makin gila manusia akhir zaman nie).
Kata-kata memualkan dan berbuar seperti cubaan ke arah kejadian merogol hanya dengan melihat gambar lengkap berbaju kurung ini.
Ramai yang tweet menyuruh gadis ini membuat laporan polis kerana ia berbentuk satu ugutan (boleh jadi cubaan ke arah merogol) dan ia boleh dijadikan perlindungan kepada dirinya di lain masa. Ya lah, kita tidak tahu siapa musuh yang mungkin bertopengkan manusia kerana macam-macam perkara boleh berlaku tanpa kita sedari. Ini termasuklah dari salah seorang peserta Dewi Remaja, Haneesya Hanee yang menyuruh gadis berkenaan membuat laporan polis. Bukan dirinya sahaja, tetapi ramai yang menyuruh laporan polis dibuat demi keselamatan dirinya.
Haneessya Hanee meminta agar satu laporan polis dibuat kerana tulisan amat memalukan
Sebaik twitter itu di muat naik dan mulai tular, lelaki yang didakwa sebagai penulis kata-kata lucah itu mendakwa gambarnya telah disalah guna dan mengakui dirinya amat menghormati wanita. Malah tidak akan sesekali menulis hal memalukan sebegitu. Malah dirinya turut menyokong agar satu laporan polis dibuat kerana gambarnya telah di salah guna.
So girls, hati-hatilah ya. Kadang kita tidak tahu apa niat jahat orang lain tetapi kalau membaca ayat kotor yang ditulis, ianya amat memualkan dan menakutkan. Tapi apa yang menakutkan, ada sesetengah lelaki yang berpemikiran kotor dan menjijikkan tetapi yang disalahkan adalah gadis kerana berpakaian seksi. Tapi dalam kes ini, baju kurung pun jadi mangsa!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebelum ini di pembentangan Belanjawan 2021, kerajaan telah memperkenalkan program SAVE 2.0 yang membabitkan pemberian e-Rebat Rm200 kepada isi rumah yang membeli alat penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga buatan tempatan.
Peruntukan sebanyak RM30 juta disediakan bagi program terbabit dan dijangka bakal memanfaatkan 140,000 isi rumah.
Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, program ini diperkenalkan dalam usaha kerajaan memulihara alam sekitar.
Program SAVE 2.0 ini adalah sebuah program pemberian e-rebat RM200 kepada isi rumah yang membeli peralatan elektrik penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga berlabel 4 atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST). Ia merupakan usahasama bersama Shopee.
Ha, maksudnya korang hanya boleh menggunakan baucar ini untuk membeli penyaman udara dan peti sejuk sahaja di Shopee.
Tapi, tak kisahlah kan. Rezeki juga ni. hiks!
Walau bagaimanapun, ada syarat yang telah ditetapkan dan antaranya adalah seperti berikut:
• Warganegara Malaysia
• Pengguna/pemilik akaun elektrik berdaftar (domestik) di syarikat utility elektrik seperti TNB, SESB, SEB
• Menggunakan e-Rebat untuk pembelian penyaman udara atau peti sejuk berlabel 4 atau 5 Bintang Cekap Tenaga pada tahun 2021
• 1 akaun bil, 1 akaun e-Rebat dan first come, first serve basis
Gambar hiasan
Kuota e-Rebat dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu kuota untuk Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak untuk mengimbangi jumlah pengguna di kawasan strategik seperti di Lembah Klang dan bandar-bandar besar yang mempunyai kuasa membeli lebih besar berbanding kawasan luar bandar.
Nah, apa kata korang daftar dulu disini, dan mana tahu ada rezeki kan?
Berbaloi juga bantuan ni. RM200 tu besar jumlahnya. Semoga dengan program yang dijalankan ini sedikit sebanyak dapat membantu masyarakat Malaysia dapat membeli keperluan di rumah.